♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, July 28, 2012

Diari Ramadhan : Bersederhana ^_^

Ramadhan mengajar kita mendidik nafsu.

Teringin nak makan itu ini. Tapi ajar nafsu bersabar. Tak mencabarlah kalau apa yang kita nak, kita terus dapat. =)

Kalau kita betul-betul nak didik nafsu, inilah syahr terbaek untuk mendidik nafsu kita.
Tetap, ia perlukan mujahadah.

Semalam ada majlis berbuka puasa di rumah saudara. Punyalah liat nak pergi. Sanggup makan nasi dengan telur mata je kat rumah. Ibu pun kata,
"Jom la kakak, mana tahu ni Ramadhan terakhir kakak bujang. Atau.. Ramadhan terakhir kakak nak buka puasa dengan saudara mara kita.."

Cepat-cepat saya bersiap. Pandai Ibu pujuk.

Perangai malas ke rumah orang bukan satu perangai yang baik. Sepatutnya ruang dan peluang yang beginilah kita gunakan untuk mengeratkan silaturrahim. Bukankah Rasulullah SAW sayang pada hambaNya yang menjaga hubungan silaturrahim?

Orang perempuan biasalah malas pergi rumah orang sebab malas nak bersiap. ^_^

Kena buang perangai ni.

Teringin juga nak buka puasa dengan kawan-kawan. Paling tidak pun buka puasa dengan Geng Konvoi. ^_^

Kalau kat taman ilmu dan budi, aktiviti buka puasa sama-sama adalah rutin yang best. Waktu macam ni lah nak didik ruh sedeqah. Bila ada iftar, kita infaq makanan yang kita mampu.

Jiwa mukmin, suka bersedeqah walaupun cuma secawan air atau sebiji kurma.

Rindunya kawan-kawan dan  juga Geng Konvoi. ^_^

Suka sangat Ramadhan kali ni Allah bantu jaga nafsu makan. Sampai Ibu terpaksa paksa saya makan. Ibu bagi duit suro pergi bazaar dan beli apa yang saya nak makan. Akhirnya balik tangan kosong. Pening kepala Ibu.

"Kakak taknak makan takpe, jangan sakit sudah. Doktor baru cakap sihat, mulalah taknak makan, taknak jaga kesihatan. Kakak pergi UIA nanti, masuk wad lagi, baru nak jaga makan, baru nak jaga kesihatan."

Kalau dah Ibu berleter tu,terpaksalah makan. Lagipun, amaran Ibu semua ganas-ganas. Masuk wad kat Kuantan lagi sekali?? Ergh, scary. ^_^ Tanak!

Seronok Ramadhan kali ni. Tapi Ramadhan akan datang, masihkah bertemu denganku?

Wallahu a'lam.



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

12 comments:

kak ju said...

ei, ramadhan terakhir kakak bujang?
Ibu dah tak sabar nak menantu yang keenam ke? hehe

husnataqwa said...

ibu tu memang suka takutkan orang..

kak ju said...

ibu bukan takutkan tu, ibu bagi semangat.

athirahariffin said...

jomla iftar skali. iftar kat qaryah ramadhan pun mcm best kan :)

husnataqwa said...

athirah ariffin : kak husna pun terfikir macam tu. Nanti kita bincang, insya Allah. =)

fatin husna said...

nak gak iftar dengan geng artis ni.

husnataqwa said...

mai mai.. =)
nati la kita set ifthar sep lati pulak. tunggu sms deh. =)

fatin husna said...

yeay!!

asyraf abdullah dah balik mesia kan? convo sudaa dia. You bila? Ekekeke

husnataqwa said...

I? Convo? Entah sempat ke idak dengan umurnya. 3 tahun lagi mek. =)

Haah, dengar cerita dia da ada kat mesia. yelah tu kot.

fatin husna said...

impossible la dia tak mesej you. ;p

3 tahun? amek master ke phd ni???

husnataqwa said...

memang nak amek master, tapi lepas habeh degree ni 3 tahun lagi. haha. lama kan belajar? =)

tak impossible sebab dia memang tak sms pun.

fatin husna said...

tapi hari tu dia mintak nombor you. I bagi jerk. *jangan marah

takpe, al-hafizah.. untungnya kat akhirat melebih2 una..

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.