♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Saturday, February 25, 2012

Nikah penyelesaian ^_^

8 comments:
Berjalan-jalan dengan seorang sahabat ke Cafe Talhah. Ternampak sekeping kain rentang ditanda-tangani pelajar UIA sempena Valentine's Day.

Seorang sahabat bertanya,

"Semua dok habaq suruh nikah ja.."

Antara quote yang ada disitu, "Say No! to couple. Nikah itu comel." "Nak bercinta, kahwinlah dulu." dan macam-macam.

Saya diam, berfikir.
Adakah nikah itu memang satu-satu penyelesaian untuk masalah couple?

Adakah masalah couple akan selesai selepas nikah semata-mata? Boleh jadi masalah couple itu selesai, tapi masalah lain tidak.

Apa sebenarnya punca orang couple ni? 
Sebab tak cukup 'iman' dalam dada. Orang beriman ada ke yang couple? Tentu TAK. Kalau orang tu rasa dia beriman, tapi dia couple dan dia rasa, OK JE, itu tandanya ada masalah.

Takkesah la pakai tudung labuh sampai kaki ke. Pakai stokin tiga empat lapis pun. Kalau couple, salah tetap salah.


Back to the point, masalah orang couple sebenaqnya masalah 'iman' atau dalam kata lain masalah aqidah.

Doh bakpe jadi ade masalah aqidah?

Sebab kat Malaysia ni, orang tengok couple tu macam PERKARA BIASA. Kat sana orang couple, kat situ orang dating, depa rilekkk je. So, saya pun nak couple jugak.

Ohhh. Banyaknya masalah.

Ada orang kata pada saya, "Suka hati sayalah nak couple pun. Sebab kami memang nak kawin. Dah janji nak kawin. Mak Ayah pun dah setuju. Takpe kan kalau macam tu? Dalam fatrah bertunang lah kiranya."

Jawapannya mudah. "Kalau betul bertunang, do state ur wedding date.Kalau bukan the exact date pun, tahun dan bulan berapa pun dah OK sangat dah." Ustaz saya kata, tunang tu maksudnya, kita merancang unt kawin. Merancang-merancang ni kena ada tarikh, kena ada usaha ke arah itu. Ramai yang kata, "Kami dalam fatrah bertunang. Kami akan kawin." Tapi masing-masing takde usaha ke arah perkahwinan. Bila tanya, "Dah tu bila nak kawennya?" Jawabnya pula, "Oh tak tahu lagi. Tunggu habis belajar kot!" Kalau dah tahun tiga tu nak tunggu habis belajar tak pe juga, ini setahun jagung kat universiti. (Not point to anybody.)



Terlalu ramai dah orang yang tersalah anggap dan meletakkan istilah 'tunang' untuk menyedapkan rasa hati di jiwa. Yelah, jiwa orang beriman ni rasa gelisah bila buat dosa. Tapi sebab nafsu menggoda, dicari alasan agar rasa gelisah itu terkubur mati.


Percayalah. Ubat couple itu adalah iman di dada. Rasa ehsan, yakni takut membuat maksiat seperti melihat Allah, sekalipun dia tidak melihat Allah tapi yakin Allah melihatnya.

Ubatilah iman didada. Sucikanlah jiwa dengan taubat nasuha. Hentikanlah perbuatan yang sudah disebut haram dalam ALQURAN.

Rumah tangga rumah tangga ni ape dia? Bukan semata nak halalkan hubungan saja. ^_^

Fungsi rumah bagi org berIman sbg,

 1. "Al musholla" rumah ibadah untuk meraih ridha ALLAH

2. "Al Madrasah", ayah ibu gurunya, anak2 menjadi muridnya

 3. "Al Junnah", benteng penjagaan iman keluarga & benteng dari penyakit sosial

 4. "Al maskanah", pelipur lara & pelepas duka u ketenangan

 5. "Al Maulud" tempat memperbanyak keturunan umat nabi Muhammad

 6. "Al Markaz", mempersiapkn generasi dakwah yg akan datang

 7. "Al mahyaus sunnah" untuk menghidupkan sunnah sunnah Rasulullah saw, cara makan, minum, adab hubungan suami isteri dan sebagainya

 8, "Al Marham" forum liqa, silaturrahm dgn tetangga & sahabat mu'min, 

"Allahumma ya ALLAH jadikanlah rumah kami, rumah yg penuh dg RAHMAT & BERKAHMU...aamiin".(KH Muhammad Arifin ilham)

Melihat 8 fungsi rumah itu, mampukah kita, tanpa iman membina rumah yang menepati ciri-ciri tersebut?
Bukan main-main soal nikah kawin ni. So please, take it seriously. ^_^
Tak marah, tapi suruh serious je, berbeza tu.
Tegas dan marah adalah dua keadaan yang berbeza.

