Heningnya malam.
Suhunya dingin.
Gelapnya langit tiada bintang.
Esok,
Langit yang gelap ini,
Pasti terang benderang.
Begitulah Allah jadikan kehidupan.
Sekejap gelita,
Sekejap terang.
Sebagai hikmah buat yang bertafakur.
Usah lelah dengan ujian.
Terus berjalan dengan senyuman.
Usah takut dengan rintangan.
Harungilah ia dengan keimanan.
Usah berat dengan halangan,
Terus bekerja kerana Tuhan.
Usah gusar pada masa depan,
Adanya aku sebagai teman.
Usah gentar dengan kritikan,
Teguhkan hati dengan keyakinan,
Usah undur dengan gertakan,
Pasakkan di jiwa adanya Tuhan.
Kuatlah wahai yang sedang berjuang.
Usah berhenti melangkah.
Teruskan, jangan gusar.
Apasaja yang berlaku,
Kita ada Allah yang penyayang!
2 comments:
terus melangkah dan terus melangkah. :)
regards
SAMF
Inspired. Thanks dear. :)
Post a Comment