♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 31, 2012

Buat bakal junior UIA ^_^

Hari ini saya keluar menyelesaikan segala urusan rumahtangga di bandar Pasir Mas. Sebelum keluar rumah, suasana agak mendung, mendorong saya mencapai jaket MEDCY di almari. Sediakan jaket sebelum hujan. ^_^

Memandang jaket MEDCY tu tertampal logo UIA dengan gahnya, menyebabkan ramai yang bertanya pada saya semasa saya berurusan di kaunter pembayaran bil.

"Lecturer UIA ke?"


Aik, muka ada gaya lecturer dah ke? Rasanya cita-cita 6 tahun lagi nak jadi lecturer, insya-ALLAH.
Kebanyakannya terkejut apabila mengetahui saya baru sahaja menghabiskan tahun pertama di UIA. 

Semasa menunggu giliran untuk membayar bil TMNet, saya ditegur seorang Pak Cik berkot hijau tua.

"Sudah bekerja atau masih belajar?" soalnya.
"Masih belajar, alhamdulillah." jawab saya, sopan. 
"Tahun akhir?" 
"Tak, tahun dua buka semester nanti, insya-ALLAH"
"Oh, maaf lah. UIA ya?"
Saya mengangguk sambil berfikir, femes sebab UIA sekejap hari ini. Gara-gara jaket la ni. ^_^



"Baru setahun la di UIA?" soalnya lagi.
"Termasuk matrik, sudah 3 tahun."
"Macamana UIA? Anak saya SPM tahun ni. Saya tak berhajat menghantarnya ke luar negara. Lebih suka untuk memilih universiti tempatan."

Masa tidak mengizinkan kami berborak panjang. Nombor giliran saya dipanggil selepas soalan tersebut diajukan. Saya minta diri untuk berurusan di kaunter dan berjanji kembali untuk menjawab soalannya.

Selesai urusan di kaunter, saya kembali untuk menjawab soalannya. Jawapan saya pendek, sekadar memenuhi soalan.

kembara @ masjid UIA Kuantan


"Sepanjang saya 3 tahun di UIA (2 tahun di Petaling Jaya, setahun di Kuantan) , bagi pendapat peribadi saya, UIA adalah tempat yang istimewa. Kalau kita nak jadi baik, insya-ALLAH, sangat mudah jalannya. Sebab kebanyakan orang di UIA adalah baik. Kebanyakan program di UIA (Kuantan khususnya) adalah program islamik. Jarang sekali (mungkin tiada) program yang tidak islamik. Pendek kata, kalau nak jadi budak baik, 'bejuruh' di UIA tu, buleh sangat. Senang sangat. Benda hok maaruf insyaALLAH lagi banyak dari benda mungkar."

Dan Alhamdulillah, penjelasan pendek saya menarik minat pakcik tersebut. Untung-untung dapat angpau hari raya dari beliau. Alfu syukran pakcik. Tak mengharap pun. Tapi orang bagi, ambil. ^_^

"Buat belanja di universiti." katanya sambil menghulur sekeping not berwarna biru. 
Mula-mula menolak juga, tapi akhirnya amek. *psiko

Akhir kata, sebelum berpisah, Pakcik tersebut berkata,
"Saya percaya apa yang awak katakan. Sepanjang hidup, saya jumpa graduan UIA, semuanya memuaskan hati. Termasuk awak."

*fly high*

Khusus untuk adik junior yang bakal menjejakkan kaki ke UIA Kuantan,
sebelum masuk UIA, niat betul-betul dalam hati, 

aku pergi Kuantan bukan nak cari ilmu dunia ja, tapi nak cari ilmu akhirat. Sebab hidup aku bukan kat dunia ja, umur aku kat akhirat lebih panjang, perjalanan aku ke akhirat lebih jauh.

Insya ALLAH, kalau niat macam tu, kita tak jadi orang yang liat nak ikut program maaruf di UIA Kuantan. 
Sepanjang setahun di UIA, dah berlambak sister change to tudung labuh/besar yang menutup aurat dengan sempurna. Kalau kita niat nak jadi lebih baek, insya ALLAH, dibukakan jalan. 

UIA dan orang-orang di dalamnya hanya boleh jadi medium untuk adik-adik, tapi yang memberikan hidayah adalah ALLAH. Maka, berdoa banyak-banyak supaya langkah kaki ke UIA memberi peluang untuk jadi insan yang jauh lebih baek. Allahumma Ameeeen.

Study-study jugak, tapi belambak orang lain, cemerlang study, cemerlang kokurikulum, cemerlang agama. 

Percayalah, akademik kat semua universiti ada. Tapi soft skill, ilmu ukhrawi, tak semua universiti ada tau. Itulah added value untuk graduan UIA. Percayalah. Percayalah.

Untuk adik-adik junior yang selama ni kita banyak contact 'on-line', insya Allah, di Kuantan kita bakal bertemu mata. 

gua cakap sama lu, Kuantan best bro... 

Jejak Kuantan nanti jangan ingat nak study je. Study tu tetap priority, tapi amar maaruf nahi mungkar tetap kewajipan keatas muslim. 

Semoga adik-adik adalah menyambung penegak keamanan dan penerus dakwah di bumi Kuantan. Insya Allah. Kami tengok adik-adik semua ibarat permata yang bersinar, ameeeeen. ^_^

Ahlan wasahlan ke bumi Kuantan. Carilah yang terbaek dan jadilah yang terbaek. Insya ALLAH dapat yang terbaek. ^_^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

Unknown said...

waa.....rse brsemangat pulak...hehe....syukran kak husna^^ saye apm t2k hari tu.hehe...jpe d kuantan, i,a:))

http://aimiliyana-itu-ana.blogspot.com/

husnataqwa said...

akak ingat Aimi Liyana, sejak dalam medcy lagi kenal. =)

Ahlan wasahlan.

Insya Allah, akan bertemu. ^_^

Miwa Badrul said...

saya uia gombak :)

Ahli Kompi said...

salam kenal

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.