Saya teringin jadikan rumah tangga yang ada kelapan-lapan elemen tersebut, anda bagaimana? ^_^
Rugilah, kita dah tutup aurat sempurna, dah jaga amal ibadah sempurna, tapi dikotori dengan dosa couple yang bukan kecik tau. ;p

Tak pernah baca buku ni. Teringin nak baca. Tapi tunggu dulu. Banyak lagi waiting list buku lain kena habiskan. ^_^
But one day kena baca jugaklah.
one day yang tak tahu bila.
Bukan bermaksud saya tidak bersetuju dengan nikah sebagai penyelesaian untuk orang yang couple ni. SETUJU, TIADA KOMPROMI pun. ^_^


Tapi, sebelum nikah, baiki iman dulu. Jangan pandang nikah semata-mata penyelesaian. Nikah itu adalah jalan ke arah penyelesaian. Kalau dah nikah, hati tetap ada masalah, takdenya nak selesaikan masalah, nanti tertambah-tambah masalah.

Bayangkan seorang yang sedang couple. Lantas dikahwinkan dengan mengenepikan aspek iman. Adakah anda merasakan rumah tangga mereka akan selamanya bahagia?

Opss. Bukan mendoakan rosak rumah tangga. Tapi sekadar menyuarakan pendapat. Tanpa iman, bisakah sebuah rumah tangga itu kukuh teguh? Kalau pun bisa bertahan, sejauh mana kebahagian di dalam rumah tangga tanpa iman?

Boleh menikah. Menikahlah. Suke je orang kawin ni. ;p
Tapi sebelum tu, penuhkan dulu hati dengan iman dan persediaan-persediaan penting sebelum melangkah ke alam rumah tangga.
Bukan kena tunggu jadi tok wali ke, tok sheikh ka.. takdelah sampai macam tu, tapi sekurang-kurangnya berjaya menangani MASALAH HATI atau HATI YANG SAKIT itu. Hati sakit tu macamana pula? Hati sakit itu, hati yang buat dosa, rasa bersalah tapi buat jugak. Hati yang mati macamana? Kalau hati mati, dia buat dosa pun dia rasa BIASA JE. Kita ni tergolong dalam golongan mana agaknya? =)

Menikahlah. Menikah itu sunnah.


Kerana ia sunnah, jangan sembarangan melangkah. Bersedia dan jangan ambil mudah. Penuhi di dada dengan sifat mahmudah. Kerana kelak, menikah itu adalah amanah. Buang dari jiwa segala mazmumah, baru boleh bicara soal rumah tangga yang penuh rahmah. ^_^

Kalau Subuh pun liat nak bangun, solat pun hujung waktu, mengaji pun jarang-jarang sekali, dakwah pun entah kemana lagi. Ada berani nak pimpin orang lain sedangkan diri sendiri tak terpimpin lagi? Muhasabah. ^_^

Nak jadi isteri seorang pejuang, kena tough-tough. tak boleh manja-manja. ^_^
Saya pernah bertanya pada Ibu,
"Paling awal Ibu bagi kakak kahwin bila?"

Jawab Ibu,
"Paling awal pun, tahun ketiga di universiti. Tapi kalau boleh, habiskan belajar dulu. Ibu tengok, Kak Hanani nikah pun.. Kesian. Sorang kat Malaysia, sorang kat Indonesia.."

"Kalau macam tu tak payahlah cari yang jauh-jauh. Dok Kuantan, dekat je."

Moral of the story, merancanglah sesuai dengan keadaan kita. Kalau memang tak mampu nak kawen lagi, toksah dok couple sangatlah.

Konklusinya, tak marah pun orang nak menikah. Tengok kat UIA, orang yang dah kawen pun rilekkk je. Steady je. Tapi masing-masing tahu capacity diri masing-masing.


nikah connecting people
Kalau ada calon yang soleh, ajaklah menikah. Tak perlu couple. Kalau kena tunggu dua tahun lagi pun, tunggu sajalah. Menanti tak bererti kena couple. Menanti saja dalam iman. Dua tahun tu tak lama untuk menunggu sebuah rumah tangga bahagia tanpa dosa. Dua tahun itu sekejap sekiranya masing-masing membina diri dan kualiti. Dua tahun tu OK lah tanpa couple. 

Nikah penyelesaian. Before that, make sure, iman dihati diperbaiki, ibadah dan dakwah dipertingkatkan. ^_^

Sehingga bertemu lagi. Insya ALLAH.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, February 23, 2012

Menjadi Orang Sibuk Bertaqwa (OSB)

3 comments:
Kelas bermula seawal 9 pagi. Berakhir sekitar 5 hingga 6 petang. Malam pula ada 'extra class'. Berbanding sem lepas, jadual sem ini lebih teruk. Tak termasuk praktikal 2x seminggu.

Sem lepas, belajar konsisten teratur. Siap boleh buat pre-reading. Post reading pun buat. Sekarang, nak 'reading' pun susah. Apa lagi nak pre atau post.

Sem lepas, pukul 1.30 pagi dah boleh tidur dengan tenang. Mana tak tenang, subjek nak belajar esok dah 'review'. Kalau lab pula, sukarela je jadi facilitator. Tu sem lepas, Sem ni, kena pertingkatkan pengurusan masa. Kena kurangkan buang masa. ^__^


Ada satu benda yang berbeza. Dulu, waktu 'senang-lenang', nak baca Quran pun liat. Kalau baca pun aci cukup setengah juzuk, dah rasa 'banyak' sangat dah. Yelah, waktu senang ni banyak fikir nak makan kat luar, nak pergi situ, nak pergi sini, nak tengok itu, nak tengok ini. Haih, macam-macam.

