Sekejap saja kepala mendarat ke bantal empuk, saya terus terbang ke dunia separa sedar.
Saya diam. Mengambil buku tersebut,membelek dan kemudian tersenyum sambil mengangguk.
Saya menuju ke sebuah rak buku di tepi tingkap berhampiran sinki berwarna hijau. Kelihatan di situ, sebuah rak buku penuh dengan buku-buku sehingga tiada ruang untuk saya letakkan buku yang baru.
Belum sempat saya pusing ke belakang dan berkata, suara Encik X berbunyi,
"Takpe, nanti kita beli rak buku baru."
Saya tersenyum lagi. Saya pun pelik kenapa saya asyik senyum. Realitinya saya seorang yang talkative teramat, suka cakap, mengomel dan suka buat bising.
Tapi,satu perasaan yg saya rasa, begitu puas melihat rak buku yang dipenuhi buku itu. Perasaan yg tidak dapat dibicarakan.
you and me, sharing and giving. ;) |
"Saya ada usrah malam ni, lepas tu ada meeting. Kita makan sebelum Maghrib ya?"
Lagi saya mengangguk dan senyum. Pelik,kenapa saya tidak bercakap.
Akhirnya jam loceng henset mengganggu ketenteraman tidur saya. Bila saya sedar, "Eh,kenapa rasa macam tak tidur pun?"
Sakit kepala berkurang, saya bingkas bangun. Saya ada date dengan Tuan Library hari ini. Mesti tunaikan.
Bila di library, saya terpandang rak buku yang penuh, teringat mimpi tadi.
Saya tersenyum, "Cehh, nak sangat datang library sampai termimpi rak buku." Saya senyum sorang diri sambil menghadap nota Pharmacology.
Tiba-tiba terfikir, "Best jugak kalau mimpi tu jadi realiti kan. A house with thousands of book. Bestnya dapat suami yang cintakan ilmu!"
Tapi, lihat keadaan diri sendiri. Aku ni cintakan ilmu ke tidak? Atau asyik mengelak dengan majlis ilmu? Tu baru majlis ilmu, belum cerita berapa buku ilmiah yang dah habis dibaca. Tak cerita lagi keadaan ummat di Mesir, di Rohingya, di Palestin. Sejauh mana aku update?
Kalau buku akademik,sanggup berhempas pulas baca sampai hadam. Buku Manhaj Daurah Tadribiyyah pun tak habeh baca. Adehh.
Belum cerita Quran. Mengulangnya bila ada semangat. Kalau malas mengulang, nak sedapkan hati, buka MP3 Quran. Hampeh betul.
Part Encik X minta kebenaran nak pergi usrah, siap minta masak awal, boleh pula saya tersenyum. Indahnya rumahtangga kalau begitu. Aku meredhai perginya dia di jalan dakwah. Malah,membantu segala persiapan dia di jalan harakah. Bila fikir semula, diri sendiri pun kadang-kadang liat menghadiri usrah, rasa 'terpaksa' menghadiri daurah, penuh rasa malas datang program tarbiah. Ada hati nak dapat suami yang setia di lorong dakwah?
Kalau diri sendiri masih beralasan untuk ditarbiah, bagaimana nak relakan suami berpergian menunaikan tanggungjawab harakah? Diri sendiri masih belum memahami peri pentingnya gerak kerja tarbiah, bagaimana mahu menjadi tulang belakang kepada pencinta dakwah?
Memang isteri untuk dibimbing. Suami adalah pembimbing. Alangkah bertuahnya aku mampu meringankan tanggungjawab suami dalam mendidik isteri. Sebagai tanda cinta dan kasih aku pada suami, tidaklah beliau berdosa kerana dosa isterinya.
Akhirnya, aku menerima hakikat diri yang masih serba kekurangan dan perlu banyak belajar. Perlu banyak memahami dan mendalami. Bercakap soal baitul muslim, bunyinya indah dan gah. Tapi pasti, menghiasinya perlu mujahadah dan tadhiyah.
Aku perlu banyak memberi di medan harakah, agar aku terbiasa untuk terus memberi meskipun kelak keadaannya berbeza.
Aku perlu banyak mencari manisnya berada di jalan tarbiah, agar kelak kemanisan itu berganda bilamana aku sudah 'berdua'.
Soal jodoh adalah peramcangan Allah. Aku cuma mampu bermimpi dan berimaginasi. Mengharap yang datang adalah rijalul harakah, syababul dakwah, yang hatinya terikat dengan Quran, jatuh cinta dengan masjid. Kelak,apabila datang ia kepadaku, aku harus tahu, dia bukanlah malaikat, yang sempurna dan cukup sifat. Tapi, aku dan dia akan menjadikan baitul muslim tapak rasmi menjadikan kami lebih hebat, lebih mantap. Perkahwinan bukan penyatuan jiwa yang sempurna. Tetapi, aku mahu jadi pelengkap dimana kurangnya dia dan berharap dia menjadi pelengkap dimana kurangnya aku.
Nota Pharmacology masih bersih. Aku ambil sekeping kertas dan aku tulis,
"Encik, one day we will walk along the way to Jannah."
Simpan kertas tersebut, di tempat yang sukar dicapai. Aku tidak boleh kerap hanyut dengan perasaan dan angan-angan. Didepanku ada pelbagai urusan yang perlu segera aku titikberatkan. Sedang soal jodoh itu, bila ia datang, alhamdulillah. Dan jika belum sampai detik waktu, aku tetap akan menunggumu di batas waktu.
Tarik nafas dalam-dalam. Hembuuuus. Fokus pada nota Pharmacology dengan khusyuk. Dengan harapan my other half juga begitu itqan menuntut ilmu. =)
Such a very jiwang post. Sorry. It just comes from the bottom of the heart. Mimpi yang memberi erti sejuta muhasabah buat diri!
Published with Blogger-droid v2.0.9
10 comments:
Uwaaaaa....
Sweet kot mimpi. Sape Encik X tu ehhhh??
Ehemmmm, tibe rasa sakit tekak. Hehe
dah lama i xkomen,hehe
tapi nak komen utk post comel ni
penangan baitulmuslim nih:P
moga btemu rijalul dakwah,
syababul dakwah ye :)
doa utk saya jugok,huhuk
bercampur ni, penangan baitul muslim dan library craving.
Doa sentiasa ada untukmu.. =)
Bila baca post ni, aduhai, comelnya penulis ni express perasaan dia. Huhu.
eh,baru tahu ke... =)
Dah lame tahu penulis ni sangat comel.. Tapi hari ni terlebih comel plak rasanya. Ni klu saya nak dapat abang ipar ke?
Amboi dekna......
Huh,serius takooooot tgk k.husna craving for notes. Baca k.husna,bacaaaaa. Usaha lg!!
Tp ayat dgn hrapan my other half pun sdg itqan blajar tu sweet la. Ok,akk sangat comel buat pos ni. Hehe.
Semangat la ur other half studi. Bombastic!
Sedih kot pharmaco tu.. Rasa nak tengok nota je. Huh!
Doakan.....
Ehh,the other half tu akk pun tatau sape. Kalo dia semangat untgla,nanti bole sambung master same2, Amiiiiiunnnn!!
Eceh,terbayang aussie dah ke sampai eja amiiiin pun da jd amiiiiun?? Hehe.
Takpe kak,ada masa lagi,re-do midterm dgn hebat ya. Bole punya. K.husna kan kuat dan hebat..!!
Study2..... The other half akk tu beruntunglaaaa, dapat such a high motivated person kan...
Post a Comment