♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, March 21, 2012

Tinta Ustaz Muhadir untuk IIUMK berselawat. ^_^

1 comment:
Diemelkan oleh Ustaz kepada Ukhti Fatimah. ^_^



Alhamdulillah, ketika menerima jemputan dari Akhi Azri, Bunyamin dan Zulqarnain untuk menghadiri IIUM Berselawat, ustaz ketika itu baru selesai memberi taushiah di Majlis Maulid dan Asma’ul Husna, di Surau Mutiara Damansara pada 15 Feb 2012 yang lepas. Ustaz menyatakan kesanggupan untuk menghadiri majlis yang penuh barakah ini setelah melihat keikhlasan, kesungguhan dan harapan di wajah mereka. Sebelum wada’, ustaz berpesan agar mereka menjaga adab dengan para masyaikh nanti.

Pagi, 17 Mac 2012, ustaz mula bermusafir ke UIA Kuantan ditemani zaujah. Pengalaman pertama memandu sendiri ke Kuantan sedikit merisaukan, tetapi semangat ingin berjumpa dengan ahli talaqi di sana di samping menghadiri Majlis Maulid yang penuh keberkatan, memberi kekuatan. Rehlah sebegini insyaAllah mengikuti jalan para Salafunas Solih dahulu yang berjalan jauh demi agama. Ustaz teringat dengan jilsah bersama Al-Alim al-Allamah al-Faqih, Habib Zin bin Ibrahim bin Sumaith yang menceritakan kelebihan Al-Habib Ahmad bin Umar bin Sumaith yang dimuliakan Sayyidul Wujud, Sayyiduna Rasulullah . Pernah seorang soleh penjaga maqam Rasulullah bermimpi melihat Nabi . Ketika menyebut nama para Auliya’ lain, Baginda cukup hanya menyebut nama-nama mereka. Tetapi ketika menyebut nama Al-Habib Ahmad, Baginda menyebut nama, keturunan, pekerjaannya. Begitu sekali Baginda memuliakan Al-Habib Ahmad kerana menyambung tugas risalah Baginda , berdakwah di jalan Allah. Habib Zin juga mengingatkan bahawa berdakwah adalah jalan untuk lebih dekat dengan Rasulullah dan mendapat Ilmu Ladunni…

Setelah hampir 4 jam perjalanan, Alhamdulillah, kami sampai di Gambang. Akhi Azri sudah sedia menyambut kedatangan kami. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, kami melalui kampus UIA Kuantan. 

MaasyaAllah, sungguh cantik pemandangan masjid baru UIA waktu malam. Setelah sekitar 10 minit perjalanan, ustaz sebenarnya terkejut dan terharu dengan beberapa perkara:

i- Ustaz tidak pernah terfikir yang Akhi As’ad dan Akhi Zulqarnain akan sediakan tempat penginapan sebegini (Hotel Zenith). Ustaz dan zaujah benar-benar terkejut. Ustaz sebenarnya memadai jika menginap di masjid atau asrama.

ii- Kehadiran ramai akhawat yang menyambut ustaz dan ustazah malam itu, mengejutkan kami. Syukran jazilan pada Ukhti Fatimah, Ukhti Isdiyanti, Ukhti Nadirah, Ukhti Hidayah, Ukhti Nurhidayah, Ukhti Syafikha, Ukhti Badriah, Ukhti Farihin, Ukhti Najibah, Ukhti Iliyana, Ukhti Zanariah dan yang lain (mohon maaf jika nama tidak disebut, tidak ingat…), atas istiqbal dan khidmat entunna. Ustazah sangat terharu dengan khidmat entunna.

iii- Hadiah minyak wangi Aod dan Al-Quran dari entum sangat dihargai.

iv- Ustaz dan zaujah benar-benar rasa dihormati dengan khidmat yang diberikan oleh ikhwah dan akhawat malam itu. Semoga Allah merahmati entum semua. Dalam pada itu, ustaz berasa gembira dengan adab dan khidmat yang entum tunjukkan. Semoga begitu juga kepada para masyaikh yang lain.