Tapi bila dah busy ni, rasa hati 'tenang' je nak belek Quran. Asal ada masa je, belek Quran. Mana tidaknya, itulah sumber kekuatan. Itulah 'vitamin' terbaik untuk badan.

Beruntung juga orang sibuk ni. Dan bertuahlah orang sibuk yang semakin sibuk, semakin dekat dengan Allah.

Cemburu pada Amirul Mukminin, Saidina Abu Bakar. Beliau sibuk mentadbir negara mengganti Rasulullah. Tapi semakin beliau sibuk, semakin dekat beliau dengan Allah. Nah, dengar saja cerita bagaimana Qiamullailnya, bagaimana tartil bacaan Qurannya.

Pada suatu hari, Rasulullah dan para sahabatnya berkumpul di masjid setelah selesai menunaikan fardhu subuh secara berjemaah.
"Siapakah antara kamu yang berpuasa pada hari ini?" tanya Rasulullah kepada sahabat2nya.
Semuanya terdiam. Nabi Muhammad s.a.w bertanya sekali lagi. Namun tidak ada yang berani menjawab. Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya buat kali ketiga. Maka Umar Al-Khattab menjawab, "Malam tadi saya tidak berniat untuk berpuasa. Oleh itu saya tidak berpuasa pada hari ini."
"Bagaimana pula dengan yang lain?" Tanya Rasulullah lagi.
"Sama seperti jawapan Umar" jawab mereka.
"Siapakah antara kamu yang sudah menziarahi orang yang sakit pada hari ini?" Tanya nabi Muhammad lagi.
"Kami masih berada di dalam masjid selepas sembahyang subuh. Bagaimana kami hendak menziarahi orang yang sakit?" Jawab satu suara dari celahan orang ramai.
Nabi Muhammad menyambung pertanyaan baginda, "Baiklah. Siapakah antara kamu yang sudah bersedekah hari ini?"
"Wahai Rasulullah, kami masih belum keluar dari masjid. Bilakah pula kami dapat bersedekah pada hari ini? Jawab satu suara lagi.
Kemudian Abu Bakar pun menjawab, "Wahai Rasulullah, saya berpuasa pada hari ini. Sebelum datang ke masjid pagi tadi, saya singgah di rumah Abd. Rahman bin 'Auf yang sakit. Semasa berjalan ke masjid tadi, saya terjumpa seorang peminta sedekah lalu saya berikan sekeping roti."
Nabi Muhammad s.a.w gembira mendengar kata-kata Abu Bakar As-Siddiq lalu berkata, "Bergembiralah kamu dengan syurga. Bergembiralah kamu dengan syurga."


Itu belum dikira dengan Rasulullah. Mentadbir Islam dengan cemerlang, tapi amal ibadahnya, pergh! Jauh lebih hebat dari orang yang takde kerja. Qiamnya sampai bengkak kakinya. Subuhnya selalu berjamaah di masjidnya.

“Rasulullah berdiri (solat) sampai bengkak kedua kakinya. Kepadanya ditanyakan: “Mengapa Anda membebani diri dengan hal yang demikian?Bukankah Allah swt. Telah mengampuni Anda dari segala dosa Anda, baik yang terdahulu maupun yang akan datang?” Rasulullah saw. Bersabda : “Tidak patutkah saya menjadi hamba Allah yang bersyukur?”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, juga oleh Basyar bin Mu’adz, dari Abu `Awanah,dari Ziyad bin `Alaqah, yang bersumber dari al Mughirah bin Syu’bah r.a.)





Nabi saw solat malam hari tiga belas rakaat.” 
(Diriwayatkan oleh Abu Kuraib- Muhammad bin al A’la-, dari Waki’, dari Syu’bah, dari Abi Jamrah,yang bersumber dari Ibnu `Abbas r.a.) 
“Sesungguhnya apabila Nabi saw. tidak sempat solat malam hari karena tertidur atau berat rasa kantuknya, maka beliau lakukan solat dua belas rakaat di siang hari.” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Abu `Awanah, dari Qatadah, dari Zurarah bin Aufa, dari Sa’id bin Hisyam, yang bersumber dari `Aisyah r.a.)


“Aku mendengar Mu’adzah (binti `Abdullah al- `Adawiyah) sebagai berikut: “Aku bertanya kepada `Aisyah r.a. : “Apakah Rasulullah saw mengerjakan solat pada waktu dhuha?” `Aisyah r.a. menjawab : “Benar, beliau melakukan empat raka’at.Dan terkadang beliau menambah lagi sebanyak yang dikehendaki Allah Azza wa Jalla.” 
(Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan, dari Abu Daud at Thayalisi, dari Syu’bah, dari Yazid ar Risyk, yang bersumber dari Mu’adzah r.a.)


Apalagi yang kita mahu beralasan?
Kesibukan kita ini setarafkah dengan kesibukan para anbiya' dahulu kala?

Belajar dalam kelas yang penuh dengan kelengkapan. Bilik berhawa dingin rasa macam kat UK. Kerusi empuk macam hotel. Tapi nak beribadah malas. Alasannya, sibuk memanjang.


