♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, December 14, 2012

2012, will be end soon.

Saya membelek planner 2012, dari bulan Januari sehingga Disember. Planner ini setia bersama saya sepanjang setahun. Penuh dengan segala peristiwa, aktiviti harian tercatat padanya.

Ia satu sesi muhasabah yg baek setiap kali saya melihat planner.

Sesekali dari senang dengan aktiviti bermanfaat yg dihadiri
Sesekali rasa menyesal dengan aktiviti yang sia-sia yang memenuhi diari.

Sekarang, sedang mencari masa untuk ke Popular Bookstore untuk cari planner baru, 2013.
Semester ni boleh kira dengan jari berapa kali ke bandar. Kalau pergi pun, cuma ke Kuantan Parade, bila ada kelas di JHC. Dan ke KP bersama sahabat untuk release tensi,sekali, di malam hari.

Perjalanan masih panjang.
Saya kira, ini waktu yang sesuai untuk bertafakur mengemaskan langkah untuk meneruskan perjuangan.

Sekarang,sedang apply percutian ke mana-mana destinasi. Kalau parents dan family izinkan, insya Allah bercadang merancang percutian. Dengan siapa, taktahu lagi, besar kemungkinan dengan Kelantanians yang osem.
Kembara sufi haraki ke Kuala Lumpur sudah dirancang bersama adik-adik MEDCY. Insya Allah, akan mengembara bersama team MEDCY bulan Januari nanti, kembara sufi dan haraki. Insya Allah, moga perancangan di mudahkan Allah.

Ada satu perkara yang sedang saya renungkan jauh di hadapan.

"Kakak nak teruskan dengan kos ini ke? Ada peluang kalau nak sambung ke luar. Ayah kata, ok."

Terkejut ni pertanyaan Ibu,drastik. Tak pernah terfikir nak tukar kos. Tapi tawaran ke universiti luar untuk mendalami bidang yang saya minat, iaitu islamic revealed knowledge, boleh tahan menggugat hati. Dalam hati, tanya, kenapa sekarang Ayah tanya. Kenapa sekarang Ayah offer. Hoo.

Saya agak tercabar dan sentiasa dicabar dengan suasana. Abang semua engineer,kakak doktor. Walaupun family tak pernah mendesak,tapi diri sendiri sentiasa rasa terdesak. Why i cant do the best like my brother, like my sister? Hoo. Tekanan,tekanan. Tapi tekanan yg positif,insya Allah!

Banyak rupanya yang perlu difikirkan.

Belum lagi fikir perancangan terdekat. Huh. Rabbiyassir umuurana Ya Allah!

Kawan kata,
"Kalau dah stabil,kenapa nak pergi? UIA tak cukup favorable untuk awak?"

Oh, saya pun belum fikirkannya, but yes, am stable enough,here. Erk,bole jadi tak fikir pon apa Ayah cadang tuuu. Huuu.

Hidup ini terlalu banyak yang kita tak jangkakan. Hidup ini penuh kejutan. Kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Anonymous said...

huhu

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.