♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, October 31, 2012

hatimu milik Allah,hatinya juga.

Semalam, saya didatangi seseorang yang berhajat. Oh, tidak berhajat kepada saya,tapi berhajat pada kenalan lelaki saya. Dengan serius, beliau bertanya pada saya.

Persoalan perigi cari timba, perempuan mulakan menjadi isu besar yang beliau persoalkan. Saya tidak punya jawapan yg solid. Mustahil saya mengatakan BERDOSA perempuan meminang lelaki,sedangkan Kekasih kecintaan Nabi, Saidatina Khadijah melakukan demikian.

Saya sedar hakikat umur yang kian meningkat dewasa. Tekanan dari keluarga yang bertanya begitu begini. Saya juga mengalami perkara yg sama, ya, ia normal, tp mungkin caranya berbeza.

Saya tidak punya banyak masa untuk diluangkan bersama sahabat saya tersebut,kekangan exam dan assignment tidak membenarkan kami berbicara panjang.

Cuma,satu soalan yg saya tinggalkan pada dia,

"kalau kita tanya si dia, dan dia bersetuju menerima, awak dah sedia nak move on another step ahead? Nak jaga hati, nak jaga hubungan.. Nak jaga hak Allah, dah sedia?"

"dan kalau dia tolak,sedia untuk tidak kecewa?"

Bukan saya berfikir terlalu negatif dan tidak bersetuju, saya cuma mahu persediaan yg lebih. Tidak kisah jika ingin proceed, saya cuma berinya seminggu masa untuk membentuk kekuatan itu. Bentuk ekuatan sekiranya diterima ataupun ditolak.

Saya sudah berpengalaman melihat sahabat yg kurang bersedia. Apabila lamaran diterima, terbsng tinggi kaki tak jejak bumi. Hak Allah entah kemana, hubungan tidak terjaga. Yg ditolak pula, hadir rasa kecewa hingga wujudnya futur di jiwa. Lemah. Lembik. Hilsng punca. Semuanys terbukti pernah terjadi.

Demikian pesan saya buat kesekian kalinya,

"isstikharahlah, andainya benar dia baek untuk awak, Allah pasti mudahkan. Hati dia, hati awak, Allah yg jaga. Kembalikan segalanya pada pemilik hati dan segalanya."

Akhirnya, saya menutup pertemyan dengan satu harapan untuk beliau,
"kalau awak rasa ni masanya untuk awak lsngkah setapak kedepan, make sure hak awak terhadap Allah, Rasulullah, parents, family, sahabat dan yang penting hak awak terhadap dakwah dan perjuangan Islam. Fikir fikirkanlah."

Dah lama tak cakap pasal baitul muslim. Sedangkan keadaan sekeliling hangat cerita topik baitul muslim. Takpe, setiap orang telah ditentukan rezekinya masing masing.

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

♥Nur Ayuni Khalib said...

Subhanallah, kalau sebelum ini saya menjadi silent reader. mungkin kali ini sebaliknya. suka cara saudari mengupas satu-satu entry. tarbiyyahnya cukup terasa. Semoga Allah memberkati saudari untuk terus berdakwah. terima kasih.

gaya alfateh said...

pasni k.husna share gane kak mnjga n bersedia.nk amek iktibar dr org hk dkt dgn allah ni,aura n cara mgkn berbeza n byk barakah.share deh k.husna.the best sokmo k.husna

husnataqwa said...

Ayuni Khalib, jazakillah ukhti,mohon doanya sentiasa. :-)

Gaya alfateh, ana sendiri tade pengalaman lg,share pengalaman org sekeliling bole la. Hamboi,nk tunggu penulis share kisah diri sendiri,mmg tadapek la. :-P

Anonymous said...

hem.......
dmane2 hangat baitul muslim lening, pkat tunggu cikkak kite rasmi. bilo ag nk jd initiator. ke gane boh?

husnataqwa said...

Dok tepat mana tu bos.. Ambe tahun ni matlamat fokus ke bende laen. Bukan baitul muslim lg.. :-P

Anonymous said...

hot statement terbaru tu, napok kuat sibuk jjuang, dok layyang bsitul muslim.tu baru ye org jjuang.tp kekg klu dpt kad awal pon,dok kkejut mane boh...org hebakkan,laku awal skala. Hehe

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.