Nak baca Quran pun liat, alasannya, esaimen berlambak.

Refleklah diri dengan Rasulullah.

Kita mungkin sering menjadikan alasan penat dan sibuk untuk tidak bangun Qiam.

"Tak apalah, malam ni busy sangat, meeting sampai tengah malam. Set alarm pukul 6pagi lah!"

Kalau dhuha pula, aci tidur lambat, liat dah nak buat dhuha.

Sepatutnya, semakin kita sibuk dengan pelbagai urusan, semakin kita mendekati ALLAH.
Bukankah Allah yang membuka semua pintu rezeki dan pintu kemenangan buat kita?

Orang yang hebat adalah orang yang menyandarkan semua urusannya kepada ALLAH.

Pesimis sekali orang yang menangguhkan amal ibadah atas alasan sibuk dan penat. Apalah sangat kepenatan kita jika mahu dibandingkan Rasulillah dan para khulafa ar-rasyidin?

Jadilah orang yang sibuk. Dan fahamilah makna orang yang sibuk.

Sebenarnya, orang yang sibuk adalah, masanya sibuk berurusan bersama manusia, dan masanya berganda sibuk 'berurusan' dengan ALLAH.
Masya Allah.

Ampunkan aku ya Allah atas kelalaian ini.
Ampunkan aku ya Allah atas perasaan malas dan penat untuk beribadah. Mungkin aku terlupa, solat malam itulah 'bateri' untukku meneruskan gerak kerja. Quran itulah 'tenaga' untukku terus memandang ke hadapan.

Mari jadi orang sibuk yang bertaqwa. ^_^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 18, 2012

Mengenal erti RINDU. ^__^

7 comments:
Pernah tak anda merindui seseorang sehingga anda menangis?
Atau perasaan rindu itu seolah menjadi 'sakit' di hujung hati, pernah tak?


Bila berlaku situasi seperti ini, melihat gambar orang yang anda rindu pun sudah boleh membanjirkan meja study anda. Apatah lagi mendengar suaranya di corong telefon. Semakin kuat anda tersedu-sedan menahan tangis.

Pernah atau tidak kita sedar perasaan rindu itu terlalu istimewa.

Rindu, bukan untuk orang yang jauh dari kita. Ada juga rindu untuk orang yang dekat dengan kita. Dia dekat, tapi kita rasa jauh. Sebab itu adanya rindu.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang menciptakan rindu itu satu perasaan yang indah.

Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi komposer. Buat lirik touching-touching.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi penyanyi. Kalah juara AJL 2011 bila nyanyi.
Bila waktu rindu, ramai orang boleh jadi puitis seperti penyair tanah air.

Istimewanya rasa rindu. Maha Suci Allah yang pernah menganugerahkan kita dengan rasa rindu.


Tapi sayang sekali..
Seandainya rasa rindu itu, terbazir pada orang yang tidak sepatutnya.
Merindui lelaki ajnabi yang statusnya entah dimana di hati kita.
Merindui wanita ajnabi, yang dirinya belum tentu halal buat kita.

Alangkah ruginya.. Andai rindu itu tersemai di celah-celah maksiat?

Ya, terlalu rugi.

Rindu seorang anak kepada ibunya, boleh jadi pahala.
RIndu seorang anak kepada ayahnya juga boleh jadi pahala.
Rindu seorang adik kepada abang/kakaknya pun pahala.
RIndu seorang kakak/abang kepada adiknya juga dinilai pahala.
RIndu seorang isteri kepada suami atau sebaliknya berganda-ganda pahala.

Tapi kita juga rugi, andai kita terlupa satu rindu yang membuah pahala yang besar.

Iaitu rindu pada kekasih Allah, Rasulullah S.A.W.

Pernah atau tidak hati ini, yang mana dianugerahkan dengan rasa rindu, terdetik merindui Rasulullah?


Andai belum, rugilah hati itu.

Hebat sekali orang yang boleh merindui Rasulullah. Tidak pernah bersua wajah mahupun bertemu kata, SMS dengan video cam pun jauh sekali. Namun rindu buat baginda Rasulillah tetap membuah. Lebat dan masak ranum. Ya, terlalu rindu.


Malah manifestasi kerinduan itu bukan biasa, tetapi terlalu luar biasa.

Rindu seorang kekasih kepada kekasihnya boleh menjadikan dia seorang komposer, penyanyi, penyair...

Tapi rindu seorang ummat kepada Rasulnya, bukan sekadar itu. Malah boleh menjadikannya seorang yang soleh dan bertaqwa. Kerana apa? Kerana rindu itu manifestasinya berpegang dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulillah dan menolak al-hawa'.

Masya Allah. Hebatnya kuasa rindu.

Ada lagi yang hebat.

Ya, anda betul.

Rindu seorang hamba kepada Penciptanya.


Meskipun dekat, tapi terasa jauh.
Jauh dipisahkan oleh dosa dan maksiat.
Jauh dipisahkan oleh noda dan kelalaian.

Sesekali hati terdetik rindu pada Sang Pencipta.

"Ya Allah, Engkau dekat denganku, tapi aku merasakan aku terlalu jauh denganMu. Aku merinduiMu Ya Allah. Merindui berada erat dalam dakapan kasihMu.."

