♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, February 04, 2013

Bagaimana kita dan Quran.

Huffazul Quran,
Meskipun kita tidak mampu ingat keseluruhan 30 juzuk Al-Quran,
Janganlah kita tinggal untuk terus mengulang membacanya.
Biarlah kita membaca ratusan kali, ribuan kali..
Asalkan kita berusaha untuk terus memastikan Quran itu ada di hati kita.

Saya juga sering kecewa dgn prestasi hafalan. Minggu lepas sudah mengulang,lancar. Empat lima kali baca tanpa melihat mashaf, benar masyi, tanpa silap.
Tapi bila cuba diulang semula esoknya, mula tersekat.
Saya juga sering kecewa. Sehingga timbul rasa takut ingin mengulang. Takut kecewa!

Pengalaman yg paling teruk, apabila diminta mengetuai bacaan Yasin di rumah anak yatim. Tapi saya tidak mampu membaca dgn lancar, sedang sebelum ini, saya mampu.

Lantas, saya kecewa,malu, dan rasa tertekan.

Membuat saya teringat pd pesan Murabbi Quran saya,

"Husna, Quran itu milik Allah. Hafazan ini usaha kita, tapi ingat ke tidak, hak milik Allah. Berusahalah untuk terus menghafal,jangan berhenti. Kalau tetap tak masyi, takpe. Asalkan usaha keras mengulang Quran. Asalkan peribadi enti, peribadi Quran, asalkan akhlak enti, terjemahan dari Quran. Orang yg masyi Quran dibibir, belum tentu mampu berakhlak dgn Quran. Enti jangan kecewa."

Musyahadah Quran saya masih diteruskan,meskipun kerap kali mengecewakan. Ustaz yg mendengar musyahadah saya, tahu benar perangai saya yg tidak suka tewas. Tapi saya sering tewas bila mengulang Quran. Tersangat cemburu mendengar alunan Quran yg lancar,merdu,tepat dan tartil dari Ustaz.

Kemudian saya bertanya, "Ustaz macamana boleh masyi?"

Jawabnya, "Ana 25 tahun ana mengulang,sampai cair di mulut. Ana jga seperti enti,kerap kali tersungkur bila musyahadah. Tapi ana tak putus asa,ana cuba. Sehingga Allah rezekikan Quran di bibir ana. Enti baru 5 tahun bergelar huffaz. Mesti banyak lagi berusaha!"

Saya termotivasi. Murabbi sangat sabar mendidik saya yg seringkali gagal dalam musyahadah.

Murabbi juga sering bercerita, ada bekas anak muridnya, bavaan sungguh lancar dan tepat, tapi sayang, akhlaknya gagal dan peribadinya tidak cantik. Sedang Quran itu ada dibibirnya. Tapi sayang, tiada pada akhlaknya, personalitinya. Maka, seringkali saya diingatkan agar sentiasa mengimplimentasikan Quran dalam kehidupan seharian,bukan sekadar mengulang,membava dan melagukannya.

Alangkah bertuahnya andai kita tergolong dalam golingan yg mana Quran lancar dibibirnya, sebati dihatinya, dan juga diterjemah pada akhlak dan peribadinya,terserlah pada nuur diwajahnya. Allahu Allah!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Srikandi permata said...

Allahurabbi..muhasabah di sini.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.