Sepertimana kita tidak suka orang bersangka-sangka dengan kita, seperti itulah kita jangan menaruh prasangka buruk pada mereka.
Berhentilah bersangka-sangka, sekiranya ada perkara yang meragukan,bertanyalah.
Bertanya pada orang yang selayaknya.
Sangka-sangka hanya boleh meruntuhkan perhubungan, menjauhkan kemesraan.
Berterus-terang itu comel.
Berkata benar itu wajib.
Sakit, bila kebenaran yang seharuskan diberitahu kepada kita, tapi disampaikan melalui orang laen.
Kalau saya silap, datanglah kepada saya dalam keadaan baek, katakan pada saya dimana silapnya.
Tunjuklah kepada saya bagaimana memperbetulkannya.
Kerana kadang-kadang kita tahu,tapi kita terlupa.
Its hurt bila kita tahu silap kita melalui orang laen.
Nasihatilah saya,saya tidak pernah sempurna. Maka,saya layak menerima nasihat.
Sungguh,nasihat itu bermanfaat buat kita.
Bersangka baeklah sesama kita. Usah diaulakan buruk sangka yang merosakkan.
Sesekali kita tidak sedar melakukan kesilapan,
Dalam keseronokan dan kegembiraan,kita terlupa.
Itulah gunanya kawan yang beriman,
Hadirnya untuk saling mengingatkan.
Bukan diam dan menjauh.
Wallahu a'lam.
Sungguh,sahabat yang beriman adalah aset penting sebagai pedoman dalam kehidupan.
Terima kadih,semua!
No comments:
Post a Comment