Aina Nuha, sedang membesar. ;) |
Semalam, kami terkejut dengan khabar abang dari Johor. Rumah sebelah, Aunty Ann diserbu perompak berparang. Kalau balik Johor, Aunty memang peramah. Ceritanya panjang, tapi yang penting, Abang kata, cubaannya untuk masuk ke rumah Abang, berdasarkan beberapa bukti dan disokongan dengan jiran-jiran yang nampak pada awalnya mereka berenam bersenjatakan parang berlegar di balkoni rumah Abang.
Alhamdulillah, entah apa yang mendorong Abang mengunci pintu awal pada waktu itu. Biasanya, nak tidur baru kunci. Malam tu, balik dari kerja sekitar 10 malam, Abang terus kunci pintu dan tidurkan Aina Nuha. Kebiasaannya, kalau saya balik rumah Abang, jaranglah nak kunci pagar,apalagi pintu. Sebab rasa save je.
Alhamdulillah. Waktu dengar bising di rumah sebelah, Abang keluar nak tengok apa yang berlaku.
Terkejut melihat jiran diacukan parang dan diugut menyerahkan semua harta benda. Bila Abang nak cuba menolong, dia pula yang disergah. Memikirkan keselamatan isteri dan anak, Abang masuk ke rumah semula. Kakak yang duduk di taman yg sama dengan Abang kata, muka Abang memang pucat habeh.
Hari ni Abang bercuti di rumah Kakak di Seremban, 3 hari, untuk menghilangkan trauma teruk.
Saya juga seriau dengaq cerita ni. Abang sujud syukur. Selain harta benda,keselamatan anak dan isteri adalah keutamaan dan tanggungjawab suami.
Kemudian Ibu menelefon, bertanya,
"Kakak dengar dah cerita Abang? Alhamdulillah Allah jaga Abang,jaga harta Abang. Harta Abang berkat, insya Allah. Abang tak pernah berkira dengan Ibu. Ibu selalu doa,sebut nama anak sorang-sorang..."
Lantas membuat saya berfikir, keberkatan kita memang bergantung pada keredhaan Ibu Ayah. Dalam perhatian saya, Abang semuanya tak pernah berkira dengan Ibu. Apa saja keperluan Ibu Ayah, Abang penuhi. Ibu sakit,ajak pergi specialist. Ibu stress, bawa bercuti.
Hubungan yang baek dengan ibu ayah adalah bonus besar untuk kita. Syurga seorang anak lelaki, dibawah telapak kaki ibunya.
Jadilah anak yg baek, yg menjaga keberkatan hidup dengan menjaga hubungan dengan ibu ayah. Kalau kita mampu femes dikalangan sahabat kerana kita merupakan orang yg baek. Rugilah kalau hubungan kita dengan ibu ayah,retak menanti belah.
Kasih sayang ibu ayah kepada anak,memang terbukti tiada tandingannya. Tapi kasih sayang anak pada ibu ayah,kadang kala diragui kesahihannya.
Ibu,kakak sayang Ibu!
Published with Blogger-droid v2.0.9
No comments:
Post a Comment