♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Tuesday, October 30, 2012

Doktor yang sangat OSEM!

Sewaktu pulang ke kampung, Ibu Ayah tak henti berleter pada mata saya. Kata mereka, muda-muda dah rabun, silau, tak nampak. Akhirnya dengan terpaksa, saya menapak ke Oftalmologis, buat pertama kalinya setelah banyak kali dipaksa.

"Nama?" tanya nurse berbaju purple di kaunter pendaftaran.
"Abdullah Hanzalah." Terkejut nurse tu. Tasengaja kak. ;p
"Nama saya.. Nah, IC.." Risau dia fikir saya tukar gender pulak. ^_^

Bila dipanggil masuk di bilik doktor, bergema alunan Quran bacaan qari kegemaran, Mishary Al-Feasy. Subhanallah. Memang dari dulu, saya mengakui Doktor Rosli memang OSEM. Dah banyak kali bertemu Doktor Rosli, tapi sebagai peneman Ibu. Kali ni officially jadi patient pulak.

"Cantik je mata, ada masalah ke?" kata Doktor Rosli bila saya menghadap beliau.
Ibu di belakang menyampuk, "Banyak masalah, Doktor.."

"Muda lagi ni. Apa masalahnya?" Doktor menunjukkan minat yang tinggi untuk mendengar kisah cerita mata saya. Apalagi, saya yang memang suka bercerita, tak tunggu lama untuk bercerita, ibarat masuk pertandingan bercerita masa sekolah rendah dulu-dulu.

"Pada suatu malam yang hening....dan... lepas tu.. begitulah ceritanya.."

Lepas habis cerita, Doktor Rosli tersenyum panjang.
"Lawak la anak Puan ni." kata beliau pada Ibu. *blur, kat mana yang lawak, serius kot saya bercerita.

Setelah beliau menjalankan check-up menggunakan mesin gaya-gaya Power Rangers beliau yang canggih, beliau memberi saya rehat sebelum consultation seterusnya. Sempat baca buku Solusi yang tersedia di rak buku beliau.

Setelah hampir sepuluh minit rehatkan mata, beliau bercerita apa yang beliau diagnos. Serius, saya pun tak faham sangat. Panjang beliau cerita, sampai mengantuk saya dengar. =.='
Gaya tak best gaya beliau cerita macam lecturer pun ada. Siap guna whiteboard dan figure mata lagi. Adehh.

Akhirnya, beliau comes out with solution,
"Kalau anak Puan malas pakai spek, memang susah lah. Kenapa susah sangat dia nak pakai spek? Spek mahal pun tak sampai seribu. Kalau treatment, lebih dari tu, risiko pun tinggi."

Beliau memandang saya, sambil tersenyum, "Mengantuk ke? Husna kan science-based student, kena tahu, sebab tu saya cerita. Kalau orang lain, saya tak cerita."

"So sekarang macamana Doktor?" soalan saya.

"Husna, saya cadangkan Husna titikkan air zamzam dalam mata. Baca doa, minta dengan ALLAH, ALLAH sembuhkan mata. Husna muda lagi. Belum kahwin pun lagi. Pakai spek, banyakkan makan makanan berkhasiat, dan jangan paksa mata. Kalau tak boleh, jangan buat. Kalau rasa tak nampak, berhenti. Kalau drive malam, dah start tak nampak tu, stop sekejap, rehatkan mata, baru proceed semula. Jangan bagi mata tu stress, kalau mata overstress, mata buat tuannya lagi lagi stress, kan?"

"Saya tak bagi Husna ubat. Lepas ni ramai orang balik Mekah, Husna cari air zamzam, titiskan ke dalam mata dan jangan henti doa. Air zamzam ni ikut hajat peminumnya. Insya ALLAH Husna boleh sembuh. Tapi jangan lupakan spek. Kalau mata tu tak suka matahari, jangan bagi dia tengok matahari. Boleh? Sayanglah mata tu, cantik tapi sakit."

Penuh motivasi kata-kata Doktor Rosli.

Akhirnya kami pulang, selepas membayar kos consultation dan check-up. Tanpa ubat. Alhamdulillah.

Berbaloi-baloi jumpa Dr Rosli. Such a very nice and good Doctor. =.='

Sekarang, dah start titiskan air zamzam dalam mata. Rasa lega dan dah jarang sakit kepala bila mata ni dipaksa-paksa. Ok, Doktor, saya tak paksa dah mata saya. =.='

Begitulah Doktor, walaupun buka klinik sendiri, kerjanya bukan untuk jual ubat semata-mata. Tapi kerjanya untuk beri penyelesaian pada masalah pesakit. Kerjanya bukan nak ambil duit patient semata-mata, tapi kerjanya nak tengok patientnya sembuh dan survive. Terima kasih, Dr Rosli. Semoga ALLAH memberkati Doktor sentiasa. ^_^

XXXX
Tadi Kakak dan Abang Ayub singgah Kuantan, dalam perjalanan mereka ke JB. Bersama Munir dan adik lelaki tunggal saya, Ridha. Sekejap cuma. Sempat lunch bersama di Jungle. Dengan nasi kukus. Sempat juga terjumpa big boss kat Jungle. Adehhh. =.='

Sekarang kami family hampir everyday bersidang di what'sapp. Nice sangat application ni. Macam-macam perkara bincang di what'sapp. Kereta nak habeh minyak waktu dalam perjalanan ke Kuantan pun story kat what'sapp.


Dapat baby baru pun story kat what'sapp. Dah jarang menelefon. Jarang berFB. Macam dulu.

Rasa makin rapat, sebab dapat share gambar, dapat share video sesama family. Privately. Very nice. ^_^


exam fever
=.='







Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

5 comments:

umar said...

Doktor Yusuf Hakimi pun osem jugak kak... =P

murabbi said...

klakar dgr gaye crite..ala2 power rngers..hehe..
sgt osem dgr crite dktor akak ni...

husnataqwa said...

Umar, ok fine, noted. :-P

Murabbi, o_O
Osem kan dia.. :-)

maya dry said...

dah nikah belum dr tu kak?buat hubby best gok hoho

husnataqwa said...

Anak 5 dah dia.. Nk buat mentua bole la kot. Tp dia muda je lg,kawen awai kot. Haha

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.