♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, October 06, 2012

Memiliki bahagia sebelum memberi bahagia

Wajah bahagia Munir. =)
Pernah anda ditanya, "Kau pernah sedih tak?"
Soalan tersebut terlalu sarkastik, mustahil ada manusia yang tidak bersedih. Sedangkan siang,ada malamnya, panas ada hujannya.

Semalam, seorang adinda menghantar mesej ke inbox FB saya,
'Saya tengok kak Husna macam bahagia. Apa rahsianya? Kongsikanlah..'

Saya senyum sendiri. Dalam hati termenyanyi lagu Hakikat Kebahagiaan dari UNIC.

"Bahagia itu dari dalam diri 
Kesannya zahir rupanya maknawi 
Terpendam bagai permata di dasar hati 

Bahagia itu ada pada hati 
Bertakhta di kerajaan diri 
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 

Bahagia itu ada di jiwa 
Mahkota di singgahsana rasa 
Bahagia itu adalah suatu ketenangan 

Bila susah tiada gelisah 
Bila miskin syukur pada Tuhan 
Bila sakit tiada resah di jiwa 
Bukankah Tuhan telah berfirman 
Ketahuilah dengan mengingati Allah 
Jiwa kan menjadi tenang "

Penilaian adinda tersebut mungkin terlalu random atau lebih tepat dikatakan, boleh jadi beliau belum megenali saya lebih dekat. Saya bukan orang yang mampu membahagiakan orang lain.

Kata ustaz saya, "Orang yang bahagia, adalah orang yang mampu membuat orang lain turut  bahagia apabila memandangnya." 

*Terlalu jauh untuk berada di situ.


Saya sekadar berkongsi, cara untuk menjadi bahagia. Adinda tersebut sepertinya tahu, saya sedang mencari jalan bahagia, dalam pelbagai mehnah. Haruslah mencari bahagia, kerana hati yang bahagia, lebih tenang dan dekat dengan Rabbi Insya ALLAH.

Kalau kita tengok orang bahagia,sometimes we tend to assume, dia dapat semua yang dia mahu. Sebab ada assumption macam tu lah hati kita tak bahagia.

Pandanglah semua orang dengan perspektif bahagia. Tak mungkin ada orang yang dapat semua yang dia mahu,agak mustahil. Dan semua orang ada kelemahan/masalah masing-masing. Termasuk saya,begitu juga anda.

Kehidupan ini adalah persoalan tentang bagaimana kita memandang apa itu hidup.


Hidup ini bukan syurga. Hidup ini adalah dunia. Di dunia, ujian/cabaran/masalah itu adalah normal. Syurga pula,tempat istirehat yang paling sempurna,segala keinginan ditunaikan,segala kemahuan terlaksana. Itu syurga.

Ketahuilah,ini dunia,bukan syurga. Maka,segala masalah dan sebarang kekurangan bukan sesuatu yang pelik. Ia bukan hanya ada pada anda,tapi pada semua orang!

Bahagia itu datang dari hati. Bahagia itu tidak boleh dibuat-buat.


Maka, hati itulah yang perlu dijaga untuk mendapat kebahagiaan. 

Suka untuk saya syorkan kalian membaca buku Terapi Penyakit Hati, karya Ibnul Qayyim Al-Jauzi. Buku ini lebih baek dibaca sebelum kita membaca buku rahsia kebahagiaan yang laen. Saya sendiri,ternyata menemui sesuatu yang begitu berharga padanya.

Cinta pada dunia adalah penyakit hati yang paling susah diubati dan paling besar akibatnya,sengsara.
Macamana cinta pada dunia?

Kayu ukur saya sendiri adalah, sekiranya kita melakukan sesuatu,tidak ada yang dapat menandingi tanggungjawab kita kepada Allah. Contoh, belajar sampai lewatkan solat dan terbabas Subuh. Dimana kita meletakkan suruhan Allah dihati kita? Adakah ia priority atau sebaleknya?

We tend to set our alarm untuk remind kita for class/meeting, tapi kita selalu lupa nak set alarm untuk bangun solat bila kita tidur. Tidur malam tu satu hal,tidur tengahari pun sama. Tidur pukul satu, bangun pukul empat untuk solat Zohor. Dimana kita letak Allah di dalam hidup kita?