Hebat. Rindu pada Sang Pencipta. Manifestasinya juga terlalu luar biasa.
Bibir tidak hendak memohon keampunan pada semua kesalahan. Hati tidak henti memohon doa agar didekatkan dengan Tuhan.


Ya, itulah manifestasi rindu.
Ditambah pula dengan alunan Kalamullah sebagai perisai.

HEBAT! Ya, terlalu hebat.

Alangkah ruginya andai hati ini tidak pernah merasa rindu pada susuk indah Rasulillah dan zat mulia Rabbul Izzati.

Terlalu rugi.
Moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Ya, tidak tergolong.


Hati orang yang tidak ada rasa rindu pada Rasulillah dan Rabbul Izzati, mungkin ada sesuatu yang 'kurang' buat hati itu. Perhatikan dan sellidikilah, apa masalahnya.

Ya, perasaan rindu itu indah, bila kena pada tempatnya.

Perasaan rindu itu anugerah, bukan kepada semua. Tetapi kepada yang mencari HAQ dalam kebatilan.

Aku rindu padamu Ya Rasulillah!

Aku rindu padaMu Ya Rabbul Izzati!


Moga rindu ini pelembut hati kami... Ameeeen!


Ya Allah, aku juga merindui keluargaku. Terlalu rindu. Ya Rabbi, Kau lindungilah ibu ayah serta semua ahli keluargaku. Jagalah mereka sehingga satu saat aku bisa pulang menatap wajah mulus mereka yang aku cintai.

Andai tidak sempat untuk itu, Kau pertemukanlah kami di syurgaMu. Ameeen.

Ibuku.. Ratu hatiku. =)
Ya Allah, mereka terlalu baik dan istimewa di hatiku. Moga Kau juga istimewa di hati kami, kerana kami mahu menjadi yang istimewa di mataMu.

Rindu.... Sakit, tapi hikmah!



Wallahu a'lam.
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Friday, February 17, 2012

Menanti Pelangi =)

2 comments:






:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, February 14, 2012

Mendalami erti S.O.L.E.H.A.H

13 comments:

Bismillah. Alhamdulillah.



Akhirnya Berjaya melunaskan janji untuk menulis post bertajuk solehah. Selepas seorang hamba Allah meminta pendapat berkenaan solehah, saya mencari-cari. Sebenarnya saya sendiri kurang pasti apa maksud solehah itu sebenarnya. Apa itu solehah? Bagaimana kita nak tahu kita sudah menjadi solehah atau tidak?

Apakah bench mark solehah?

Solehah itu nyatakan bukan nama mana-mana wanita. Ini adalah satu sifat yang didambakan hamper semua wanita. Mahu menjadi anak yang solehah. Isteri yang solehah. Ibu yang solehah. Semuanya solehah. Tapi kali ni saya bukan berniat berbicara khusus tentang isteri solehah. Tapi kita berbicara secara umum, WANITA SOLEHAH.

Siapa sebenarnya wanita SOLEHAH?

Pada awalnya saya berhasrat meminta pendapat dengan pihak Muslimin, tapi saya nampaknya kekurangan link untuk bertanya pihak mereka. Takpe. Kita selidik sendiri. Dan sekadar bertanya orang yang terjumpa di mana-mana. J



Solehah di mata manusia.



Melihat seorang wanita yang lemah lembut, halus budi pekerti, lawa dan lengkap pemakaiannya, pasti komen tentangnya, "Solehah wanita itu.."

Begitulah nilaian manusia pada erti SOLEHAH. Wanita yang ada gaya yang baek dalam berbicara. Lembut dalam tutur kata. Indah akhlak sesame manusia. Lantas dihukum menjadi wanita solehah.

Tak salah. Itu betul. Dimata manusia, itulah bench mark untuk menghukum.

Lantas wanita yang keras, kasar, jauh sekali mendapat gelaran solehah. Jauh sekali. Wanita yang tidak menjaga akhlak dan budi bahasa, tak mungkin mendapat gelaran solehah.

Maka, solehah itu adalah seorang wanita yang melahirkan perbuatan-perbuatan yang baek daripada tingkah lakunya samada percakapan, perbuatan dan tentu sekali hatinya. Mana mungkin hati yang busuk mengeluarkan perbuatan yang wangi. Mana mungkin hati yang busuk mengeluarkan perkataan yang comel. Solehah itu biasa dilihat pada akhlak,hati,budi dan pekerti. Hipokrit atau tidak, itu bukan persoalannya. Itu terpulang pada empunya badan.
Saya biasa ke rumah sepupu dan terdengar ayat sebegini, "Amboi solehahnya Hajar duduk, bersimpuh comel.."

Hah, tengok, duduk bersimpuh pun orang dah judge sebagai solehah! Senang bukan?

Antara ayat lain yang biasa kedengaran, "Subhanallah, cantiknya budak ni. Solehah sungguh."

Satu lagi nilaian solehah adalah pada paras rupa. Kulit yang halus, wajah yang mulus, pasti dinilai solehah. Tambah pula dilengkapi tudung labuh dan jubah. Tak perlu bicara panjang, title SOLEHAH dalam genggaman.

