♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, August 10, 2012

Musafir kasih Tuhan. =)

Alhamdulillah, musafir yang tiga hari banyak memberi erti. Pada awalnya, ingat nak keluar dari Kelate, tapi takde pula orang yang nak temankan. Terpaksa musafir dalam Kelate. Nanti ada teman baru seronok musafir jauh-jauh.


Hari Khamis petang, dah terpacak depan pintu. Ibu dengan sinisnya bertanya,

"Haik, dah balik? Baru tiga hari?"
Saya senyum saja. Ibu sambung, "Hari tu kata nak pergi seminggu."

Eh, Ibu ni macam tak suka pulak saya balik. Balik awal-awal pun gara-gara plan berubah tiba-tiba. Geng Konvoi ajak meeting di Pasir Mas. Alang-alang dah meeting dekat dengan rumah, hati memang rasa nak balik. Tambah pulak meeting habeh pukul 6 petang. Nak ke tempat musafir semula, rasanya jauh dan jalan sesak.


"Dapat apa 3 hari?" soal Ibu.

"Dapat tenang la." 

"Tenang kat masjid dekat Pasir Mas pun boleh dapat. Yang pergi jauh-jauh tu ingat nak bawa balik calon menantu ke sorang."

Mahu terbeliak biji mata. Kesitu pulak. Pada awalnya, Ibu memang kurang bersetuju saya bermusafir. Sebab sorang diri. Abang kadang-kadang saja menemani. Itu pun busy. Tapi lepas pujuk-pujuk, Ibu bagi juga. Bila balik, saya layankan saja celoteh Ibu. Ibu bising-bising sayang tu. Ibu risau-risau sayang. ^__^

Bila kita bersendirian, kita punya lebih masa dengan Tuhan. Kita punya banyak ruang meminta dan mengadu. Kita punya lebih masa untuk merasai manisnya saat-saat bersama Tuhan.
Ramadhan; sejak 3 tahun yang lalu, sangat bermakna. Waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk  muhasabah. Waktu yang paling indah untuk beruzlah. Percayalah, Ramadhan itu cukup istimewa berbanding bulan-bulan yang lain. Istimewanya Ramadhan, kesannya untuk setahun sehingga bertemu Ramadhan akan datang.

Nikmat sihat yang Allah beri adalah satu nikmat yang cukup besar. Kalau di masjid, kita lihat ramai orang yang tidak mampu menunaikan solat terawih dengan sempurna. Kita yang boleh berdiri dan berlari ni kena banyak bersyukur.

Tapi bila cakap soal sihat jasad ni, teringat pula kata Ustaz Rifa'ie. Kata beliau,


Orang yang sakit jasad, tak datang masjid tu ramai. Tapi ada yang jasadnya sihat, tapi  hatinya sakit, lebih ramai yang anti-masjid. Yang hatinya sakit inilah yang payah nak ubat. Tak ada hubbul-masjid. Tak ada hubbul-diin.

 
Comel betul kalau kita tergolong dalam golongan hubbul-masjid. Hubbul-Quran. Kalau ada dua benda ni, yang lain terus jadi cantik. Insya Allah.

Agama tip-top. Akhlak mantop. Mana nak cari bro? Susa.. Susa. Kalau jumpa, jangan lepas. 

Ramadhan; masih bersisa beberapa hari saja lagi. Rasa terlalu berat mahu melepaskan Ramadhan pergi. Berlalu Ramadhan, datangnya Aidilfitri. Lepas tu kena register tahun dua di Kuantan. Ooooh. Lambatlah masa berlalu pergi. Rasa tak puas lagi mengisi cuti. ^_^

14 Ogos 2012, tarikh yang BESAR. Mana tak besarnya, fikir pun rasa dah penat. Ahha. Tapi sebab tarikh ni, Geng Konvoi jadi erat dan rapat. Seronok pula tu buat kerja-kerja amal sama-sama.  Dah pergi Kuantan nanti, berpisahlah Geng Konvoi. Ooh, gonna miss all the momento. ^_^

Ramadhan juga; menyatukan Geng Konvoi! Alhamdulillah. ^__^

Aidilfitri  bakal menggantikan Ramadhan ini. Ibu dah siap-siap dah kemas rumah tunggu abang kakak balik. Ibu bagi peluang saya uruskan rumahtangga. Habeh bunga-bunga saya buang. Ibu bising rumah tak cantik takde bunga lah, takde seri lah. Tak comellah. Then, i said, " I am the flower in the house." Ibu terus diam dan tak kata apa. Layankan sajalah ragam anak dia. ^__^

Seriously, tak sabar nak tunggu anak saudara balik. Rindu budak-budak sangat dah ni. ^__^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

kak ju said...

cikna kena bagi duit raya kat anak sedara tahun ni...

husnataqwa said...

haha ^__^
habehla cikna.
tak sampai la hajat nak pegi umrah, anak sedara asyik kikis je. haha

kak ju said...

ciknakan soleh, tak pi mekah pun boleh iktikaf kat masjid. kagum akak dengar abang bagitau. hebat adik ipar akak ni. =P

husnataqwa said...

haha. ^__^
yelah abang tu.
padahal dia suro orang balik awal. risaulah apalah. ingat orang budak kecik la tu..

kak ju said...

cikna kawin abang tak risaulah ada orang jaga. awak tu perempuan cik adik oi. kirim salam mok, cakap mok aina tak sabar nak balik kg. tapi abi nya lagi la tak sabar. tadi dia suruh akak buka blog dekna, dia rindu la tu.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.