Orang yang matlamatnya adalah mardhatillah, sedikitpun dunia tidak menggugat ketenangan hatinya. Disaat itu,tenang itulah yang memberinya bahagia. Allahu Allah,saya masih jauh untuk sampai ketahap ini,tapi teringin merasainya. Harus gigih berusaha!

Setiap kali datang masalah atau ujian, kurangkan masa meratapi nasib,tapi banyakkan masa mencari penyelesaian dan mengadu pada Tuhan. Saya kerap kali diuji ujian kesakitan dari Tuhan. Dulu,saya sering menangis di birai jendela mengenangkan nasib diri tidak sebertuah orang laen. Rupanya itulah tindakan bodoh yang saya sangat menyesal melakukannya. Meratapi nasib adalah manifestasi tidak redha dengan takdir Tuhan!

Sejak sudah mula dewasa,saya kurangkan masa meratap nasib,tapi saya banyak berbincang dengan keluarga untuk menyelesaikan masalah. Surely,my family help me a lot to stand up!

Satu persatu masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa doa dan meminta bantuan dari Tuhan. Dan alhamdulillah,terlalu banyak yang dipermudahkan.

Kadang-kadang, berfikir terlalu panjang hanya membuka ruang kita bersangka buruk pada Tuhan.

Seterusnya, banyakkan senyuman. Sekalipun besar masalah yang mendatang,jangan berhenti senyum. Susah sebenarnya untuk senyum dalam sendu,tapi ia tidak mustahil dan possible untuk dilaksanakan!

Beri senyuman pada orang sekitar kita, insya Allah, senyuman kita berbalas dan rasa bahagia itu akan hadir dengan sendirinya. Awas,senyum berpada-pada,terutama untuk yang berlaenan gender!

Next,fokus dengan apa yang kita laksanakan. Setengah orang,ada masalah dengan kereta,contoh kereta rosak. Tapi masalah tu,sampai dalam bilik, ke tempat meeting dan dalam facebook pun dibawa bersama.

Sepatutnya,dalam bilik, fokuslah pada situasi bilik,tak perlu dicampur adukkan dengan masalah kereta rosak. Dalam meeting,tak perlu fikir soal kereta rosak sampai nak emo tak pasal-pasal, nak masam muka segala bagai. Tak perlu, bukan selesai pun masalah kereta rosak tu,kau masam+emo pun,kereta tu tak elok dengan sendiri!

Minimakan dosa. Dosa adalah punca hati gelisah dan hilang bahagia. Kurangkan bercakap perkara sia-sia. Jaga aurat dengan sempurna. Elak mengumpat dan mengata. Banyak baca quran dan solat sunnat. Banyakkan puasa sunnat dan yang paling penting, jaga ibadah wajib dengan sempurna. Terlalu jauh untuk saya sendiri sampai ketahap ini,tapi tak salah gigih berusahakan?

Orang yang banyak dosa,akan selalu gelisah dan hilang ketenangan. Sedangkan tenang itu adalah sebahagian dari kebahagiaan.

Antara laen,resipi untuk bahagia adalah banyak menghitung nikmat yang Tuhan anugerahkan. Hitung nikmat sampai kita rasa banyaknya Allah sudah beri pada aku, apalah sangat dengan sedikit ujian dan musibah ini.

Contoh,kita hilang henset yang berharga tujuh ratus ringgit. Untuk menghilangkan rasa gelisah dan tidak tenang, cuba hitung berapa banyak Allah beri nikmat pada kita. Lebih berharga dari tujuh ratus tersebut.

 Sebagai contoh, Allah beri kita keluarga yang bahagia, Alkah beri kita akademik yang stabil. Tentu sekali nilai semua itu melebihi tujuh ratus ringgit yang hilang. Kan? Hati akan kebih tenang dan redha.


Hitunglah nikmat Tuhan,usah kerap membilang ujian semata-mata!

Saya, cuba jadi bahagia. Sebab saya yakin, kebahagiaan saya adalah kebahagiaan ibu,ayah,abang,kakak dan adik saya. Juga kebahagiaan sahabat-sahabat saya serta orang sekeliling saya. Saya senang bila menyenangkan mereka,damai sekali rasanya. Erti hidup inikan pada memberi!

