Ramai orang menyemai impian untuk jadi begitu dan begini. Tapi tak ramai yang berusaha untuk mencapai impiannya.
angan angan membuatkan aku memandang tinggi dan berjiwa besar. |
Sewaktu kita sekolah menengah, kita berangan nak jadi best student macam Fatimah dari sekolah Maahad. Tapi kita kuat main, kuat bercinta, kuat melepak, kuat TV. Serba serbi kuat termasuk makan dan tidur. Mustahillah nak jadi best student macam Fatimah tu.
Sewaktu kita di universiti kita berangan nak dapat dean list. Tapi study last minute. Assignment dekat-dekat due date baru nak buat. Tutorial main-main. Kuiz aci main tembak. Pre and Post reading awal-awal sem je buat. Tidur? panjang. Makan? Banyak. Ada hati nak dapat dean list?
Kita selalu bercakap kita nak jadi macam Siti Khadijah. Hebat. Macam Sumayyah. Imannya melangit tinggi. Macam Asma Abu Bakar keberaniannya tak dapat dipertikaikan lagi. Tapi kita? Bangun pagi solat Subuh pun awal sikit dari badak sumbu. Kalau nak lawan dengan ayam tu,sah-sah la kita lagi lambat bangun. Baca buku malas. Asyik baca facebook dan blog jiwang-jiwang. Lepas tu berangan nak jadi Asma Abu Bakar. Pergh. Masin betul impian dia.
Yang kat atas tu tak kata kat orang lain pun, kata kat diri sendiri je.
Cuba tengok Anna Altafunnisa tu. Atau nama sebenarnya Oki Setia Dewi (ye ke?). Dia nak jadi pelakon femes, dari kecik lagi dia berangan. At last, dapat juga dia jadi pelakon, femes sampai ke Malaysia tu. Habis orang obses kat Oki. Ce tanya apa dia buat? Macamana dia sampai ke tahap hari ni? Tanyalah, saya pun tak tahu jugak. ;p
Hari ini saya bertemu seorang perempuan yang berumur pertengahan. Bicaranya penuh hikmah. Dialah yang mendorong saya menulis post hari ini.
Kebetulan saya bertemu seorang kawan. Disapanya saya dengan panggilan main-main,
"YB, buat gapo ssini?"
Selepas kami berbual, Mak Cik itu menegur saya.
Soalnya,
"Awak ni YB ke?"
Kalau tak fikirkan itu adalah bank sudah pasti saya gelak guling-guling sampai pengsan. *hiperbola*
Kemudian saya ceritakan padanya, kawan-kawan memang suka panggil saya macam tu, sebab waktu sekolah kami banyak main pondok-pondok. YB tu stand for Yang Bertaqwa.
Panjang lebar saya terangkan. Sampai Mak Cik tu semangat nak dengar cerita.
Kemudian, tiba giliran dia pula bercerita pada saya.
katanya, dulu dia nak sangat jadi cikgu. Tapi tu angan-angan sajalah. Akhirnya sekarang dia menganggur saja di rumah. Sebab katanya waktu muda-muda dia banyak main, sampai kena kawin awal. Sebab kuat sangat main 'jantan'. Dah kawin awal tu sekolah pun tak kemana zaman zaman dulu. Lepas tu bila dah tua, nak mengajar anak-anak pun terengsot-engsot. Mulalah menyesal tak sudah.
Sambung Mak CIk tu lagi,
kita ni kalau ada impian, bergeraklah selari impian kita tu. Kalau nak jadi Yang Bertaqwa, carilah jalan taqwa tu. Jangan dok main 'kokse' pulak.
Kemudian saya tersenyum. Bukan sinis, tapi sindiran buat diri sendiri.
Kemudian selepas selesai urusan, sempat lagi Mak Cik berseloroh dengan saya,
"Nak jadi YB pun boleh ni! Ada gaya!"
Kemudian saya tanya semula,
"Ye ke ada gaya? Agak-agak YB Pas ke UMNO eh?"
Gelak sakan makcik tu. Lepas tu dia bisik pada saya,
"UMNO nak masuk kubur dah dik...."
Saya senyum dan memandang Mak Cik yang sudah melangkah keluar dari bank.
Kadang-kadang kita tak sangka, orang yang kita jumpa tepi jalan pun boleh beri kita kesedaran.
Kita perlu memilih jalan yang betul untuk mencapai angan-angan kita.
Saya nak jadi pensyarah. Cita-cita terdekat setakat ni la.
Alhamdulillah, dah banyak kali jumpa dan consult lecturer, apa yang perlu saya sediakan.
Tinggal lagi usaha ikut cara yang betul dan berdoa sentiasa.
Doa tu penting tu. Benda wajib, tak boleh tinggal. ;)
Cita-cita yang lagi dekat?
Ada, tapi tak boleh share lagi.
Insya Allah, nanti kita share. ;p
Sehingga bertemu lagi. ;)
No comments:
Post a Comment