Keesokan harinya, ustaz pertama kali menjejaki kaki di kampus UIA Kuantan. Alhamdulillah kerana tempat pertama yang ustaz masuk di kampus ini adalah masjid. Kesempatan berjumpa dan bersua dengan Habib Aqil, Habib Shahrin, Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, beberapa Haba’ib dan Asatizah, sangat mengembirakan. Semoga pertemuan ini, dirahmati Allah. Melihat wajah orang-orang soleh, menyembuhkan hati. Kesempatan berjumpa dengan ahli-ahli talaqi di UIA PJ dahulu, mengubat sedikit rindu di hati; bertemu kembali dengan Akhi Syed Sufi, Akhi As’ad, Akhi Shahid, Akhi Syed al-Qadri dan lain-lain. Walaupun hanya melihat ahli-ahli talaqi muslimat dari jauh, sekurang-kurangnya ia mengingatkan kembali kenangan bersama mereka di majlis talaqi di PJ dahulu. Semoga entum istiqamah.

Ustaz punyai hasrat bertemu dengan ahli-ahli talaqi peringkat awal dulu di UIA PJ, tetapi belum ditaqdirkan. Mereka adalah kumpulan pertama yang memulakan pengajian talaqi bersanad bersama ustaz sebelum diteruskan oleh generasi ke 4 atau ke 5 sekarang ini. Semoga Allah merahmati entum dan dikurniakan istiqamah. Sungguh, tidak mudah untuk istiqamah…

Ustaz terpaksa balik semula ke KL kerana ada program lain pada sebelah malam walaupun hati ingin bersama para Haba’ib dan masyaikh pada sebelah malamnya. Wada’ petang itu sangat memberi bekas dalam hati ustaz. Adab dan khidmat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli talaqi sangat tinggi dan menyenangkan hati. Secara khusus ustaz ucapkan jazakumullahu khairal jaza’ kepada Akhi Azri, Akhi Zulqarnain dan Akhi As’ad yang secara khusus berkhidmat kepada ustaz. Kepada ikhwah akhawat yang telah berkhidmat kepada ustaz dan zaujah, sesungguhnya entum dekat di hati kami. Segala jasa baik entum semoga dibalas Allah dengan ganjaran yang sempurna.

Semoga bumi UIA Kuantan bertambah berkat dengan adanya majlis-majlis talaqi yang dipimpin oleh Guru Mulia, Tuan Guru Ustaz Mustafa Kamal, Habib Aqil, Al-Fadhil Ustaz Uwais al-Qarni dan masyaikh yang lain. Nafa’anallahu bi him wa bi ulumihim fiddarain, Amin….

Kepada ikhwah dan akhawat talaqi semua, jagalah adab dengan ilmu dan masyaikh kerana padanya ada keberkatan dan ia jalan meraih madad dan nazhrah masyaikh.

Demikian sedikit catatan rehlah dari bumi talaqi ke bumi talaqi…
Wassalam.

Al-Faqir, Ustaz Muhadir, Rabu, 7.15 petang, 21/3/2012



XXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Sampai saja ke Terminal Makmur daripada JB, saya terus mengambil teksi, tak kisah dah bayar mahal, tak nak menunggu lama. Saya mengejar majlis IIUM Berselawat. Dengan harapan sempat berjumpa Al Fadhil Ustaz Muhadir. 
Tapi saya sedikit malang. Sampai di Mahallah, azan Maghrib berkumandang. Cepat-cepat ambil kunci kereta dan ke masjid. Tanya pada komiti, 

"Ustaz Muhadir ada lagi?" dengan penuh harap.
Komiti tu nak jawab pun cuak. Ehhe. Jadi komiti tu geleng kepala je.  
Saya kecewa. Jelas kekecewaan tu, sampai komiti tu cakap, 
"Tak pe kak Husna, nanti kak Husna jumpa Ustaz kat PJ."
Dalam hati cakap, trauma ke PJ pun tak habis lagi. Ehhe. ^__^

Selepas solat Maghrib, saya sempai mengirimkan satu SMS kepada Ustaz. Menzahirkan rasa kecewa tidak dapat bertemu. Dan Ustaz membalas dengan doa yang cukup istimewa. Puas hati. ^_^

Alhamdulillah, sempat dengar maulid dan qasidah. Paling terkejut, alunan Ya Rabama.