Sebarkan aura yang positif. Anda akan mendapat aura yang positif. Mana mungkin memberi najis dibalas bunga. Begitulah perumpamaannya!
Memaafkan adalah ubat kepada kecewa dan derita. Maafkanlah, anda pasti rasa bahagia. Kadang-kadang, masalah kecil pun boleh memberi gelisah pada hati kita.


Contoh, "Ibu, tadi dalam meeting, muslimin itu jahat dengan kakak. Buat muka. Macam tak puas hati je dengan kakak. Tak tahulah apa kakak salah dengan dia. Kakak benci dia buat macam tu pada kakak."


Jawapan Ibu, saya yakin dan pasti, "Kakak, maafkan dia, kakak akan bahagia. Kakak lupakan apa dia buat pada kakak. Maafkan dia."

Hampir setiap kisah/cerita yang saya kongsikan dengan Ibu, pasti itu jawapan Ibu.
Sehingga satu tahap, saya meyakini, kuasa maaf itu benar-benar memberi bahagia.
Sewaktu kita memaafkan semua orang, beban di hati kita hilang dan tenang. Subhanallah, perasaannya begitu hebat sekali. Cubalah! Maafkan semua orang yang menyakiti kita. Samada dalam sekecil-kecil perkara mahupun sebesar-besar perkara.
Maaf itu satu perkara yang membahagiakan. Cubalah!
Mana mungkin Rasulullah sendiri menyuruh kita memaafkan kesalahan semua orang sebelum kita tidur, andai  memberi kemaafan itu sia-sia. Rupanya, Rasulullah nak kita kekal bahagia dengan memaafkan kesilapan manusia. Percayalah, its work! Really work!

Saya sendiri kadang kala tetap gagal menguruskan emosi,walau berkali ingatkan pada diri untuk mengawal emosi. Lumrah manusia, sesekali gagal dan terkandas. Tapi itu bukan alasan untuk berhenti berusaha menjadi bahagia. Percayalah. Kadang-kadang ada waktunya saya overstress, terbawa dalam meeting, dalam persahabatan dan kadang kala dalam medan akademik. Muka jadi masam. Emosi tidak stabil. Jiwa berserabut selirat. Waktu ini, mohonlah bantuan Tuhan,agar Dia beri kita kekuatan untuk mencari tenang dan bahagia. Waktu peak hour macam ni,saya suka bawa diri ke masjid. Tapi tentu sekali tidak lama. Jangan ambil masa berminggu-minggu untuk recharge energy.

Ada orang beranggapan,kita akan bahagia bila sedang bercinta dengan manusia. Eh,bercinta dengan Tuhan berganda bahagia tau. Sebab kita takkan kecewa,terluka atau terseksa. Eh,sape kata orang single tak bahagia?
Saya single, saya OK dan saya bahagia!

Kadang-kadang persepsi orang yang buat kita menderita.
Cool. Cool.
Sekadar itu tinta bahagia dari saya. Kalau boleh,selamanya dan sampai bila-bila saya mahu bahagia,kerana hanya orang yang bahagia yang boleh memberi kebahagiaan kepada orang laen.

Sape yang terfikir nak kawen, kena jadi orang yang bahagia dulu. Sebab how can you make your love one bahagia kalau anda sendiri tandus dengan kebahagiaan.


"Kebahagiaan itu suatu kesyukuran 
Bila kaya jadi insan pemurah 
Bila berkuasa amanah 
Bila berjaya tidak alpa 
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 

Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki"


Sehingga bertemu lagi,dengan bahagia!

Published with Blogger-droid v2.0.6

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

4 comments:

classmate said...

ye lah tu,single la sangat...

husnataqwa said...

It is. ^__^

aina maisarah abidin said...

single and available.
Betui,kebahagiaan tu kalau kite byk bergantung kat manusia,mmg takkan habeh. Kalau bahgia gantung kat allah,tu hat paling bek.

Barakallah husna. Kalau kite cari bahagia dgn allah,nescaya bahagia manusia mengikut di blakang. Moga husna dapat zauj yang soleh dan bercinta sampai syurga.

Nice sharing....

husnataqwa said...

post ni takde kaetan dgn jodoh pun sebenarnya. But everyone focus kat statement yg kecik tu. T.T

How to be a true-happy muslim. Indeed......

Anyway,thanks semua.

Jom cari taqwa~

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.