Lama juga rasanya tak menulis. Kaku tangan nak menari di keyboard. Online pun jarang benar. Sejak 'timeline' facebook, rasa malas nak online.
Termotivasi dengan sorang orang tu. FB dia hidup, tapi suci bersih. Orang kata, FB ni melambangkan peribadi. Kadang-kadang kalau banyak sangat menulis di FB, risau terkeluar semua benda yang tak perlu dan tak penting.
Memulakan 14 Ogos bersamaan 25 Ramadhan dengan debaran. Rasa macam hari bahagia nak tiba pulak. Berdebar-debar. Rasa macam banyak benda dalam kepala tak setel. Sebagai salah seorang mastermind dalam cerita ni, wajar dah rasa tak lena nak tidur. Nak kata perfectionist, tak juga. Tapi biasalah, muslimat ni tak se'simple' muslimin. Bahagia apa hidup dengan orang 'simple'. Learn a lot!
Selepas solat Zohor, kami ke Salor, rumah seorang sahabat. Kat rumah ni, daripada seorang driver yang berhemah, kami berubah menjadi tukang masak yang cermat. Menu utama iftar adalah nasi ayam, seperti yang dipersetujui majlis syura.
Selepas tolong siapkan barang-barang nak memasak, saya keluar cari barang-barang teknikal. Waktu ni muslimin semuanya busy. Tak dapat nak buli. Alhamdulillah, jalan tak jem sangat.
Kembali ke Salor dan terus memasak sementara menunggu kedatangan muslimin untuk final touch meeting. Sungguh comel. Meeting tak macam meeting pun, lebih banyak berukhuwwah. Sambil buat gift untuk para penceramah.
meeting final touch sambil berukhuwwah |
tadabbur al-mumtahanah. |
Selepas tadabbur, kami teruskan dengan taujihad kedua. Isu semasa dibedah dengan begitu faqih oleh penyampai. Alfu Mabruk!
Insya Allah, tajuk yang dipilih oleh majlis syura terasa dekat di hati. Termotivasi diri sendiri. Nak sangat jadi pemuda acuan Al-Quran. ^_^
terinspirasi |
Kemudian, waktu pengisian ni saya tak berapa nak fokus sangat, sebab kami dah sibuk siapkan makanan iftar. Maklumlah, kakitangannya 5 orang saja. Dua orang muslimin, 3 orang muslimat. Kelam kabut juga dibuatnya. 5 orang inilah yang pening kepala, tunggang terbalik, tensi, meeting pun 5 ketul manusia ini juga. Sampai dah rasa macam adik beradik. Last-last tu, meeting pun dah tak formal. Banyak berukhuwwah. ^_^
santapan juadah berbuka sebelum solat maghrib Simple but nice ^_^ |
Diteruskan dengan solat Maghrib dan menyantap menu utama iaitu nasi ayam yang sungguh lazat. Tapi sayang, penat sangat, makan pun tak lalu. Penat tu campur gembira sebenarnya, sebab after all the hard-work, berjaya juga menjayakan iftar tarbawi ni.
Awal-awal dulu, main-main je nak buat iftar ni. Selepas Konvoi ke rumah kawan-kawan dalam Jaulah Kelate, kami nak eratkan hubungan, kami nak buat iftar. Tapi tak sangka, idea 'gila-gila' ni akhirnya bagi kami 'kerja amal' sepanjang Ramadhan. Terima Kasih Allah atas tarbiah ini!
Kalau dilihat dari namanya 'iftar tarbawi', memang program ini banyak mentarbiah diri kami berlima. Kalau di UIA, nak meeting senang je, cari satu bilik, semuanya dekat nak pergi. Tapi kalau kat Kelate ni, nak meeting, kena mujahadah banyak pergi tempat meeting. Biasanya kami meeting rumah orang. sekali saja meeting di KFC sambil iftar. Nak pergi meeting kena mujahadah, masa lagi, minyak petrol lagi, jalan sesak lagi. Waktu ni terbaek untuk latih semangat berkorban kan? Tadhiyah kena tinggi, Geng Konvoi. ^_^
Orang kata, nak dapatkan sesuatu yang besar, kita mulakan dengan yang kecil. So, saya kira ini adalah satu permulaan yang baik untuk kami. Bukan orang lain.
Seusai makan, kami kemas dan berukhuwwah. Banyak betul berukhuwwah, kerana itulah bekalan istiqamah. Kalau kita ramai-ramai, kita tak rasa liat. Kita payah rasa malas. Saya cukup yakin. ^_^
Ditanya, adakah kami akan mengadakan jamuan hari raya? Orang yang ditanya menjeling saya. Tak ada jawapan. Tanya time semua orang tengah penat, memang rasa tak larat nak jawab. ^_^ Tapi insya Allah, tak kan stop sampai sini saja program ukhuwwah ini, insya Allah berterusan. Kami buat deal, nanti pergi Kuantan, nak serbu TC pulak. ^_^
Seronok, walaupun penat. Sampai rumah dah pukul 11 malam lebih. Nasib baik Ibu Ayah tak bising. Kalau program dengan Geng Konvoi, selalu lepas, Alhamdulillah. Sebut saja nama Geng Konvoi, Ibu terus sejuk hati. Mana tidaknya, Geng Konvoi semuanya pemuda yang dirindui dan merindui SYURGA, insya Allah. ^_^
Selesai semuanya rasa boring pula. Hset dah sunyi dengan SMS update dari ahli Geng Konvoi. Malam-malam balik terawih dah tak kena update dengan pemuda yang dirindui Syurga. Bila kepala tak kena berfikir, mulalah benda bukan-bukan datang menyerang. ^_^
Ramadhan kali ini benar-benar istimewa dan terisi. Tidak lagi dihabiskan dengan menjadi suri, tetapi kali ni jadi muslimat haraki. Seperti kebanyakan impian-impian muslimat yang berjuang dalam gerakan. Waktu inilah waktu terbaek untuk melatih diri.