Melayang-layang ingatan ke PJ. Teringat zaman shortsem di PJ. Zaman bilik dipenuhi kitab talaqi dan buku haraki. Allahu ALLAH..
Saat ni jugak lah 'hujan lebat', rindu pada zaman sufi di PJ. ^_^

Kemudian, dialunkan pulak Qasidah Ya Thoibah. Waktu ni memang hujan bukan setakat lebat malah ribut petir taufan sekali lah! ;p

Mendengar tausiah Habib Ali, permulaannya saja sudah mampu menyentuh hati. Sudah mampu membuat hati ini segar bugar. Bukankah hati itu hidup dengan tangisan penyesalan? Hidup dengan tangisan dosa dan taubat? ^_^

Sungguh, indah sekali IIUM Kuantan berselawat. 

Saya yang menghadiri sedikit dari program pun sudah mampu melangkah keluar dengan azam baru dari masjid. ^_^

Cintanya aku untuk bersama orang soleh. Harap-harap dapat suami soleh yang suka majlis talaqi. Yang mencintai Allah dan Rasulullah. ^_^

Terima kasih kepada komiti IIUMK Berselawat. Semoga ALLAH melimpahkan entum semua dengan ganjaran yang baek di SANA kelak. 

Dan buat nama-nama yang disebut Ustaz dalam emel tu, bertuahlah entum. ^_^



:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Wednesday, March 14, 2012

Aku dan masa depan. ^_^

2 comments:
Datang seorang hamba ALLAH. Bercerita sakan beberapa musibah yang menimpa akhir-akhir ini.


Kemudian, ditanya,

"Hang ni serius ke nak proceed kos hang sekarang? Buleh ke hang nak kerja lepas ni?"

Soalan-soalan macam ni memang mengundang ceramah panjang. ^_^

Memang, saya sendiri sedar dan tahu, ketidak sesuaian saya berada di bidang ini.


Tapi tidakkah kita tahu ada yang lebih tahu tentang dimana selayaknya kita berada? 

Ya, DIA.
Dari dulu, saya minta nak ke IRK. Saya minat dalam bidang syariah. Tapi ALLAH hantar saya ke DQ. Dulu waktu kat DQ, pernah terfikir nak proceed bidang agama. Alang-alang dah dok bidang Quran.

Tapi selepas istikharah, DIA tetap hantar saya ke Allied Health Sciences. Permohonan ke IRK, direject. Kecewa. Memang kecewa. ^^

Di PJ, rasa jiwa berperang dengan diri sendiri. Aku minat bidang agama. Bila belajar Religion in Islam dan Basic Theme of Quran, saya cukup perform. ^_^ Jika nak dibandingkan dengan subjek Mathematic, Physic mahupun Chemistry, jauh, ibarat langit dan bumi. ^_^

Pernah menyuarakan kepada Ibu Ayah untuk menukar kursus ke bidang agama. Disokong tanpa bantahan. Sekali lagi memohon, juga ditolak. Atas sebab bagi mereka saya tidak ada reason untuk tukar ke IRK. Dengan pointer waktu tu dalam bidang sains, memuaskan. Pelik, orang lain style je tukar kos. 

Kemudian, saya sudah berputus asa untuk mencuba. Allah begitu lapangkan jalan saya di bidang ini. Begitu.



Sehingga hari ini, saya juga pelik, bagaimana boleh survive dalam kos ini. Tapi saya bahagia. Walaupun orang kata kos ni tough, tak sesuai untuk orang 'fragile' macam saya. Tapi sampai waktu ni, perform well lagi. ^_^

Allah menentukan jalan ini sehingga hari ini, maka saya mahu DIA terus menentukannya untuk akan datang. Untuk 'suatu hari' nanti yang diramal manusia, saya serahkan pada DIA. 

