Sesungguhnya, orang yang tahu itu haruslah berbeza dengan orang yang tidak tahu.
Orang yang tahu tentang Islam, akhlaknya persis seorang muslim sejati.
Orang yang tahu tentang dakwah, hidupnya pasti 24/7 as a daie.
Sungguh, berbeza orang yang tahu dengan orang yang tidak tahu.
Allah juga menyebut beberapa kali di dalam Quran, "Adakah sama orang yang tahu dengan yang tidak tahu?"
Kalau kita tahu ia salah, jangan buat.
Kalau kita tahu ia betul, wajib buat.
Kalau kita ragu-ragu, cari kepastian.
Jangan jadi orang yang tahu tetapi sama seperti yang tidak tahu.
Kita tahu aurat itu wajib tutup, kenapa masih belum tutup?
Kita tahu perkataan sia-sia itu memghitamkan hati, tapi siang malam bicara kita berapa peratus yang berisi?
Kita tahu tahajud itu sunnah nabi, tapi kenapa susah untuk bangkit awal pagi hari?
Kita tahu Quran itu kitab suci,tapi kenapa payah untyk dibaca dan tadabbur setiap hari?
Banyak yang kita tahu,tapi kita sengaja mengelak, seoerti orang yang tidak tahu.
Ada seperkara lagi,
Kita perlu tahu,
Kita manusia,
Salahnya itu pasti.
Kita bukan malaikat,
Yang semua perbuatannya tepat.
Terimalah hakikat,
Aku,kau dan dia adalah pendosa,
Maka jangan lari dari taubat.
Aku juga kerap melakykan kesilapan,
Sedang aku dalam keadaan tahu.
Kerana aku manusia.
Tidak lari dari pelupa.
Maka,
Janganlah berhenti memberi aku inzar,
Agar aku tudak terus leka dan terlupa.
Maafkan aku atas keterlanjuran sikap dan adab.
Maafkan aku jika pernah menceroboh iman tanpa sedar.
Maafkan aku,
Kerana aku seorang pendosa.
2 comments:
Alhamdulillah..perkongsian yg baik..^_^
Semoga bermanfaat.... ^^
Post a Comment