♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, September 22, 2012

holiday @ Johor





Cuti hari Malaysia jatuh pada hari Isnin. Kebetulan Selasa pula kelas hanya ada pada waktu petang. Saya merancang untuk pulang ke Johor. Kebetulan kakak yang baru pulang dari Indonesia pun masih belum saya ketemu. Jumaat malam yang tragis memberi pengalaman yang comel. Untunglah dapat keliling satu Kuantan cari kedai fotostat. Pengalaman sungguh. Sampai orang yang bersama saya dalam kembara tersebut mengalirkan air mata.
"Ya Allah,susahnya kak Husna..." 



Tapi bila dah dapat sempurnakan tugasan yang diberi, semua rasa lega. Bos,kerja dah setel. Baru semua orang boleh senyum.
Lambat cari tiket ke JB sedangkan dah janji dengan legasi Johorian. Memang kena marah.
Diwaktu dah putus asa + spek pun pecah berderai, Abang call, beliau sudah dapatkan semua tiket untuk saya. Hoorey! Sayang Abang sangat!

Maka, Ahad yang indah saya menjejak kaki ke Johor. Terus ke rumah Abang sulung di Kangkar Pulai. Kakak ipar masak sangat sedap. Dah lama tak makan sedap macam ni. Kami makan malam ramai ramai, dengan Abang Ki, Kakak dan mak saudara yang jug
a menetap di Johor. Fakta menarik tentang legasi Johorian ni ialah srlain dari abang sulung, semuanya menetap di taman perumahan yang sama. Dekat pulak tu. Jalan kaki je.

Seronok melayan anak anak saudara yang semakin mengganas. Aduh,ramainya anak saudara!
rumah baru kakak baru pindah
Esoknya saya membantu Kakak yang baru pulang dari Indon berpindah ke rumah yang lebih selesa. Almaklumlah,selepas hampir dua tahun kawen, baru sekarang kakak officially jadi isteri yang sentiasa disisi suami. Sebelum ni,mereka bagitu tabah menjalani perkahwinan jarak jauh. Oh,saya tidak mampu setabah mereka! Seronok tengok kakak senyum,selepas 6 tahun berhempas pulas menyelesaikan ijazah kedoktorannya. Alfu mabruk,kakak sayang!
Petangnya saya keluar bersama Abang Ki dan family ke Angsana. Untung dapat beg yang sangat comel + elegen. Juga dapat pakej internet yang best untuk Galaxy Tab 8.9 yang best ini. :-P
Esok pagi, Abang hantar ke Larkin. Walapun sangat busy,phone call non-stop,maklumlah baru naek pangkat jadi manager engineer. Alfu mabruk, abang! Rahsia kejayaan Abang yang saya tahu, beliau sangat taat pada Ibu,sangat meraikan Ibu, sangat hormat pada Ibu dan abang juga komit solat jemaah di majid. Balik dari kilang penat macamana pun, still pergi masjid. Alhamdulillah.
Selamat tiba di Kuantan pada petang Selasa. Sangat seronok berholiday di Johor. Sambil bertemu dua orang adik beradik tercinta yang sedang seronok mendapat busyra dari Allah. Alhamdulillah.
Baluk ke UIA,dapat parcel Ibu hantar buah tangan dari Indon. Wah,cantik baju Ibu pilih~ Yang stressnya,anak dia yang tak suka kontroversi. ^___^
Terima kasih Ibu,from both of us. Dua dua yang Ibu bagi baju tu sangat gojes.
Semakin semangat meneruskan perjuangan di Kuantan. Allahu yubarik alaina. Alhamdulillah.
Semoga setiap senyuman yang terukir di bibir,tidak ketinggalan mengungkap rasa syukur pada pemilik kegembiraan,yakni Allah. Alhamdulillah, alhamdulillah!
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

husnataqwa said...
This comment has been removed by the author.
husnataqwa said...

)..........

husnataqwa said...

Haa,tahu pun nk delete. Saya anti-kontroversi. Haha

nana said...

dah sampai tuannya call suroh delete,ambe delete la. Hihi. By the way, may my wish comes true. Jeng jeng jeng

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.