Sesekali kita akan rasa susah.
Berat dan lelah.
Itulah seninya orang berjuang.
Bila lelah dan berat, disitulah seninya untuk kita bangun dan bangkit semula.
Bila lelah dan berat, itulah seninya untuk terus istiqamah.
Jangan bersendirian bila rasa lemah.
Carilah motivasi dalam kehidupan.
Bersamalah yang soleh agar kita tabah.
Jangan rasa sendirian dalam perjuangan.
Aku tidak mahu mengalah.
Meskipun banyak mehnah,
Aku mahu tetap gagah.
Tiada istilah menyerah.
Aku mahu kuat.
Juga buat orang sekelilingku kuat.
Orang yang menyayangiku juga kuat.
Orang yang disayangi juga kuat.
Aku mahu tabah.
Agar mereka disisiku juga terus tabah.
Berjuang tiada istilah terbuang!
Ujian melanda kita.
Ia mahu menguji kita dengan rehat.
Sedang orang lain sedang aktif berjuang.
Ia mahu menguji iman kita.
Bertabahlah yang beriman.
Teruskan berjuang jangan ketinggalan.
Saat ramai yang bekerja habis habisan untuk Islam,
Jangan kita memilih untuk berehat.
No comments:
Post a Comment