♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, April 08, 2013

Suka biru, hati tetap pilih hijau.

Jumaat lepas, kami buat meeting marathon untuk CAMPRO, yang bakal bermula Khamis ni. As one of the board manager, memang tragis memulakan meeting seawal jam 8 mlm dan ditutup pada pukul 12.30 pagi. ;)

Untuk memastikan perjalanan program berjalan dengan baek, saya bersama Akif Ibrahim dan Darwish Abd Aziz cuba untuk beri yang terbaek. Dibantu semua komiti yang hebat. CAMPRO adalah event besar untuk semester ni di UIA Kuantan.

Saya kepenatan. Nasi yang dibeli di pasar pun belum sempat di makan. Balik bilik, ternampak satu kotak di locker.

"Eh apakah.."

Perlahan saya buka, ada sehelai sejadah kecil dan sehelai tshirt. Keduanya berwarna biru terang. Saya suka. Sangat suka dan teruja.

Saya suka sejadah kecil. Kemana-mana saya bawa bersama. Senang dan selesa guna sejadah sendiri. Lagipun, pesan Ustazuna, "Seeloknya untuk khusyuk dalam solat,kita sediakan satu pakaian yang mana kita guna khusus untuk solat."

Kalau berada di luar,sejadah kecil inilah peneman saya. Sudah lama saya cari yang berwarna biru. Tp sayang,tiada bertemu. Rupanya ada orang nak hadiahkan untuk saya. Terujanya! Terima kasih awak. ;)

Letih yang mendera jasad terbang hilang. Terlalu gembira dengan pemberian. Terima kasih sangat kepada yang sudi hadiahkan. Hanya Allah yg mampu membalasnya.

Saya sukakan warna biru. Hampir semua barang saya berwarna biru. Keluarga pun tahu benar saya sukakan biru. Kadang-kadang Abang menyampah bila semua barang saya berwarna biru. Dia pernah hadiahkan saya telekung sembahyang berwarna pink. Heh,memang saya tak pakai. Saya wakafkan di bilik tamu di rumah. Ehhe. Kira dapat pahala juga. ;)

Heh,kan best dapat telekung sembahyang warna biru. ;)

Banyak barang warna biru tak bermakna hati saya sukakan biru. Eh,memang saya suka warna biru. Tapi hijau tetap cantik dan menawan.

Buat yang memberi hadiah,
Gembiranya saya tiada terkata.
Moga rahmat Allah bersama anda sentiasa. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.