Firstly, jom kita tengok ayat yang ke-12 di dalam surah yang ke-12. Febret surah ni, Surah Yusuf.
"Send him with us tomorrow so that he may eat some fruits and play, and indeed we are his protectors."
Mengenang surah Yusuf, terlalu banyak ibrah yang boleh diambil. Ibrah surah Yusuf bukan berkaitan cinta semata-mata. Apa yang paling saya suka dalam surah Yusuf adalah ikatan kekeluargaan yang begitu hebat.
Bagaimana Nabi Yusuf memaafkan saudara-saudaranya yang pernah meninggalkannya di dalam telaga seorang diri. Cuba reflek pada diri, "Aku dengan keluarga aku bagaimana?"
Belum cerita keistimewaan Nabi Yusuf. Bagaimana beliau mengatur pertemuan dengan ahli keluarga dengan penuh strategi. Ibrahnya, dalam segala perkara, kita perlu kreatif.
Saya suka surah Yusuf. Terlalu. Ibrah padanya terlalu banyak. Dan setiap kali pada Surah Yusuf, memang tak tertahan-tahan nak nangis tiba part keluarga Nabi Yaakob bertemu semula. Dalam hati cakap, "Ya Allah, jangan pisahkan kami sekeluarga."
Bagaimana perasaan si Ayah Yusuf apabila anakanda tercinta hilang dari pandangan mata, bukan sekejap, terlalu lama. Hebat kasih sayang seorang ayah. Ayah, nampak tough, tapi Ayah tetap sayangkan anak-anaknya.
Oh ya, everyone keep on talking something special on this date. Me? Nothing special. Dan tak terfikir pun nak buat hari ni jadi special. Hehe.
Cuma rasa special bila jadi first person submit assignment. Just like a hero. ;)
Kawan cakap, "Such a busy person and you are the first one submitted the assignment?"
"Tak pelik. Sibuk tu memang, tapi assignment, study tu tetap tanggungjawab dan amanah."
Orang kata, kalau kita suka, kita takkan rasa benda tu beban buat kita. Kalau kita rasa benda tu penting buat kita, kita takkan rasa ia beban buat kita.
Same goes to study. Kita tahu study tu penting. Assignment tu penting. So, of course we will work hard for that. Kurang tidur, kurang masa jalan-jalan, its OK. Asalkan kita dapat siapkan kerja dengan penuh kesempurnaan. ;)
Kadang-kadang, saya pelik dengan orang yang refuse untuk hadir majlis ilmu atau program tarbiah. Mungkin mereka tidak rasa ia adalah kepentingan, sebab itulah mereka memandang ringan dengan program tarbiah. Sebolehnya dicari alasan untuk tidak hadir ke program tarbiah. Meskipun sekecil-kecil alasan.
Sedangkan, orang yang cinta pada sesuatu akan sanggup berusaha untuk melaksanakannya. Orang yang cintakan ilmu, cintakan program tarbiah, tahu kepentingan ilmu, tahu kepentingan tarbiah, sudah tentu akan meletakkan majlis ilmu dan program tarbiah sebagai priority.
Tidak ada orang yang tidak cukup masa, tapi ia bergantung pada bagaimana kita menguruskannya.
Eh hello, jangan ingat kita sorang ada banyak kerja, banyak esaimen, ada discussion. Orang lain pun sama. Persoalannya, di mana kita letak priority dan management kita?
Oh ya, i got a news from Kelantan dua minggu lepas. Tapi tak sempat update blog.
"Una, Mi nak kawen 17 Disember nanti."
Finally, sepupu saya akan berkahwin. Tahu lambat, padahal orang lain dah lama tahu. Bila komplen kenapa tahu lambat, sepupu jawab, "Baba (ayah saya) tak bagi bagitau awal, sebab takut ada orang dengki."
Saya gelak panjang. Terbayang wajah Ayah yang pesan pada sepupu. Oh, Ayah. ;)
Actually, saya lebih eksaited sebab 2012 will be end,soon. Of course, it looks nice.
Nice sebab 2013 ni ada target best yang saya nak capai. Please, ia bukan kawen, harap maklum.
Target yang saya rasa cukup besar dalam hidup. Tak sabar nak tunggu 2013 juga, sebab lepas 2013 tu ialah 2014. Ahha. ;)
Oh, ramai orang minta update program dengan Mat Luthfi. Sabaq, ceq tak tahan ni depa dok telefon ceq sampai hari ni. Tak larat ceq nak jadi operator Mat Luthfi. Ceq lagi pening mana orang dapat nombor ceq. Adehh. Sabaq dulu cerita Mat Luthfi, nanti keadaan lebih tenang dan damai. ;)
Ohh. Sudah lewat. Minggu-minggu terakhir ni memang tough dan banyak benda perlu setel. Tak sempat bernafas dengan teratur. ^_^
Stendetlah, nak dekat final. Semua esaimen kena submit, semua nota kena baca. ;)
Sekarang musim bertapa di library. Bukan sebab tak dapat dengar bunyi bising waktu study. I do prefer study dengan alunan bacaan Quran dari Mishary, ia sangat menenangkan. Tapi saya memilih library sebab ia jauh dari katil. Ia kondusif untuk menjana rasa mahu study dan ia sejuk membuatkan naluri untuk makan hilang. ;)
Doakan saya; minggu-minggu terakhir ini begitu mencabar. ;)
3 comments:
Waa, anda memang great people lah!
Jeles betul kat budak ni. Semua program nampak muka dia, alih-alih first person submit esaimen. Hoo, share the tips please........
Tade tip best pun. Yg penting bile g prog,fokus prog, mse study,bt esaimen fokus betol2..
Yg penting niat,doa,kebergantungan dgn Allah. Masa tu kan milik Dia? Klo kite ikhlas unt Dia, of course byk bnda Dia mudahkan. Jyst sharing. Hoho
Post a Comment