Semalam, saya bersama Wirdah dan Amirah Adnan keluar meraikan fatrah. Nak membeli barang keperluan,tapi pemandu kancil tu taknak pergi bandar,jalan jam lah, dan reason paling konkrit,mata tak nampak nak drive malam. Berapa kali dah buat aksi merbahaya di malam hari gara-gara malas nak buat spek baru. :'(
saya takut kehilangan.
Selepas meraikan fitrah di Tunas Manja IM2,kami menjamu selera di Andaman Tomyam. Penuh cerita menarik sepanjang malam meraikan fitrah ini. Kebanyakkannya cerita tentang diri masing-masing. Masa bersama adalah peluang untuk lebih mengenali. Sementelah,ramai orang balik ke kampung halaman masing-masing. Cik Wirdah pula demam,letih sangat lah tu berbengkel pagi tadi.
Sedang menunggu makanan,kami tiada henti bercerita itu dan ini. Kenangan disitu dan disana. Cerita bersama orang itu dan mereka. Sehinggalah satu SMS masuk ke telifon bimbit Amirah Adnan. Dari sahabat farmasi, Ainnaja Azman. Mengkhabarkan berita pemergian ayahnya akibat jangkitan kuman dalam darah. Mesej tersebut begitu tenang gayanya sehingga kami merasa musykil, betul ke ni? Ainnaja begitu tabah dan kuat. Kami sendiri sedikitpun tidak mengetahui sebelum ini ayahnya sakit. Wajahnya yang tenang, gerak gerinya yang teratur, siapa sangka rupanya tubuh kecil itu menyimpan rasa yang memberat.
Saya sebak. Bukan memungkiri takdir Allah, bukan meragui percaturan Allah, sekadar saya begitu syahdu dan bersimpati kepada sahabat. Dalam fatrah final exam yang mendekat. Bau final exam sudah sangat kuat. Tapi dugaan ini Allah beri untuk beliau. Nescaya beliau mampu melaluinya. Andai kata Allah beri ujian begini untuk saya, saya tidak boleh berfikir bagaimana saya melaluinya. Sejak dewasa, baru sekali saya kehilangan orang yang rapat dengan saya yakni Nenek.
Ayah saya juga kesihatannya tidak menentu. Kata Ibu,saban hari Ayah demam. Kydratnya juga sudah tidak sekuat dulu. Disuruh ke hospital,senyuman saja yang dibalasnya. Dan saat ini,saya benar-benar bermonolog,selamatkan Ayah Ibu aku Ya Allah. Panjangkan umur mereka. Amiiin..
Saya juga mengerti, mati itu tidak datang kepada yang sakit, tidak datang kepada yang tua. Mati itu tidak bersyarat, semuanya sudah tersurat. Cuma tercatit sudah sebab musabbab. Ya Allah,matikanlah aku dan krluargaku dalam husnulkhatimah. Amiiin..
Seketika dalam senyuman melalui kehidupan, saya terhenti tersenyum. Terasa seperti ada sesuatu yang hilang dalam cebisan kehidupan. Banyak kenangan dengan Geng Konvoi rupanya. Dan saya rasa kehilangan. Apatah lagi cuti kian mendekat. Memikirkan Kelantan,rasa seperti tidak mahu jejak. Adeh,sakit rupanya. ^^
Pecutan saujana sedang berjalan. Tapi hati rasa banyak benda tidak selesai. Ya Allah,lapangkan hati kami dalam menuntut ilmuMu. Berkati kami dan berilah kami alfalah dan annajah dalam kehidupan dunia dan akhirat. Amiiin.
Published with Blogger-droid v2.0.9
3 comments:
kak husna...... :'(
Hem? =)
saya takut kehilangan.
stetmen ni.. saya upset sgt baca. teruskan senyum,kak.jgn henti tersenyum..
Post a Comment