 

Kalau kita diberi pilihan untuk menentukan hidup kita sendiri, mugkin kehidupan kita kacau bilau, kerana kita manusia yang tidak tahu apa yang akan berlaku dimasa hadapan. Tapi DIA yang selayaknya menentukan jalan kita. Kerana DIA maha mengetahui, yang terdahulu mahupun yang akan datang. ^_^



Kenapa kita takut susah?

"Aku takut dah grad nanti aku susah. Aku takut hidup aku menderita."

Kenapa takut susah? Biarlah susah didunia, jangan susah di akhirat.

Selama ni, kita pun pernah susah dalam hidup ini kan? Dan siapa yang bantu kita dalam kesusahan itu? 


DIA kan?


Dan bukankah selepas kesusahan itu adanya kesenangan? ^_^

Usah gusar fikirkan masa depan.


Dulu, saya juga orang yang fikirkan masa depan.
waktu dapat tawaran buat engineering di Japan, saya banyak fikir, sehingga saya terlupa ada kuasa lain yang mengatur segalanya. Saya minat engineering. Tapi.... ^_^ Saya kecewa, bagai orang hilang IMAN. Saya terlepas tarikh temuduga untuk ke Japan. Saya kecewa. Ibarat orang tiada pegangan. Tapi rupanya ALLAH nak hantar saya ke Darul Quran. Kalau saya ke Japan, mungkin saya tidak seperti hari ini. Di Darul Quran, saya bertemu satu cinta sejati, yang mungkin tak akan ada di Japan. ^_^ Lihatlah aturan DIA. Semua pengalaman lama banyak mengajar saya. Hidup ini sudah diaturkan DIA. ^__^

Urusan kerja, urusan rezeki akan datang, mahupun urusan jodoh, kita serah pada DIA. ^_^

Insya ALLAH kita tak kecewa. =.=

Ingat, masa depan tu bukan DUIT.


Yang penting, sekarang, kita melakukan yang terbaek. Kita belajar dengan sehabes baik. 

Belajar dan berjuang sehabes baik. 

Jagalah ALLAH sehabes baik, insya ALLAH masa depan kita juga dijaga DIA.

Jangan risau. DIA ada bersama kita sekiranya kita tidak melupakanNYA. =.=

Lakukan semua pekerjaan hari ini dengan baik. Belajar dan carilah pengalaman sebaek mungkin. Insya ALLAH, DIA tak sia-siakan orang yang berusaha dan bertawakkal kepadaNYA.

Kita tidak pernah tahu masa depan kita. Meramal, itu bukan kerja kita. Tapi berusaha, itu memang tanggungjawab kita. Membuat sesuatu dengan sehabes baik, Ya, itu juga tanggungjawab kita. ^__^

Berhenti persoalkan nasib kita akan datang.

Buat yang terbaek hari ini, the rest, HE will decide. ^_^

Tapi jangan pula menolak PERANCANGAN. 
Boleh merancang. Tak salah. ^_^ Malah, harus merancang. =-=

Tapi merancanglah dengan IMAN. Merancang dan meramal adalah berbeza kan? +__+

Ya, saya juga punya perancangan. Tapi perancangan itu sekadar guidelines diri sendiri. Selebihnya kita serah pada DIA. ^_^

Insya ALLAH tak kecewa.

Ramai orang planning kawin umur 24, tapi kawin umur 26. Ada yang planning kawin umur 25, tapi kawin umur 20.
Ada orang planning nak jadi cikgu, dah masuk maktab perguruan, tapi tak jadi cikgu juga. Ada orang nak jadi doktor, tapi tak dapat sambung medik, at last, dapat juga jadi doktor. Sebab apa? Sebab ALLAh boleh melakukan apa sahaja yang DIA mahu. Jika itu yang DIA mahu beri, tidak ada sesiapa yang dapat menghalang. Dan jika itu yang DIA tidak mahu beri, tidak ada sesiapa yang mampu membantu. Sebagai HAMBA, berusaha. Sehabes baek. ^_^

