♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, October 22, 2012

kelantan, here i am.

Sabtu petang yg damai dan mendamaikan, letih dan penat masih belum hilang, tidur belum sempat dicukupkan, saya dan sahabat bertolak pulang ke Kelantan dari Kuantan. Semua wajah gembira. Senyum sampai ke external aqustis meatus kot. o_O

Saluran radio yg melaungkan bait bait "labbaikallahummalabbaik....." menggamit hati untuk terus gagah perkasa pulang ke kampung halaman. Selaen faktor pendesak mahu ketemu Ibu selepas operasi mata dua minggu lepas.

Dalam perjalanan pulang, ramai orang mesej remind perlawanan bola sepak Kelantan vs ATM malam tersebut. Alamak,tadapatlah menonton,mana nak dapat tv radio yg jelas dalam hutan ni. Walaupun hakikat sebenarnya saya bukan peminat tegat bola sepak. Tapi sebab abang adik semua mibat bola,terkena jugaklah sedikit sebanyak tempiasnya. Kata abang, "blaja tengok bola,kang dapat suami gila bola,tak kekok nak layan nanti."

"tamaulah suami gila bola. Tak cool langsung. Minat sikit sudah lah."

Respon abang, "baek apa dia gila bola,dari gila game,gila drift."

Dalam hati terdetik, "gila brrjuang,gila tuntut ilmu, gila dakwah tu takpe lah. Lagi baek dunia akhirat."

Isu bola ni macam isu besau. Kena juga ambil tahu,mudah merapati mad'u nanti. Banyak tahu,banyak ilmu adalah syarat nak jadi da'ie yang mursyid. Insya Allah,on the way. o_O

Tahniah menang kelantan. Mula mula tak rasa sangat aura bola kat terengganu,sebab orang laen drive. Bila masuk Kelantan, dah tukar penumpang, baru hangat dengan Izzati Johari yg memang hantu bola. Apa saja untuk kalian,layankan saja. o_O

Selamat tiba di Kelantan jam 11,malam. Cari toilet selepas sejak bertolak dari Kuantan,tak stop langsung,melaenkan berhenti tepi jalan sekejap saja untuk tukar driver kattang.

Pergh,memang hebatlah perjalanan kali ni. Di kubang kerian,kami berhenti solat dan makan memandangkan tak makan sejak lunch.

Selamat tiba di istana tercinta jam 2pagi,ibu ayah confirm dah tido. Di akhir mujahadah untuk sampai ke garisan penamat,memang mencabar tahan rasa mengantuk. Huh,padahal dalam kereta tadi dah tidur,walaupun sekejap cuma. :-P

Ibu yg buka pintu pun mamai. Sampai je terus landing dan tidur. Penat. Penat. Puas hati dapat tidur dalam keadaan penat. Itu baru betul betul rehat namanya. Kan kan.

Hari pertama kat rumah dah kena paksa makan macam macam. Aduh. Dah agak. Dah agak. Sabau. Mula mula adik ajak makan chicken chop,lepas abang ajak makan mee sizzling. Balek rumah ayah masak kari ayam,wajiblah makan,ayah memang masak untuk anak dia. Lepas dinner dengan masakan ayah, ibu paksa pergi tahlil rumah pakcik, kat tempat tahlil pun kena paksa makan.

"Na,makanlah. Tolonglah makan. Bukan sokmo datang makan sini."

Abang sepak kaki,lepas tu dia bisik, "Kalo tak makan,orang kata sombong. Makan la sikit."

Memang kenyang. Takpe,esok puasa. o_O

Seronoknya dok kat rumah. Hujan sepoi sepoi bahasa,memang menambah rasa damai di hati.
Alhamdulillah, Allah bagi peluang menikmati hidup yang selesa di dunia. Tidak laen tidak bukan,kehidupan yg selesa di dunia adalah motivasi untuk bekerja keras dapatkan kehidupan yg lebih selesa di akhirat sana.

Malam ni rasa bertuah,beruntung, gembira sebab dapat sahabat soleh solehah yang selalu remind hamba yang dhaif ni. Ya Allah,bertuahnya dikelilingi mereka yg soleh. Tidak ada kata kata yg dilafazkan melaenkan perkataan yg mendekatkan hati dengan Tuhan Rabbul Izzati. :-)

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

6 comments:

umar said...

Kakak! Dah ada kat klate ke? Umar balik dengan abang amin lusa. Kakak tunggu umar ya. Umar dan abang amin nak jumpa kakak. Abang amin kata, sejak balik india, tak jumpa cik da dan kakak lagi. Kakak tunggu kami ya. Nanti kita hang out dengan abang amin. Rindu kakak.

husnataqwa said...

Aik,amin dah balik dari india? Da habeh blajo ke dia? Kkk tatau pun umar.
Haaa,baliklaa sini, nanti ajak didi hang out same.
Raya nanti kkk ada planning dgn kwan,kita kena hang out sebelum raya. Umar balik dgn abg amin je ke? Ayah ngah n mak ngah??

umar said...

papa mama tak balik,papa suruh abang amin balik jumpa sedara mara. Tapi abang amin nak jumpa kakak. Abang amin balik minggu lepas. Nanti kakak tanyalah abang amin. Kakak tak payahlah hang out dengan kawan,kakak duk dengan umar je. Kakak sayang kawan kakak sangat. Umar dengan abang amin kakak tak sayang ke?

husnataqwa said...

Haha,umar ni, ada pulak. Kkk da janji dgn kwn nk jalan. Takpelah,sempat je sebelum raya kita jalan ok. Ok umar kirim salam mama papa dan abg amin ya.

umar said...

nanti abang amin kata nak ikut kakak jalan dengan kawan kakak. Ke kakak jalan rumah pakwe? Hehe.

husnataqwa said...

haah,pakwe la sangat. Manade pakwe. Tapayah ikut kkk,nt kite planning kite punya hang out. Ok umar...

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.