♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, April 07, 2013

Renung pagi

Pagi ini,
Udaranya nyaman.
Langit cerah.
5 pagi,
Aku melangkah ke masjid.
Hari ini paling teruk masalah air.
Ia berlarutan lebih 24 jam.

Sahabat aku yang ada exam hari ini,
Semua singsing lengan.
Hati panas macam api.
Ambil baldi dan cuma gosok gigi.
Pergi exam tanpa mandi.
Perfume habis setengah botol pagi ni.

Sahabat aku sorang lagi,
Dia lupa tadah air.
Terpaksa gosok gigi dan berwudhuk,
Guna air mineral dari kiosk.
Mahal harga wudhuknya harinya.
Berjumlah hampir 3 ringgit.
Baru dia tahu,
Berharganya nilai sebuah wudhuk.
Barulah dia menghargai,
Untuk menjaga wudhuk sampai ke waktu dhuha.

Aku lihat langit,
Aku teringat kampung halaman.
Aku terbayang,
Kalo di rumah,
Aku tidak pernah begini.
Hari-hari aku mandi.
Air laju macam waterfall.
Sejuk mengalah air dari bukit.

Qku lihat langit,
Aku tahu ini ujian.
Buat penduduk Pahang.
Terutama Kuantan.
Tapi kenapa bukan Pekan?
Sebab Kuantan ada Lynas.
Lynas tak bahaya.
Ia cuma perlu bekalan air yang sangat maksima.
Heh,sarkastik!

Jiwa mula ini menggelegak.
Aku mahu tahu bila tarikh buang undi.
Aku sudah tidak mampu tunggu lagi.
Aku yakin ini kalilah.
Aku yakin,
Beri peluang PR buktikan.
Aku yakin,
Beri peluang PAS ke Putrajaya!

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.