Sesudah segala urusan iftar, bahu rasa ringan, nafas lebih teratur. Sempat menyantap colek buah sebelum menghantar Ainu Mardhiah ke rumah beliau. Belanja mereka sebab banyak bantu kami. ^_^
Tarbiah adalah satu perkara yang berterusan. Setiap perkara adalah tarbiah apabila seseorang itu mahu menjadikannya sebagai tarbiah buat diri. Tangan terkena pisau pun boleh jadi tarbiah.
Kita belajar banyak benda. Biasanya kami biasa buat iftar di UIA, tapi tidak di Kelantan. Berurusan dengan pejabat di Kelate, adalah satu benda baru yang dapat kami belajar.
Susah payah, pening kepala, semuanya adalah ubat, yang mana pahit apabila mahu ditelan, tapi terasa nikmatnya sesudah ditelan.
Simple je buat iftar, bukan buat program besar pun. But everything start daripada perkara yang kecil bukan? Semua orang yang berlari pasti bermula dengan sejarahnya meniarah, merangkak dan berjalan. Dan sepanjang sejarah itu, pasti ada kejayaan yang ditempa, tapi mustahil tidak ada jatuh yang melanda. Sudah lumrah, sebelum terbang tinggi ke angkasa, kita perlu bermula dari bawah. ^__^Terima kasih kepada semua yang mencorakkan Ramadhan kali ini. Bermula dengan jaulah Kelate dan sekarang berakhir dengan iftar tarbawi. Hampir sebulan berprogram bersama. Semoga ukhuwwah yang terjalin bukan atas dasar kerja semata-mata. Moga ukhuwwah berkekalan. Dan lepas ni, kami semua berazam menjadi 'starter' dan lebih baek untuk beraksi dan berpencak di alam kampus. ^_^
Terima kasih kepada yang melakarkan lukisan indah di kanvas kehidupan seorang HUSNA. Besar rupanya hikmah yang Allah beri. ^_^
Tahniah buat Geng Konvoi yang memang kattang. Yang menjaga agama dan akhlaknya. Alhamdulillah. Seronok berkawan dengan orang soleh, kita pun terkena tempiasnya. Keep it up, wahai mujahid dan mujahidah sekalian. ^_^
Dear Geng Konvoi, mengenali semua orang dalam kalangan kita adalah satu chapter indah dalam hidup, insya Allah. Semoga kita terus istiqamah untuk terus bersama. ^_^
Berakhirnya iftar, debar hari raya kian terasa. Menyambut kepulangan kakak abang dan anak saudara. Tapi ruh terakhir Ramadhan akan aku abadikan sebaeknya. Rasa macam nak berdoa dalam sujud, tak nak bangun. Nak minta Allah bagi macam-macam, terutama apa yang baek untukku, untuk agamaku, untuk perjuanganku, untuk duniaku dan juga untuk akhiratku.Ya Allah, hari raya kali ini, semoga ianya seindah Ramadhan tahun ini. Semoga ianya bermakna dan istimewa seperti Ramadhan yang bakal berlalu. Dear Kuantan, wait for me. ^_^
6 comments:
seriously, i'm having nice moments with Geng Konvoi :)
nak meeting mmg kena mujahadah, lebih2x lg buat diri ni yg x pandai2x lagi drive. hehe
banyak, banyak kenangan tercipta :)
tu la kan, idea gila-gila ni akhirnya menjadi. Alhamdulillah wa syukurilah :)
dah kenal semua orang waktu dia marah, dia tensi, dia gembira. =)
Jangan lupa TC. =)
mace sedak jah.
again, jeleousy kak :(
moga sy msih diterima sbg geng konvoi kalian ye =.=
moga Allah pndang sgla usaha baik kalian dgn nilaian pahala dan ibadah,,untunglah org2 yg mnyediakan makan utk org bbuka!
till meet at TC iAllah :))
again, jeleousy kak :(
moga sy msih diterima sbg geng konvoi kalian ye =.=
moga Allah pndang sgla usaha baik kalian dgn nilaian pahala dan ibadah,,untunglah org2 yg mnyediakan makan utk org bbuka!
till meet at TC iAllah :))
i wish u there, Izzati. =)
Tapi tiba2 athirah kata, u got something important. Its ok then. TC is waiting for us, insya Allah. =)
Post a Comment