Wanita, menjadi solehah itu dinilai dari budi pekertimu. Dinilai pada akhlak muliamu. Dinilai pada tutur bicaramu. Dinilai pada cara pemakaianmu. Dinilai pada penampilanmu. Maka, jagalah apa yang kamu mampu jaga. 
Selain itu, ada satu lagi part yang mana wanita mendapat gelaran solehah. "Ya Allah, pandainya Mimi masak, jaga adik.. Memang solehah sungguh Mimi ni."

Itu juga pada nilaian manusia. Pandai memasak, pandai membuat kerja rumah, pandai mengemas, pandai jaga adik, itu juga salah satu ciri nilaian manusia pada erti solehah.

Maka, di mata manusia, wanita yang solehah itu adalah wanita yang lemah lembut, cantik pekerti, mulia budi dan pandai berdikari. J

Lengkap. Orang kata, complete nak buat menantu.



Namun begitu, dimata manusia menjadi wanita berharga, tapi tetap takde makna kalau disisi Allah kita tidak bernilai mulia.


Solehah di mata Pencipta.



Kalau dimata manusia, segala output yang dikeluarkan dari diri itulah nilaiannya.

Di mata Pencipta, ia berbeza. Input yang kita penuhkan di jiwa, disitulah letaknya nilaian Sang Pencipta.

Solehahnya wanita apabila taatnya pada Allah melebihi taatnya pada hamba Allah.

Solehahnya wanita apabila cintanya pada Allah melebihi kecintaanya pada dunia.

Solehahnya wanita apabila ibadahnya,tawadhuknya benar-benar hanya untuk Allah dan bekalan hari Akhirat.

Itulah wanita solehah di sisi Allah.

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) 
Daripada hadis di atas, jelas menunjukkan bawaha wanita yang menjaga anal ibadah dan dekat dengan Tuhan yakni melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya, itulah wanita solehah. Wanita yang mana dijanjikan Syurga. Malah boleh mmilih untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu sekalipun. Hebat janji Allah pada wanita yang taat pada Allah.

Solehahnya wanita itu apabila wanita tersebut memenuhi 2 syarat ini, iaitu:

  1. Taat kepada Allah dan RasulNya
  2. Taat kepada suami



Ketaatan pada Allah, itulah hakikat sebenar solehah. Ketaatan pada Pencipta. Bagaimana seorang wanita itu menjaga hatinya daripada sifat-sifat tercela. Ramai orang boleh menjadi hipokrit di hadapan manusia. Memakai jubah, memakai tudung labuh, sopan santun, lemah lembut, tapi dalam hati, hanya Allah yang boleh menilainya.maka, sebenar-benar solehah itu ada pada nilaian Allah. Menjaga hati daripada perkara-perkara mazmumah. Tidak ada sifat dengki. Penuh dengan kasih sayang dan sifat suka membantu. Di dalam hatinya tidak ada sifat benci pada manusia. Tidak ada sifat riya' dengan kebaekan yang dia ada. Itulah wanita yang benar solehah.

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Tanpa keimanan kepada Allah, pasti sopan santun itu tidak bermakna dan tidak ada nilainya disisi Yang Mulia Pencipta.

Ramai orang mampu untuk menjadi solehah, mendapat gelaran solehah di depan manusia, tapi sejauhmana solehahnya kita dihadapan Allah. Itulah sebenar-benar nilaian solehah. Bukan apa yang manusia lihat, tapi apa yang Allah nilai dan lihat.



Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaimana semestinya. 
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya. 
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi. 
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu. 
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.  
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...


Terlalu banyak peranan wanita yang solehah. Ya, itulah contoh wanita solehah. Peranannya mentaati Allah lantas membawa kepada ketaatannya kepada suami. Ketaatan kepada suami merupakan asset penting untuk seorang wanita memasuki syurga. Jika syurga sang anak di bawah tapak kaki ibu. Syurga yang suami di bawah tapak kaki ibu. Tapi syurga sang isteri dibawah tapak kaki suami. Maka, pentingkan ketaatan wanita kepada seorang suami. Lihatlah keberjayaan wanita-wanita diatas. Kerana solehahnya mereka dimata Allah, mereka Berjaya menyumbang kepada Islam. Betapa solehahnya mereka, cukup dinilai Allah, walau mungkin tidak diiktiraf dunia.



Konklusi



Solehah di mata Pencipa itu lebih utama. Maka usahakanlah untuk menjadi solehah dengan beriman denganNya, taat pada perintahNya, menjauhi segala laranganNya. Serta berusaha mendekatiNya. Nilaian pada Pencipta lebih utama. Bukan bermaksud ketepikan pandangan manusia. Tapi biarlah seimbang. Menjaga hubungan dengan Allah serta menjaga hubungan dengan manusia. Menjadi solehah dimata manusia, tapi usahakan dulu untuk menjadi solehah di hadapan Pencipta. Tak guna solehah di manusia, andai hina disisi Pencipta.
Jagalah akhlakmu pada Allah dan Baginda Rasulillah. Jagalah hatimu dengan mencintai Allah. Jagalah ibadahmu. Jagalah peribadi dan akhlakmu.

Solehah itu terlalu luas tafsirannya dan tidak mudah mendapat title SOLEHAH yang SEJATI.

