♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, August 13, 2012

Ramadhan : Istimewa untuk yang beriman

24 Ramadhan.

Lagi 5 hari Ramadhan akan mewarnai hari-hari kita. Lagi 5 hari Allah bagi pelbagai offer ibadah yang sangat memberangsangkan.

Suasana hari raya mula terasa. Hanya orang yang memaksimakan bulan Ramadhan akan merasai Aidilfitri yang istimewa.


Aidilfitri orang yang beriman bukan biasa-biasa. Aidilfitri orang beriman penuh dengan taqwa. Dan aidilfitri orang beriman benar-benar meraikan kemenangan bermujahadah selama 30 hari.

Aidilfitri bukan tentang makan biskut dan openhouse juga baju baru semata-mata.

Tapi ia soal hari yang Allah haramkan berpuasa, (1 Syawal saja ya), kerana Allah mahu kita semua meraikan kemenangan kita setelah 30 hari berpuasa.

Bagaimana meraikan hari kemenangan? Tentulah dengan sederhana. Dengan iman. Jua dengan taqwa.

Orang beriman, pasti mengelak pembaziran di aidilfitri.
Tentu tidak mengelat untuk menziarahi di aidilfitri.


Oh ya, 1 Syawal nanti datang rumah ya? Open house ^__^

Sape yang hari raya nanti dok rumah je, liat nak menziarahi, itu memang teruk.

25 Ramadhan, satu tarikh yang agak istimewa. We will having iftar tarbawi. Dah berapa kali meeting ni, lupa nak kira. Meeting sokmo! Akhirnya esok hari bahagianya. Harap-harap semuanya berjalan lancar.
Tapi sekurangnya tak boring sangat cuti kali ni, asyik meeting dan kerah otak dengan Geng Konvoi. Nice memoir. Nanti kita buat lagi deh? Argh.. ^__^

26 Ramadhan, tentu sekali tarikh yang ditunggu-tunggu. First perantau yang akan pulang ke rumah. Guess who? Ahmad Naim and his family. Abe Ki, Kak Ju dan Ainuha.
Keep on thinking nak masak apa untuk depa~
abe ki and family.
Ahmad Naim jadi mangsa kegilaan abi nya yang suka bola.




Gembiranya ada budak-budak kat rumah. ^__^

Juga sedang menunggu kepulangan Abdul Munir and his Mum, Aleeya and her family juga adik lelaki tunggalku, Khalil Ridha dari KL.
abe yu and family.




Oh ya, adik bertuah tu jadi Imam Terawih di Kajang. I dont remember nama masjid tu. Bertuah punya kakak. ^_^
my one and only lil brother.



Semoga Allah merahmati Ramadhan yang bakal berakhir dan aidilfitri yang sedang menanti. ^__^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.