"Hello. Hello. Hari ni kita pakai baju oren ya!"
"Tanak. Biru je."
"Oren la. Asek biru je."
"Oren menyerlah sangat. Kite tade baju oren. Biru je."
"Ok, biru. You win. As usual."
Kami bertemu di sebuah pusat membeli belah.
Janji pukul 11 pagi. Saya tunggu sehingga 12 tengahari. Tak datang juga. 1 tengahari,pun takde. Call, tiada respon.
Saya pulang. Marah. Benci. Sakit hati. Dia yang ajak berjumpa, dia yang tidak datang.
Saya tutup telefon bimbit. Cerita pada ibu, sakut hati punya kawan sepertinya. Saya begitu marah.
Tiga hari kemudian, dia menelefon. Saya tidak mahu jawab. Banyak kali dia menelefon,saya reject.
Sehingga beberapa hari kemudian, saya berjalan-jalan di pasar. Terjumpa adiknya.
"Kak, datanglah rumah. kakak saya tunggu akak datang. Dia tak dapat gerak lagi, kakinya patah."
Saya terkejut. Kenapa?
"Waktu dia nak jumpa akak hari tu, dia rush, dia terlambat sebab nak cari baju biru. Dia kemalangan motor masa dalam perjalanan jumpa akak. Kaki dia patah,mukanya calar."
Saya? Nak pengsan. T.T
Saya begitu kejam. Kerap kali ego dan tidak mahu penjelasan.
Saya menyesal. Berapa banyak saya menuduhnya sahabat yang teruk tapi rupanya dia berusaha menjaga hati saya.
Saya ziarah beliau di rumah. Beluau terlantar,mukanya calar. Wajahnya lesu.
Sehingga hari ni, masih ada parut di wajahnya. Setiap kali tengok wajah dia, saya akan kata,
"Wak,kite minta maaf parut kat dahi awak.."
Dan dia akan gelak sambil tutup parut tu. Dan duia akan kata,
"Awak akan ingat persahabatan kita kalau ingat parut di dahi saya. Takpelah.."
Sungguh, dia sangat baek.
Hari ni dapat emel dari dia yang sedang belajar di India.
"Awak,kita dah nak bertunang. Mei nanti kita kawen. Awak wajib datang. Awak,set tunang kita nanti warna biru. Sebab kita ingat awak. Sampai bila pun kita ingat awak. Terima kasih sebab awak sudi kawan dengan kita. Awak, kita sayang awak kerana Allah. Kita tak pernah lupakan awak. Nanti kita bertunang, awak kenal denfan tunang kita. Takpe,kalau tunang kita suka awak,awak kawen je dengan tunang kita,kita tak kisah. Sebab kita sayang awak sangat. Tapi awak dah ada calon jugak kan?? Haa,baik mengaku cepat. Hihi. Kita sayang awak. Jumpa nanti tau. Bai dear Husna yang comel."
Its almost a year we didnt contact at all. Dan hari ni she did email me to inform her engagement. See,she does remember me,still. And i am very great to know that. Thanks childhood friend. ;)
No comments:
Post a Comment