♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, September 24, 2012

seruan mengundi

esok adalah harinya. Esok adalah penentunya.
pastikan anda adalah salah seorang pencipta sejarah akan datang. Mengundilah! 

25hb September 2012.
Setiap kuliyyah menampilkan calon-calon mereka yang kebanyakannya berkaliber. Kebanyakannya sudah aktif di persada UIA. Calon yang sudah terbukti komit dengan aktiviti-aktiviti diUIA. Bagi yang brothers, kebanyakan yang bertanding adalah wajah wajah yang kerap kelihatan di masjid dan majlis ilmu. 

Buat sahabat seDQ yang bertanding di Gombak, selamat memikul amanah, Aisyah Jauhara! Tak lupa Hamidi Zamri juga. Dua dua kattang dan dipercayai. Saya pernah menjadi anak buah untuk kedua-duanya,saya jamin kepimpinan mereka berkualiti.

Buat sahabat seDQ yang mewakili kuliah saya, Razani Azmi pula, selamat bekerja dengan penuh hemah. Esok adalah penentunya. Sudah 5 tahun saya mengenali Razani, 2 tahun di Darul Quran, 2 tahun di Pusat Asasi, dan setahun di bumi Kuantan, saya meyakini kepimpinannya. sikap suka menolong orang dan baik hati adalah aset yang cukup tinggi nilainya.  Ditambah pula individu yang menjaga solat jemaah,saya kira tidak ada sebab student KAHS menolak untuk mengundi Razani. Meskipun begitu, kuatnya seorang pimpinan adalah dengan adanya pengikut yang hebat. Tanggungjawab kita bukan saja mengundi,tetapi menyokong beliau selepas beliau ditabalkan menjadi pimpinan juga adalah tanggungjawab yang sering dilupakan.

Masa depan kita ditentukan dengan pilihan hari ini. Pilihlah calon yang terbaek untuk SRC akan datang. Anda ada kuasa untuk menentukannya!








:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.