Langit hitam dan pekat.
Di tepi tingkap aku bertrleku.
Sesekali mengira bintang yang cahayanya malap.
Suram hitam dan sungguh kelam.
Seperti hatiku sekarang.
Aku renung jalan raya.
Masih ada kereta kehulu-kehilir.
Aku dengar cerita manifesto UMNO.
Katanya harga kereta akan direndahkan berperingkat.
Aku geleng kepala.
Kenapa tiru manifesto PR?
Aku lihat lampu jalan.
Cahayanya terang.
Ada serangga ligat berterbangan.
Aku teringat manifesto PR.
Tarif elektrik akan dikurangkan.
Aku terbayang wajah riang emak.
Tentu hatinya girang.
Andai bil elektrik yang beratus menjadi kurang.
Aku renung lopak air selepas hujan.
Airnya keruh.
Aku teringat toilet yang tiada air.
Lantainya kering baunya hapak.
Seminggu sudah kami merana.
Kenapa masalah ini melanda?
Apa puncanya?
Dimana notisnya?
Aku geleng kepala.
Aku teraniaya.
Negeri lain yang dituduh tiada air.
Tapi aku di Pahang seperti hidup di zaman purba.
Aku lihat telefon bimbit.
Teringat rebat 200 ringgit.
Hati teringin telefon pintar.
Tapi hajat itu aku lupakan.
Kos hidup sebagai pelajar juga tinggi.
Minyak petrol saja sudah beratus ringgit sebulan.
Aku teringat manifesto PR.
Turunkan harga RON 95 antara janjinya.
Aku lihat gambar keluarga.
Terasa ingin bermusafir bertemu mereka.
Ke Johor atau Seremban teringin saja.
Tapi bila teringat tol aku sakit kepala.
Bila tol akan dimansuhkan?
Aku mahu tunggu PR memerintah!
Aku fikir masa depan.
Bila sudah bersuami dan beranak pinak.
Apakah kos hidup seperti sekarang?
Terpaksalah kami suami isteri bekerja siang malam.
Andai kos hidup boleh dikurangkan,
Dapatlah kami suami isteri berkasih sayang,
Mendidik anak penuh ketaqwaan.
Aku sudah penat hidup di Malaysia.
Hasil mahsul bumi banyak tapi entah kemana.
Yang kaya tetap kaya.
Yang miskin kekal miskin.
Aku mahu ubah.
PAS menuju Putrajaya!
Aku sudah penat.
Aku juga meluat.
Dengan kerajaan BN yang makan duit rakyat.
No comments:
Post a Comment