♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, February 24, 2013

Kaku tangan

Assalam.

Semoga semua pembaca yang singgah kesini tidak pernah jemu melihat blog yang tidak terupdate.

Bukan sengaja tak update blog. Tapi bila tangan menyapa keyboard laptop, rasa kaku dan otak pun  beku.

Bukan tiada idea untuk menulis, bahkan penuh wishlist untuk menulis. Tapi entah apa yang membantut, saya juga tidak pasti. ;)

Samada ia terbantut, atau ia memerlukan perangsang untuk terus menulis.

Saya sendiri rasa sunyi melihat blog yang tidak terupdate. blog lain di bawah kelolaan saya juga sudah berbulan tidak saya jejak, apalagi untuk menyumbang artikel.

Kesibukan di alam kampus juga seolah-olah menjadi alasan untuk beku menulis. Berada di tahun  dua semester dua memang boleh tahan mencabar. Subjek semakin detail dan kadang-kadang saya sendiri tak faham. Lebih-lebih lagi subjek yang ada pengiraan ala-ala add math.Ia mmg membantutkan sistem motivasi saya. Oleh itu,tidak dapat tidak,saya wajib berusaha keras semester ini.

Alhamdulillah, Allah beri saya kesihatan yang baek dan rasa hati yang tenang walaupun hidup penuh dengan tanggungjawab dan komitmen. Tidak ada yang lebih baek daripada rasa tenang dan penuh kehambaan. Summa Alhamdulillah.

Terlalu banyak ya ng saya mahu kongsi,sehingga saya tiada tahu mahu menulis apa. ;)

Izinkan saya menulis di post akan datang. Post ini hnaya sekadar nak panaskan enjin. ^^

Wallahu 'alam!
:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.