Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah keperluan,
bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban
bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan,
bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan,
bukan keraguan apalagi kecurigaan …
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan,
bukan tuntutan, hujatan dan obyekan….
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan
bukan su’udzon atau menjatuhkan …
Aku rindu zaman ketika kita semua
memberikan segalanya untuk da’wah ini …
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba
manjadi lagu kebangsaan…
Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan
dan terlambat adalah kelalaian …
Aku rindu zaman ketika malam gerimis
pergi ke puncak mengisi dauroh
dengan uang yang cukup2
dan peta tak jelas …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
benar-benar berjalan kaki 2 jam
di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo
selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan
dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …
Aku rindu zaman ketika binaan menangis
karena tak bisa hadir di liqo …
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk
untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah
berangkat liqo dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi
sakit dan harus dirawat,
para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya …
Aku rindu zaman itu …
Ya Rabb …
Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …
Ya Rabb …
Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini
--
Beberapa hari lagi bakal berangkat ke bumi tarbiah Kuantan. Setelah hampir 3 bulan meninggalkan Kuantan dengan senyuman panjang, kini bila nak kembali, pelbagai rasa datang dalam hati.
Pertamanya tentu rasa cuak. Persoalan BAGAIMANA tahun kedua di Kuantan? BAGAIMANA study plan tahun kedua? BAGAIMANA semangat + tadhiyah perjuangan di tahun kedua?
Berbekalkan sedikit azam, kaki tetap dilangkah dan digagahi juga. Perjalanan mesti diteruskan. Dan rasa TAK SABAR nak ke Kuantan pun ada. Tak sabar nak jumpa lecturer, nak dapat taujihad dan kata semangat. Tak sabar nak jumpa sahabat yang banyak mengisi hati. ^_^
Memang tak sabar. Semoga Allah gantikan rasa tak sabar ini dengan semangat berkobar-kobar.
Bila bercakap soal dakwah, ramai orang semangat berkobar-kobar. Tapi bila ada peluang bekerja dan membanting tulang, ramai yang bagi pelbagai alasan dan musyaqqah. Segala ikrar dan janji untuk berkorban tinggal janji dan tidak ditepati. Semoga Allah menjauhkan kita semua dari perangai-perangai daie yang muflis dengan pengorbanan. Banyakkan memberi dari menerima.
Kuantan, nantikan kedatangan kami yang bakal menggegarkan bumi Kuantan. Insya-ALLAH.
p/s : Jumpa anda semua di Kuantan. Bakal junior, selama ni kita bertemu di 'atas talian'. Lepas ni, bolehlah bersemuka, insya-ALLAH. Tak sangka dah jadi senior. ^_^
No comments:
Post a Comment