Hidup ini mengajar aku banyak benda. Mengajar aku redha dan ikhlas. Jua mengajar aku menyerahkan hidup ini untuk DIA. Itulah ISLAM. Itulah hakikat HAMBA kepada yang Esa. ^_^

Ya ALLAH, istiqamahkanlah aku.
Doaku, dimana saja Kau akan meletakkan aku suatu hari nanti, letakkanlah di tempat yang terbaek, jadikanlah aku hamba yang bermanfaat kepada sekalian alam. Dan jadikan hati ini sentiasa menyintaiMu Allah. Kerana tidak ada keindahan yang lebih indah daripada tenggelam dalam cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu. ^_^

Erk, nak doa jugak, kurniakan aku pasangan yang memahami serta mendorong aku lebih dekat kepadaMu. Kurniakan aku pasangan yang hatinya terikat denganMu. Kurniakan aku pasangan yang apa saja yang ada padanya hanyalah mengingatkan aku padaMu. Kurniakan aku pasangan yang membimbing aku bukan ke destinasi lain selain dari Syurga. ^_^

Allahumma Ameeeen....!


Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR, rawatlah hati insan yang kian terpesong daripada agama tercinta
Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA, maka binalah satu ukhwah yang kukuh antara umat Islam itu
Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM, maka pertahankanlah Islam di mata dunia
Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-Nya
Jika kau bakal menjadi seorang POLIS, maka awasilah umat Islam daripada terus mengingkari Tuhan yang Maha Pencipta
Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya
Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala Allah itu lebih mewah daripada segala-segalanya
Jika kau bakal menjadi seorang GURU, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar menjadi golongan di atas


p/s : Apa yang anda lakukan hari ini adalah penentu anda masa hadapan. Kalau hari ini belajar main-main. Dah masa depan nanti nak harapkan jadi orang berjaya? Ada je kes macam tu. Tapi satu dalam sejuta. ^_^

Lakukan yang terbaek hari ini untuk masa depan yang baek.

Erk, make sure jaga ibadah.. ^_^


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, March 13, 2012

Kejutkan aku tidur. ^__^

1 comment:

Tidur itu seronok tapi tak semua orang suka ikut SUNNAH waktu tidur. Bayangkan kita tidur 5jam sehari dan setiap detik dan waktu tidur itu kita dapat pahala sebab ikut sunnah. Best ke tak best? Mestilah best kan? 


Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:
Pertama:
Seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba. Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah r.a., beliau berkata yang bermaksud:“ Aku keluar bersama Nabi s.a.w untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.”(Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)
Kedua:
Orang yang tidur dihadapan orang yang solat kerana menggangu orang yang solat.
Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh).(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)
Keempat:
Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”(Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)

Kelima:
Tidur waktu subuh.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Tidur subuh menegah rezki.”(Hr Ahmad – sanad lemah)
Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata: “Rezeki dibahagi-bahagikan sedangkan engkau tidur.”
Keenam:

Tidur sebelum isya' kerana makruh tidur waktu itu. Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah r.a. dimana beliau berkata:“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya' dan sembang-sembang selepasnya.”(Hr Bukhari - sahih)
Ketujuh:

Tidur lepas solat asar. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:" Sesiapa yang tidur selepas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.”(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah) 
Kelapan:
Tidur berseorangan di rumah. Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.
Kesembilan:
Perempuan yang tidur menelentang. Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama. Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian. 
Kesepuluh:
Seseorang yang tidur meniarap. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.”(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi) 
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata yang bermaksud:“Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.”(Hr Ibnu Majah)
Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya.(Hr Abu Daud 1308 – perawi-perawinya thiqah)
Ke dua belas:
Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.”(Hr Muslim)
Rujukan: Tashilul Maqasid li Zuwwarul Masjid oleh Ibnul Ammad, Aunul Ma’bud oleh al-Abadi dan an-Nihayah oleh Ibnul athir.
Ingat-mengingatilah kita antara satu dan yang lainnya.


:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Monday, March 12, 2012

Berfikir dan Bertindak dengan IMAN +__+

3 comments:

Salamullah ‘alaikum. J

Banyakkan senyuman, tandanya diri di’control’ iman. J

from picture : iman adalah mutiara

Iman adalah mutiara
Didalam hati manusia
Yang meyakini ALLAH
Maha Esa dan Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNYA
Tanpamu iman bagaimalah
Menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


 
IMAN merupakan bekalan yang paling penting dalam kehidupan. Menyedari hakikat ini, manusia harus berusaha untuk menjaga serta meningkat iman. Proses menjaga dan mempertingkatkan iman boleh dikategorikan sebagai salah satu proses tarbiah. Kira macam tarbiah iman. 
Iman bukan saja boleh menjadi ‘petunjuk’ atau ‘signboard’ dalam kehidupan. Nak buat maksiat, iman kata, TIDAK. Nak mencuri, iman kata HARAM. Nak solat awal waktu, iman kata, SILAKAN.. SILAKAN. Iman merupakan signboard terbaek seorang mukmin.
Iman, lawannya adalah nafsu. Nafsu yang sering mengajak kepada kejahatan. Nak buat maksiat, TAKDE MASALAH,SIKIT JE. Nak lewatkan solat, TAKPE JE,ORANG LAIN TU TAK SOLAT LANGSUNG.

Lihat perbezaan iman dan nafsu. Tentu sekali kita semua menyedari pentingnya iman sebagai signboard dalam kehidupan seorang mukmin.

Malah, bukan itu saja, iman juga merupakan kayu ukur peribadi seseorang. Orang yang sering berfikir dengan IMAN, tidak akan melakukan sesuatu yang ‘bodoh’. Orang yang berfikir dengan iman, otaknya tidak ligat mencari ‘modal’ untuk kelentong orang lain.

Orang yang berfikir dengan iman, manifestasinya adalah kematangannya dalam berbicara dan perbuatan.
Berfikirlah dengan iman. Jangan letak ego dihadapan.
Berfikir dan bertindak dengan ketaqwaan. Jangan nak berdalih dan berputar-putar dengan percakapan. Erk, apa tu. J

Hari ni kita boleh berdalih, kita boleh auta, tapi hakikatnya suatu hari nanti kebenaran tetap akan terzahir jua. J

Berfikirlah dengan iman. Jangan rasa pandai sangat. Orang yang tak tahu, tapi cakap macam dia tahu, itu BODOH namanya. Kalau tak tahu, jangan cakap. Soal selidik dulu, baru cerita bro. J

Jangan merapu kalau tak tahu. Nanti orang yang dengar boleh tahu taraf kecetekan ilmu kita.
Bercakap dengan ilmu. Berfikir dengan iman.


Orang alim pun jawab ‘TAK TAHU’ kalau mereka tak tahu. Kita yang memang jauh dari taraf ‘alim tu, ego sangat nak cakap tak tahu. Ego sangat nak tunjuk pandai. Ego sangat nak buat-buat pandai.

Ya ALLAH, moga-moga aku tidak tergolong dalam golongan yang bercakap atas dasar nafsu. Berfikir atas dasar nafsu.

 
Jadikanlah aku hamba yang berfikir dengan iman, bertindak dengan ketaqwaan. Ameeen. J

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Saturday, March 10, 2012

Munajat Cinta ^_^

No comments:





Di keheningan malam


Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan







Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku






Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu






Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...



 Ya Allah, jadikanlah aku hamba yang sentiasa bersyukur. Meredhai ketentuanMU. Ikhlas dalam meniti ujianMU. Tidak mempersoalkan taqdir iradatMU. 

Setiap kali dapat nikmat, kita tak pernah persoalkan kenapa Allah bagi kita nikmat tu. Tapi kenapa bila dapat musibah/ujian, hati kita cepat persoalkan, "Kenapa aku kena lalui musibah ini? Kenapa bukan orang lain??"

