♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, September 05, 2012

UIA : Here, with love.

2hb September bertolak ke Kuantan seawal 8 pagi bersama Ibu.
Berehat di homestay kegemaran keluarga kami, Encik Rosli dan bertolak ke Kuala Lumpur jam 6 petang, dengan bas, juga bersama Ibu. ^_^

Sampai di Puduraya, ambil teksi ke Seremban. Sebab sampai dah lewat, tak larat nak cari bas ataupun menunggang KTM. Memilih teksi, walaupun bayarannya agak tinggi. Kasihan sangat tengok Ibu penat. Dari pagi bermusafir. Memang tak bagi langsung Ibu bawa kereta, bawa beg pun tak bagi. ^_^

Tiba di Seremban tepat jam 1.30 pagi. Perjalanan yang sungguh panjang dan memenatkan.

Esoknya ke LCCT, menghantar Ibu ke Indonesia untuk majlis Wisuda kakak di Universitas Hasanuddin. Mabruk Kakak, dah officially graduate selepas almost 6 years berhempas pulas di medan ilmu kedoktoran. Semoga jalan kakak selepas ini dimudahkan Allah, insya ALLAH. Nampaknya kakak dah tak sabar nak balik Malaysia dan hidup bahagia di samping suami tercinta. Dah dekat 2 tahun Encik Ayub sabar menunggu kakak. Terbaek lah Abang Ipar saya. ^_^

Dalam perancangan, selepas hantar Ibu ke airport, saya terus ke Kuala Lumpur. Bermusafir kenangan sementara sudah lama merindui Kuala Lumpur. Teringin ke Petaling Jaya bertemu Ustaz Muhadir. Teringin ke majlis talaqi dan qasidah. Rindu kot. Bila lagi nak imbau sejarah lama. Sejarah zaman sufi. Sejarah kembara sufi. Sejarah itu dan ini. Tapi Abang Amir (Abang Ipar) pulak tak bagi. Panjang ceramah dia. "Orang perempuan tak elok jalan sorang-sorang. Tak elok tidur merata-rata. Kalau nak ke majlis ilmu, kena ada teman. Bahaya." [kalaulah dia tahu apa yang adik ipar dia pernah buat]

Atas dasar menghormati abang ipar dan nasihatnya, dengan terpaksanya ikut kakak balik semula ke Seremban. Dok pujuk depa untuk kebenaran nak balik Kuantan secepat mungkin. Alasan kereta, tak dapat diguna pakai. Akhirnya, bagi alasan, ada kerja dakwah kat Kuantan. Teruuuuus bagi balik Kuantan. Gemnbira betul dapat abang ipar macam ni. ^__^

Seawal pagi, ambil tren KTM ke Kuala Lumpur dan ambil bas di Puduraya ke Kuantan. Selamat tiba di UIA terchenta di hari pertama berlangsungnya Taaruf Program.

Ahlan Wasahlan buat semua junior ke garden knowledge and virtue. Banyak dapat mesej adik-adik bertanya kewujudan saya sebagai komiti Taaruf. Sayangnya saya tidak terlibat. ^_^

UIA bertambah komuniti baru. Yang mana saya yakin, komuniti baru yang ramai ini sangat tinggi kesedarannya untuk menjaga biah solehah di UIA. Insya ALLAH, yakin dengan junior. ^_^

Semoga permulaan kalian di bumi UIA memberi seribu satu makna. Memang teringat kenangan setahun yang lalu, sewaktu saya menjadi peserta Taaruf Program. Sewaktu keluarga hantar ke UIA. Sewaktu mendaftar sebagai degree-student. What a feeling, memang orang yang merasainya saja yang tahu rasanya.

Waktu ni, hanya lafaz syukur yang boleh diungkap. Syukur sebab with all the hard work, dah jejak second year, walaupun belum officially started yet. Insya Allah, minggu depan, kalau orang tanya, "Tahun berapa dah?" Dengan tak sabarnya nak jawab, "Tahun dua!" ^_^

Sedang menanti kedatangan sahabat-sahabat ke UIA. Sunyi sungguh UIA tanpa kalian. Cepat-cepat datang gegak gempitakan mahallah. Tak rasa cool bila sorang-sorang kat Mahallah. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

14 comments:

kembara sufi said...

kalaulah dia tahu apa yang adik ipar dia pernah buat.

konpem dia terkejut. keep our memoir alive dear. nanti kita ulang travelog musafir di kuala lumpur yang mencabar.

jangan kawin lagi selagi kita tak buat musafir sufi sekali lagi. hehehe.

husnataqwa said...

kawen takpe, bertambah la ahli kembara sufi. ^__^

bople buat guard lepas ni.. ehhhe

ana said...

kak husna, teringat kot. setakat kuala lumpur, aku yakin padamu. hahaha. weh, kali ni kita travelog tempat lain plak ea. kita pg kedah ke johor ke perak ke.. mencabar sikit..

kak husna,kalau akak kawen, pastuh bawak suami ikut kembara sufi, tak baik la, jeles la orang2 bujang macam kami ni.

tapi part jadi guard tu sangat OK. hrap2 bakal suami akak tu sporting habis la. haaaaaa, ting ting ting!

kembara sufi said...

ana, nati kak husna jawab, kedah takbest, takde KTM nak kejar, takde LRT nak bersesak, takde midv nak lepak.

as expected from the expert. hihi

p/s : kalau nak kawin, make sure suami pun suka pergi kembara yang tough-tough la. kalau tak macamana nak bawak sama2 nanti. peace!

ana said...

satu lagi ko tertinggal, tak da hotel concord nak recharge energy. hoooo, kenangan kot!

whoa, macam tak sabar nak kembara sufi dengan suami kak husna. cepat2 la kak kawin, kami tunggu kad comel ni..

Nur Ahmad said...

wah, seronok baca. Kita ada dua minggu lagi sebelum memulakan musafir di taman ilmu :) tak sabar nak menuntut ilmu. lama cuti... hampir 3 bulan. Semoga maju jaya ya utk tahun kedua. Ukhti can i add u on fb? :) -Nurra-

husnataqwa said...

Nur Ahmad : Ahlan ahlan. Silalah add. Waiting. ^__^
Ala kulli hal, selamat bersedia untuk meneruskan kembara 'ilm.

husnataqwa said...

kembara sufi + ana : ceyt, korang pulak buat ciri-ciri suami orang. haha.
tayah tunggu, lama lagi. kalo tunggu, tahun depan pun konfem kita tak kembara sufi. cakap banyak, tolong carikan calon ye jugak. ;p

dah2, kita ungkit kenangan kat group jom. anyway, nice moment dengan semua. =)
dok gombak baek2 ye. ^__^
rindu korang.... T.T

Anonymous said...

kak, yang penting, bakal suami jangan tsiqah sangat macam encik teeeet... haha

ana said...

cari orang kuantan la kak, kat gombak macam tak sesuai la. hehe.
kalau kami cari tak kena plak dengan taste akak. nanti akak cakap, "agama dan akhlak yang baek, adalah segalanya. perasaan, datang kemudian."
cehh, buat susah je nak tolong. hehe

kak ju said...

dekna duk sorang? abang pesan jangan lupa jaga makan. take care dik..

Anonymous said...

ehem ehem. sapo hantar pi terminal tu?? ternampak.... tak sangka begitu kisahnya....hehehehe

husnataqwa said...

kisah apa? dok paham.
kawan,mintak tolong dia hari tu.

Anonymous said...

kawan..je?

hurmm.....

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.