♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 09, 2012

aku mahu disisimu. +__+










Terasa inginku berlari menuju ke arahmu,
Mahuku bawa sekuntum mawar segar,
Buat penghibur hatimu,
Meskiku tahu,
Ia tidak mampu menghilangkan sakitmu,
Tapi cukup untukku sekadar melihat senyum diwajahmu.
Senyum itu tanda hatimu tenang dalam ujianNya.

Ibu,
Maafkan aku tidak disisi.
Menyapu tangis sendumu menahan sakit.
Maafkan aku tidak disisi.
Mencetus tawa menghibur hati.
Maafkan aku tidak disisi.
Melagukan Quran penguat hati.
Maafkan aku tidak disisi.
Meredakan sakit menenangkan hati.


Kalau bukan iman yang ada di hati.
Sudah lama segala taklifan disini aku tinggal pergi.

Meskipun kerap dipujuk abang,
'tanggungjawab tu pada anak lelaki.'
Tapi selagi aku belum bersuami,
Ibulah yang pertama dan nombor satu di hati.


Ibu.. Ibu..
Sepanjang aku hidup dan diuji.
Tidak pernah kau biarkan aku sendiri.
Apalagi dalam keadaan sakit dan diuji.
Engkau sentiasa berusaha untuk disisi.
Tapi saat ini,
Akulah yang kejam dan tidak punya hati.
Kerana tidak mampu bersamamu meniti hari.


Ibu,
Bersama titis air mata,
Aku bermunajat pada yang Esa.
Tenangkan hatimu.
Lapangkan dadamu.
Redakan tangismu.
Hilangkan sakitmu.
Biar aku menanggung semuanya.
Aku mampu dan aku mahu!

Ibu,
lihatlah anaknda disini,
menjalankan segala taklifat dengan penuh semangat,
Meskipun gundah gulana dan tidak tenang hati.
Biarlah senyuman yang menjadi penyeri.
Senyuman ini menyembunyikan segala rasa hati.
Kerana aku tahu,
Ibu mahu aku kuat.
Dan Ibu,
ketahuilah,
Anak Ibu sedang menjadi kuat.

Akanku ingat nasihat Ibu,
'kelak bersuami,jangan nafikan hak anak lelaki terhadap ibunya. Itu tanggungjawab.'


Ibu,
Semoga dapat kau rasa,
Gelisah resah hati anaknda,
Tidur bangun dengan air mata,
Mengenangkan dirimu disana.

Ibu,
Semoga dapat kau rasa,
Meskipun jauh jarak kita,
Tapi hati ini tiada henti berdoa,
Agar Ibu dalam lindunganNya.

Ibu,
Aku menjadi manusia tabah hari ini,
Adalah kerana adanya kamu.
Kerana disebalik seorang aku.
Ada seorang Ibu yang jauh lebih tabah.
Mengajar aku menjadi gagah.
Aku sangat bertuah.

Allahu Rabbi,
Engkau tahu apa dihatiku.
Andai dimudahkan urusanku,
Aku pasti pulang ke sisi Ibu.
Aku cuma mampu,
Menyerahkan segala urusanku kepadaMu.
Dan meninggalkan Ibuku,
Di dalam jagaan dan lindunganMu.
Wallahu a'lam.
Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

ur besties said...

take rest dear, dont be sooo stress. you yourself pun tak sihat tu. i worried for both of you.

oh friend,
nak menangis baca post ni. (dah menangis pun).
Bertuah ibu dapat anak macam ni.
Husna.. Husna.. <3

tou peak said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.