Rupanya, kita belum cukup CINTA pada ALLAH.
Kalau kita cinta pada manusia, apa saja yang dia buat, kita redha. Kita tak marah. Dia buat kita susah, dia buat kita marah, dia buat kita sakit, kita tak kisah, sebab kita sayang dia.
Maka, cinta kita pada ALLAH WAJIB lebih dari itu. Apa saja yang datang dari ALLAH itu adalah yang terbaek untuk kita. Berhenti persoalkan kenapa, tapi banyakkan istighfar dan memohon ampun akan semua dosa-dosa. Insya ALLAH, tenang! ♥ 




Wahai mujahid, bermunajatlah kepada TuhanMu. Mintalah padanya secebis kekuatan untuk meneruskan langkah juangmu. Pohonlah padaNYA kekuatan, agar diberi istiqamah di jalan ini. 


Allah bersama kita. ^__^
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

Tuesday, March 06, 2012

Bushralana... ^___^

No comments:
Alhamdulillah. Petang Sabtu yang lepas, sepetang bergayut dengan Kakak Ipar (isteri abang sulong). Macam-macam cerita dia kongsi.

next?


Of course la ada great thing dia nak kongsi. Mula-mula tu tanya cerita saya. Macam-macamlah saya cerita.  Dan next question, "Kereta OK tak? Aircond ok tak? Dah tinted belum?" ^__^

Kemudian tiba giliran kakak ipar pula bercerita.

Alhamdulillah. Ada berita gembira rupanya.
Aleeya. Anak sulung abang yu dan kakza. Chomeeel!

"Dekna, Ali nak dapat adik ni... HAHAHA" (Erk, boleh pulak dia gelak kat belakang tu..)

Saya memang terkejut + gembira = terkembira!
Ngikut sape suke makan eskrem ni.. ^__^

"Murah rezeki sungguh. Ali tu baru je genap dua tahun hujung Januari lepas. Baru je habis tempoh menyusu dua tahun. Terus dapat adik?" kata saya. Teruja sebenarnya. Dan tumpang gembira dengan rezeki mereka yang mencurah-curah. Alhamdulillah.

Family Abe Yu and Kak Za. ^__^
Nampak gayanya, bertambah lagi anak saudara saya tahun ni. Yang keenam OK. ^__^

Tapi saya sedang menunggu berita gembira dari pengantin baru. Dua pasangan pengantin baru. Takde dengar cerita lagi nak dapat baby. Kakak dan Abang Ayub. Abang Taufiq dan Kak Chik.


pengantin Jun 2011

Pengantin lama pulak yang memulakan langkah. Ingatkan tahun ni dapat dua anak saudara dari dua pengantin baru. Tapi rupanya ada rezeki yang tak disangka-sangka.

pengantin Januari 2012



Ada anak saudara ni best. Serius best. ^__^

Tahun ni rasa family lain sangat. Semua dah kawen. Dah stabil. Dah ada keluarga masing-masing. Tinggal saya dan adik sedang merangkak membina kehidupan.

Sering juga mereka bertanya perancangan hidup saya akan datang. Kata saya, saya muda lagi. ^_^



Memang ini berita gembira. Alhamdulillah.

Tahniah buat Abang Yu dan Kak Za. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian. Tak sangka, rupanya dah 11 tahun usia perkahwinan Abang dan Kak Za.

Dan buat Aleeya dan Ali, selamat dapat adik!

Ada jugak dok fikir dengan Kakak Ipar nak letak nama bakal anaknya. Kalau lelaki, abang nak letak Umar. Kalau perempuan, saya kata letaklah Umairah. Tapi Aleeya nak adik perempuannya nama Huda. Macam-macamlah. Dok gaduh pasal nama pulak. +___+


Ini yang membuatkan rasa tak sabar nak fly ke Johor minggu depan. Johor, here i come. ^__^



Ohhh. Sangat sweet. =,=

Buat Abang dan Kakak, terima kasih sebab tak pernah boring dengar cerita saya, dengar masalah saya. Walaupun tak pernah kenal nama-nama yang sering saya ceritakan, tapi kalian mendengar seperti kalian mengenali mereka. Terima kasih sebab jaga saya yang nakal. Yang drive malam walaupun rabun. Yang macam-macam lagi lah. ^__^

Ali. Tak lama lagi dapat adik. ^__^
Love you all. Much much more. ^__^




:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.