Mudah digelar solehah, tapi benar-benar layak untuk mendapat gelaran itu adalah SUSAH. Memerlukan USAHA yang INDAH. Kerana wanita seolah itu adalah seindah-indah hiasan DUNIA. Maka, siapa lagi dapat menandinginya?

Kalau kita melihat Mawar adalah secantik-cantik bunga kerana kesempurnaannya dari segi rupanya, baunya, serta khasiatnya. Begitulah manusia. Jadilah seperti mawar. Indah luaran, cantik dalaman. Pandai menjaga hubungan dengan Tuhan dan tak lupa makhluk sekalian alam.
Jangan mudah goyang dengan title SOLEHAH dari seorang manusia. Kita perlu usaha lebih untuk mendapat title SOLEHAH disisi agama. Bukan susah, tapi memerlukan pengorbanan dan usaha gigih. Tak perlu takut jika anda tidak mampu menjadi yang terbaek buat manusia, tapi berusahalah untuk menjadi yang paling terbaek disisi Tuhan Yang Berkuasa.



Resolusi

Berusaha untuk menjadi solehah di mata Pencipta dengan pertingkatkan amal ibadah dan apa-apa jalan yang boleh membawa kita lebih dekat dengan Tuhan Alam Semesta.

Berusaha untuk menjaga akhlak, budi pekerti dan tutur bicara dihadapan manusia kerana suruhan Allah, bukan semata untuk menadapat pujian dan diminati ramai.
Menjadi solehah tidak menjadi penghalang untuk berjuang sebagai PEJUANG KEBENARAN. Jangan jadikan title SOLEHAH penghalan untuk anda berHARAKI.
Menjadi wanita yang berusaha menyempurnakan diri dengan segala kelengkapan untuk memenuhi criteria-kriteria SOLEHAH.

Antara amalan-amalan untuk menjadi SOLEHAH,

1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.

3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.

4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.

7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah " kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya.  Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.



Ingatlah, walaupun kita WANITA, kita tak pernah boleh lari dari medan juang. Kita perlu menyumbang bakti. Usah bebankan semuanya pada kaum lelaki. Kita perlu membantu. Solehahnya kita biar bermanfaat pada yang lain, lebih-lebih lagi agama. Jangan sampai untuk mengejar title SOLEHAH, kelak setelah berkahwin, dilupakan peranan untuk berada dalam medan juang. 

Jangan kerana mengejar SOLEHAH, kita menjadi lembik dan hilang dalam barisan perjuangan.

Tidak, itu bukan alasan. Solehahnya kita adalah buktinya kita lebih hebat mempertahankan agama. Mencintai akhirat melebihi cinta pada dunia.

Insya Allah, bersama menjadi SOLEHAH. Bukan saja ISTERI YANG SOLEHAH, tapi WANITA YANG SOLEHAH.

Kalau isteri solehah, taatnya Cuma pada suami. Kalau anak yang solehah, taatnya Cuma pada ibu bapa. Maka, jadilah WANITA SOLEHAH. Taatnya pada Allah, suami, ibu bapa.. Insya Allah.


Menjadi SOLEHAH bukan untuk mendapatkan SOLEH. Tapi mahu menjadi hamba yang BERHARGA disisiNya.
Tajdidkan niat dan berusaha menjadi yang terbaek. Insya Allah. J



Pengejar Solehah disisi Pencipta dan Manusia,

Husnakamarudin.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Sunday, February 12, 2012

Carta Dosa ^_^

No comments:


Bencilah melakukan maksiat.
Tanamlah rasa berdosa setiap kali melakukan maksiat.

Kalau tak rasa apa-apa? 
Itu tandanya hati mati.

Kalau tahu itu maksiat, belajar tahan diri, tapi buat juga?
Itu tandanya hati berpenyakit.


Ubatlah hati dengan mendekatkan diri kepada DIA.

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, February 11, 2012

Dukacita. Apalah sangat jika dibandingkan dengan dia…..

1 comment:


 


 
Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi…
Samada ibu, bapa, suami, isteri, anak, sahabat atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang.
Itu janji kita sejak dulu, sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.


Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

 
Seorang isteri yang kematian suami, ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.


Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu, tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah, insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah! 


Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian, ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

 
Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.


 
Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing.
Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

 
Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira'. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah!  Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.


Namun tidak lama, di tahun dukacita itu, Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi.  

 
Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula  pergi.  Sedihnya, dia pergi tanpa syahadah.

 

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

 
Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan  pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!  


Untuk apa agaknya semua ini diaturkan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

 

Dipisahkan dengan jarak dan masa saja, kita sudah tidak keruan. Ditinggalkan pergi sahabat saja, kita mula menghitung kedukaan. Apatah lagi perpisahan dengan kematian? Bukankan saat itu tidak layak kita berkata kepada Allah, "Kenapa Allah tinggalkan aku sendirian?" Ketahuilah, waktu itu Allah mahu kita tahu, "Aku ada Allah, Dia akan selalu bersamaku. Dia mahu aku tahu, meskipun semua orang tinggalkan aku, aku tetap ada Dia. Sayangnya Allah kepada aku."

