Terus buka semula sejadah,dan solat hajat dua rakaat, mohon Allah melindungi, Allah menjaga.
Hati mana yang tidak gusar dan risau. Ibu, Ayah, Adik dan anak saudara yg sebelumnya berborak riang dengan saya melalui telefon dimaklumkam terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kelas Analog pagi Jumaat itu saya cuma mampu hadirkan jasad. Hati yang tidak keruan tidak mampu fokus.
Saya bersama kakak dan abang tak henti mendapatkan update melalui whatsapp.
Abang di Kerteh,terus minta half day dan balik ke Kelantan, dengan baju kerja. Abang dari Johor juga bertolak pulang. Walaupun Mereka semua tidak cedera, melainkan Ibu yang dikejarkan ke wad kecemasan sebab tak dapat bernafas. Tapi alhamdulillah keadaan Ibu stabil. Ayah yang menelefon hanya berkata,
"Doakan Ibu. Doakan. Takut apa-apa jadi dengan operation Ibu."
Dapat saya rasakan risaunya hati Ayah. Dan kami adik-beradik juga risaukan operation Ibu yang masih belum pulih 100%.
Antara sebab abang-abang pulang adalah untuk beri sokongan kepada Ibu Ayah. Disamping nak tengok Munir yang ditinggal Umi Abahnya ke Mekah.
Kepulangan abang lebih kepada merawat psikologi disturbance Ibu Ayah selepas kemalangan. Bertuah punya Abang-abang yang begitu protective. Abang Long siap minta cuti kerja seminggu. Menjadi anak lelaki tambah pula sulung memang besar tanggungjawab pada keluarga. Seringkali saya diingatkan abang-abang, agar selepas berkahwin nanti memahami tanggungjawab suami terhadap keluarga. Kakak ipar saya semuanya memahami abang yang seharusnya mendahulukan Ibu Ayah
Sering juga saya dinasihati, "bagaimana awak suka abang jaga ibu ayah,macam tu juga awak kena suka suami awak jaga ibu ayah dia. Syurga suami bawah tapak kaki ibunya. Syurga awak bawah tapak kaki suami. Kalau suami tak jaga syurga dia dengan ibunya,macamana awak nak masuk syurga?"Ramai sahabat bertanya tentang kepulangan saya ke Kelantan. Sebenarnya sudah nyaris-nyaris beli tiket MAS ke Kota Bharu, transit di KLIA pulak tu. Tapi dihalang abang. Mereka diktator dalam beberapa perkara. Terpaksa saya turutkan. Mesej abang, "jangan balik. Abang dah balik. Blaja. Titik."
Mesej begitu,tandanya sudah muktamad,tiada perbincangan. Ya,diktator.
Saya gagahkan hati, besarkan jiwa. Tanggungjawab dan amanah yang ada di bumi Kuantan satu persatu saya selesaikan. Sengaja saya luang banyak masa dengan sahabat,agar saya tidak keseorangan. Kalau sorang diri, nanti asyik fikir nak balik,sedih dan nangis. Not a good muslim.
Ibu kata, redha dan ikhlas dengan senyuman. Bersyukurlah Allah uji dengan kemalangan harta benda,bukan jwa raga. Alasan itu sudah cukup besar untuk kta bersyukuuuur pada Allah. Ibu saya berjiwa besar, hatinya tenang. Saya mahu menjejak beliau.
Siapa tahu apa yang ada di dalam hati. Cuma doa agar Allah lindungi Ibu Ayah tak pernah henti saya panjatkan. Saya yakin, Allah mendengar dan Allah menjaga mereka.
Kepada mereka yang mengucapkan takziah, terima kasih ats doa dan sokongan kalian. Bermakna sungguh buat saya doa anda semua.
Sejak akhir ini,saya agak sibuk,blog pun tidak terupdate. FB pun jarang dijenguk melainkan noti penting dan chatbox meeting di FB. Telefon bimbit saya juga sering buat hal. Tadapat mesej, tade line. Mesej orang tapi depa tadapat mesej saya. Nak telefon baru,tapi kena tunggu balik Kelantan. Dah besar gedabak pun still tadapat pilih hset sendiri. Laptop ke, tablet ke, jam ke, henset ke, dari kecik sampai tua ni, dipilih wali. Haha. Alasannya cuma satu, "nak yang terbaek unt awak."
They are very protective but sometimes destructive. :-P
Terima kasih Allah,memberi saya tenang sepanjang ujian ini menimpa keluarga. Rasa tenang adalah rasa yang cukup istimewa. Terima kasih Allah,kerana beri aku rasa itu. <3
Published with Blogger-droid v2.0.6
1 comment:
ya ALLAH, takutnya tengok kereta tu.. Darah sape tu kak? Allahu Allah.. Semoga Allah mudahkan urusan kak Husna. Tak sangka disebalik senyuman dan gelak tawa tu, keluarga akak ditimpa musibah sebenarnya. Akak.... Take care... =)
Post a Comment