♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, January 09, 2013

Tips menabung. ;)

Kakak begitu cemburu bila dapat tahu duit simpanan saya untuk tahun 2012. Tidak banyak,tapi boleh dibanggakan untuk student yg hyperactive macam saya. ;)

Kakak menelefon, bertanya tips untuk menabung.

Suka juga untuk saya berkongsi. ;)

1)  Pertama, rancang bajet dalam jangka masa panjang.

Contoh, dalam satu semester, ada empat bulan. Sebulan, income dapat, dalam RM600. Tolak terus keperluan wajib seperti minyak kereta, topap dan makan, nota/bahan belajar. Aim dalam satu bulan, paling kurang wajib simpan RM100.

2) Asingkan duit simpanan dan duit belanja.

Bila dah aim nak simpan seratus ringgit, setiap 1hb,saya akan ke bank, keluarkan RM 100 dan masukkan dalam akaun Maybank. Lebih senang sebab kad debit Visa. So,in case of emercency, sangat berguna. Bila dah asingkan,psikologi kita akan membuatkan kita berbelanja dengan jumlah duit yg ada dalam akaun harian. Dari RM600,dah jadi RM500. Automatik,kita kawal belanja seharian.

3) Jangan pergi ke shopping complex/tempat jualan melainkan keperluan.

Saya cukup particular kalau bab nak hang out. Sebolehnya,hang out bukan buat window shoping. Biasanya,kita cenderong untuk beli apa yang kita lihat cantik dan lawa,walaupun tu bukan keperluan. Prinsip saya, jangan ke kedai baju, selagi tak berhajat/memerlukan baju. Saya mudah terpengaruh dengan benda cantik dan comel,fitrahlah. Maka sebab tu saya mengelak ke kedai. Jika nak cari bahan keperluan, saya akan fokus apa yg saya mahu saja. Contoh, gel mandian sudah habis. Saya akan menuju ke farmasi, capai apasaja sabun yg sesuai seperti SebaMed dan terus pulang. Memang confirm,duit tak habes banyak. ;)

4) Banyakkan memberi, jangan kedekut.

Kalau ada kutipan derma, wajibkan diri beri walau RM1. Meskipun kita sendiri mungkin tak cukup duit, tapi usahalah untuk memberi dengan kadar yg kita mampu. Amalkan bersedeqah dan memberi hadiah. Dalam linkungan kita, mungkin ada yg tidak semampu kita. Jadi,sesekali belanjalah mereka makan. Belilah buskut/roti untuk mereka. Jangan takut, duit memang berkurang, tapi kalau kita ikhlas, rezeki tu akan datang semula pada kita. Kadang kita tak sedar. Contoh, rezeki? Kita mampu berpuasa. Bila puasa, duit jimat,pahala dapat. Oh,bukan semua orang tau mampu tahan diri puasa sunnat. Itu adalah rezeki buat kita. Contoh laen? Ada orang sudi belanja kuta makan, atau ada makanan yg datang entah dari mana untuk kita. Rezeki juga boleh jadi dalam bentuk yg lebih istimewa seperti, kita ada sebatang pensel mechanical yg dibeli sejak SPM, sampai sekarang masih cantik,elok dan boleh guna. Maka,kita tak perlu beli yg baru. Itu juga rezeki. Maka, banyakkan memberi.

5) Disiplinkan diri.

Semua step di atas tak mampu kita buat andai kita tak berdisiplin. Disiplin dan mesti istiqamah. Jangan kedekut bila orang minta tolong. Banyakan pesan pada diri untuk kekal berdisiplin mengawal nafsu. Duit ni kalau ada sejuta hinggit pun tetap takkan cukup kalau kita tak mampu menahan nafsu,percayalah.

6) Jangan tinggal solat dhuha.

By hook or by crook,jangan tinggal dhuha. Ini resipi dari Allah. Dia beri waktu dhuha yg indah untuk kita khusus mohon rezeki dariNya. Maka,jangan kepaskan peluang. Dengan dhuha, semyanya jadi berkat insya Allah. ;)

Demikian saja dari saya. Menyimpan,bukan kerana sayangkan garta, cintakan dunia, tapi kerana hajat nanti mahu menziarah Baitillah dan menziarah maqam Rasulillah. Menyimpan juga perlu untuk masa depan yg cemerlang,gemilang. ;)

Menabunglah. Ia amalan mulia.

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.