 
Sedikit demi sedikit nasihat ibu aku imbas. Malam yang dingin, saat aku bercerita tentang duka yang menimpa. Sejarah Rasulullah Ibu hidangkan untukku. Besar sungguh jiwa Ibu, demi melihat aku mengikut jejak langkah Kekasih Allah. Kata Ibu lagi, "Allah sayang kita. Allah ambil, tentu Allah akan ganti semula."

 
Sejuk. Dingin. Terbanglah dukacita terhadap aturan Tuhan. Tinggal lagi airmata muhasabah. "Allah, maafkan aku kerana tersalah hukum akan takdirMu. Sedangkan itulah yang terbaek untuk aku."

 


 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah.  Kini kita berpisah untuk bertemu.

 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

 
Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah.   Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

 
KETIKA RASULULLAH PERGI…
Tengah hari  itu…
gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…
Tapi dian batinnya terus menyala
Pada sebuah amanat di sisi isterinya

 
Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba
Duhai srikandi budi yang masih lara
Sepuhlah air mata di usia muda
Melangkahlah semula dengan kukuh
kerna jalan ini masih jauh

 
Yang wafat cuma jasad
Bukan niat dan semangat!

 
Citra ini mengimbau sejarah 'si merah'
– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah
di usia remaja menjadi isteri Rasulullah
Teman Rasul ketika berjuang membela umat
Teman Rasul ketika di amuk sakarat
di ribaannyalah baginda wafat

 
Sepeninggalan Rasul…
Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu
Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti
Dia hanya kehilangan suami
Tapi bukan kehilangan misi!

 
Sesekali ketika rawan diusik kenangan…
Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah
Istirahat hati pada satu hakikat…
Cintaku hanya sedebu cinta-Nya
Relakanlah dia pergi…
Menemui temannya di daerah tinggi!


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Thursday, February 09, 2012

Manifestasi redha +___+

No comments:


Sering saya ulang 'tazkiyatun nafs' yang saya dapat daripada Habib Munzir,


"Manifestasi redha itu adalah bahagia."

Makna katanya, kalau kita redha, susah atau derita, kita tetap bahagia. Kalau kita redha, terseksa atau terluka, kita tetap bahagia.
Sebab tu, resipi bahagia yang kerap kali diulang oleh pakar motivasi, ialah REDHA.

Menyebut perkataan redha itu saja senang. Tapi mengabadikannya ke dalam diri adalah susah, dan ternyata begitu payah. Tapi tidak mustahil. ^__^

Saya sendiri banyak diajar erti redha, terutama di semester terakhir di PJ. Ujian yang bermanfaat, kerana daripadanya saya banyak 'menuntut ilmu' mencari erti redha. Alhamdulillah, berbaloi. ^_^

Dan ujian itu mengajar saya untuk sentiasa redha. Hari ini ataupun akan datang.


Redha bukan bererti berlepas tangan daripada mengusahakan sesuatu. Tapi redha itu bererti kita berlapang dada dengan apa yang berlaku, tetap berusaha melakukan yang terbaek, tapi seandainya jalan untuk melakukan yang terbaek itu masih diuji, disitulah kita boleh mengukur, dimana keredhaan kita.

Bersediakah kita dengan segala kemungkinan?

Didiklah sifat redha hari ini. Kerana hari ini atau pun esok, lambat atau cepat, kita pasti diberi ujian 'keredhaan'. =)



Dalam hati teringat,
"Allah menguji, tentu Allah memberi ubatnya. Bersabarlah!"

^__^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, February 07, 2012

Azam semester baru? ^__^

2 comments:



Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Dan wajahku memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki




Album : 
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

Bermulanya semester baru. Alhamdulillah. Syukur walaupun hari ini penuh 'frust'. Pergi OSC, takdapat tukar baucar, pergi klinik, doktor pula tak ada. 

Dalam hati tersemat satu perkataan, 


"SENYUM"

Saya tertanya-tanya, agaknya bagaimana cara nak atasi masalah mudah tensi. Saya antara orang yang mudah tensi dan selalu berlakon tak tensi. Kalau tensi tu, sampai sakit kepala. Sedikit demi sedikit boleh diatasi. Kalau dulu, ada masalah, muka terus berubah. Sekarang dah belajar. Tapi masih ada lagi sikap macam tu. Terutama bila ia melibatkan diri sendiri. 

Mungkin hubungan dengan Tuhan belum 'baik'. Orang kata, hati yang tenang, sekalipun dilanda ombak masalah, tetap tenang, kerana ia penuh iman.

Maksudnya kalau hati tu cepat 'meledak', hati masih gersang.

Ohhh. 

Selamat memulakan semester baru buat semua. ^__^


Oh ya, jangan lupa hayati lirik lagu Menjadi Diriku dari EdCoustic kat atas tu. Rasa kenaaaa sangat dengan diri sendiri. Saya tak sempurna. Terlalu jauh dari kesempurnaan.

Azam semester baru,
Orang kata saya tak penyayang. Hati kering. Susah didekati.

Saya berazam nak jadi penyayang, hati basah, mudah didekati. 
Insya ALLAH. ^__^

With LOVE, Nurul Husna Kamarudin.


Ila Liqa'. ^__^

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.