♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Thursday, July 12, 2012

Qada' Puasa

Ramadhan sudah terlalu hampir. Sangat dekat dan rapat dengan kita. Tapi saya cukup syahdu bilamana ada orang yang masih belum habis puasa gantinya. Ni khususan untuk yang bernama wanita, yang bergelar lelaki tentu takde ganti-ganti puasa ni. ;)

Jangan diremehkan soal gamti puasa. Puasa di bulan Ramadhan itukan wajib. Setahun jarak masanya, takkan tak habis diganti?

Kalau puasa qada' pun tak habis, bagaimana dengan puasa sunnat?
Puasa qada' tu wajib tau. ^_^

Bayangkan kalau kita selalu sangat tangguhkan ganti puasa, kalau kita mati macamana?
Kalau ada orang tahu kita puasa ganti tak habis, ok lagi. Kalau takde orang tahu?
Sanggup kita menghadap Allah dalam keadaan 'berhutang' macam tu?

Bayangkan kalau di saat-saat akhir ni kita nak ganti puasa, tiba-tiba 'period' pulak, then?

Nak bayar beras? Semudah itukan puasa di bulan Ramadhan bagi kita?
^_^

Saya cadangkan, habiskan puasa ganti sebelum mulakan puasa enam di bulan Syawal. Itulah tip yang saya sering lakukan.

Kita tahu kan, puasa enam tu besaaaaar sangat pahalanya. Jadi untuk dapatkan pahala yang besar tu, habiskan dulu puasa yang wajib di ganti tu. Kemudian start puasa enam.

Biasanya sempat. Kena banyak mujahadah sikitlah.

Jangan sebulan nak rayaaaa je manjang.

Tapikan, waktu saya ke Johor, kebetulan masih di bulan Syawal, banyak lagi jemputan rumah terbuka. Memang 'kong' nak puasa enam, kata Abang.

Maka saya sarankan puasa enam pada weekdays, tak mungkin hari kerja pun ada orang buat rumah terbuka kan?

Berusahalah untuk sempurnakan puasa yang wajib, kemudian tahsinkan dengan puasa sunat.

Saya, ada gastrik. Boleh tahan teruk gastrik ni. Bukan boleh tahan, memang teruk. Kalau lambat makan, terus rasa nak pengsan. Kalau salah makan, memang sakit perut je memanjang.
Doktor pun surrender dah. Haha. ;)
Tapi, Allah tu Maha Agung. Bila bulan Ramadhan, asal puasa saja saya OK. Ibu kata, bulan Ramadhan ni bulan penuh rahmat. Walaupun puasa, tapi tak sakit, itulah rahmat Allah buat kakak, kata Ibu.
Rahmat Allah di bulan Ramadhan ni, Allah panjangkan juga di bulan Syawal untuk saya. Kalau puasa di bulan Syawal pun, perut tak sakit, walaupun sahur dengan buah kurma dan buah aprikot kegemaran saya. ;)

Kalau bulan lain, memang saya kena sediakan ubat banyak-banyak. Sakit perut tu tahap *dewa* orang kampung kata. Sampai muntah, pernah juga pitam.

Itulah rahmat Allah.

Dari rahmat tu jugak membuatkan saya berusaha habiskan puasa ganti dan puasa enam di bulan Syawal. Lepas tu, boleh proceed dengan puasa sunat Isnin Khamis pula. Ataupun puasa sunat di hari kebesaran Islam. Contoh 10 Muharam atau Nisfu Syaaban. Kan comel tu.

Jangan liat nak ganti puasa. Puasa Ramadhan tu wajib, ingat sikit.

Kalau lepas ni, Ramadhan kali ni, jangan buat peranngan liat nak ganti puasa lagi ya.
Sebolehnya habiskan puasa ganti secepatnya. Jangan tunggu last minute baru nak ganti.
Kalau dah habis yang wajib, boleh teruskan yang sunat pula. Kan comel tu?

Jangan malas nak puasa ganti. Macamana pun kena ganti jugak, kan? ;p

Buat orang-orang yang malas ganti puasa, jangan tinggal puasa di bulan Ramadhan. ;)

Wallahu A'lam.

Salam Ramadhan. ;)



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

aku gaban said...

Salam bantulah sy.sy bkn xnk gnti tp stiap kali puasa sy slalu batal sebab air liur.sy da cuba jaga air liur jgn bg keluar tapi tetap nk keluar dr bibir smpi sy stres.ada 16 hr wjb gnti sbb piriet dan 12 hr semuanya rasa xsah sbb air liur kat luar telan blk pd rmdn 2013.xgnti lg da msuk bln 4.sdih sdih.sy xmcm org len
Bg la tip utk sy tekad hbskn gnti puasa wlupun trpksa mlewati rmdn 2014 buln 6 ini

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.