Hari Isnin yang membahagiakan. Saya hirup udara segar pagi Isnin dengan penuh damai. Setelah dua hari bermalam di bumi jengka,penuh pengalaman berharga dalam bergerak kerja. Alhamdulillah.
Saya kerap kali ditanya sahabat-sahabat. Bagaimana mendapat sokongan ibu ayah dan keluarga bila bergerak aktif di kampus dan luar kampus. Alhamdulillah, sehingga hari ini, mendapat sokongan penuh family untuk aktif. ;)
Family saya bukan family orang berjuang. Family saya biasa saja. Islamic-based,alhamdulillah.
Petuanya begini, sebagai anak,haruslah berusaha keras mengambil hati ibu ayah dengan akhlak yang baek. Oh ya,saya bukan baek sangat akhlaknya, tapi 'melakonkan' watak yang baek adalah pengorbanan yang paling best untuk memenangi hati mereka
.
Balik ke rumah apabila cuti, tunjukkan pada ibu ayah,kita tak tinggal Qiam. Pagi-pagi lagi bangun untuk Qiam dan tartil Quran. Confirm Ibu Ayah sejuk hati. Tak percaya? Try buat. Takpe,mula-mula berlakon,lama-lama akan jadi habit yang ikhlas. Tanak percaya? Cuba buat. Mula-mula memang payah nak bangun seawal 5 pagi, tapi percayalah kata saya,it worth to try. ;)
Nanti kalo dah terbiasa, hari-hari mampu bangun Qiam. Seronok tu. ;)
Bila Ibu Ayah nak makan,kita usahakan. Saya tak reti memasak. Ahha, sebab jarang sangat memasak kat rumah. Ayah saya memang bermaharajalela di dapur, jadi susah saya nak masak. Ok,ini alasan. ;)
Tapi kadang-kadang bila Ayah Ibu penat balik bekerja, berusahalah untuk memasak. Siap tengok dalam internet,telefon kakak segala bagai nak prepare lunch untuk parents. Confirm balik kerja penat-penat, tengok lunch tersedia dengan penuh istimewa, confirm ibu ayah sejuk hati. ;)
Tapi part masak ni saya jarang sangat buat. Sebab tak reti. Ahha. So, untuk menggantikannya saya buat agar-agar atau puding. Buat sokmo,sampai tak putus bekalan pencuci mulut dalam peti ais. Bila ayah balik kerja, ayah makan. Seronok kot rasa hati. Tipsnya buat agar-agar yang sedap dan best. Hoh, nanti sampai kita balik rumah je, mesti ayah cakap, "Kak, Ba dah beli tu serbuk agat-agar kalo kakak nak buat puding ke.. Ada dalam drawer tu."
Tak pandai masak,kena belajar. Jangan asyik masak kuih je. *pesanan untuk diri sendiri. Heehee.
Next, tip kat rumah dah ok. Tip bila berada di universiti pula.
Ibu ayah ni dia sebenarnya risau pada kita. Risau dengan akademik kita bila kita terlalu sibuk dengan program dan meeting. Logik untuk mereka risaukan? ;)
Kalo di universiti, saya selalu raih kepercayaan ibu ayah. By hook or by crook. Nak kemana pun,saya akan inform. Sebelum inform, nak call tu, baca doa dulu. Ya Latiff 10x,supaya Ibu Ayah lembut hati dengan kita. Hatta nak ke Kuantan Parade pun saya inform,supaya ibu ayah tahu saya mengutamakan mereka.Ni tips ambil hati paling best. Kita buat parent rasa kita menghargai mereka.
Supaya ibu ayah tak rasa kita sibuk hingga kita abaikan mereka. Kita berjuang kesana kemari,sampai kita lupa nak call mereka. Tu yang buat ibu ayah makan hati. ;)
Next tip, kita sebagai anak yang faham tuntutan perjuangan dan tuntutan akademik serta tuntutan sebagai individu muslim (selagi mana belum kawen,da kawen nanti tuntutan sebagai baitul muslim pulak), mesti bijak membahagikan masa dan sentiasa menghargai dan mengisi masa dengan perkara yang baek.
Belajar, berjuang, bertaqarrub mesti seimbang. Confirm Ibu Ayah senang hati bila call,
"kat mana tu?"
Jawapan kita,
"Kat tempat program. Ada ceramah."
"Kat masjid. Solat maghrib isyak. Lepas ni ada meeting....."
"Kat library. Study... Malam nanti ada proram..."
Ibu Ayah confirm senang hati. Mana tidak, bila tahu anaknya seimbang hidup, tersusun perjalanan hidup, bijak atur masa, tentu mereka senang hati. ;)
Cubalah buat. Saya yakin, ibu ayah pasti lembut hati. Tahu anaknya berusaha memenuhi tuntutan akademik,tuntutan perjuangan dan tuntutan indivudu muslim dengan baek. Tentu tade masalah nak sibuk dengan meeting atau aktif ke program kesitu kemari.Kadang-kadang, waktu kita malas ke meeting, mereka pula yang bagi semangat. Ok, ini memang pernah berlaku. ^^
Yang penting, akademik kena score. Mesti selalu buat sehabis baek dalam akademik. Saya suka cerita tentang akademik pada Ibu. Bila buat presentation, dapat pujian dari lecturer, tentu saya akan kongsi dengan Ibu. Supaya dia tahu, anak dia tak main-main menuntut ilmu. Bagaimana kita berusaha sehabes baek memenuhi tuntutan perjuangan, begitulah kita berusaha memenuhi tuntutan akademik kita. Confirm ibu ayah gembira. ;)
Tapi selalu juga berkongsi perkara yang mendukacitakan di medan akademik. Contoh, keputusan midsem tak memberangsangkan. Bagitahu Ibu awal-awal supaya bila keluar result final exam mereka tak terkejut. Ehhe. Saya selalu cerita juga kelemahan saya di medan akademik. Yelah, bukan selalu jadi scorer. Dan bukan semua subjek mampu untuk jadi scorer. Tapi kalau kita dah selalu bercerita, Ibu kadang-kadang tak kisah pun pointer kita tak dapat 4.0. Asalkan kita jadi muslim yang cemerlang dunia akhirat. Kalau kita tak jadi muslim yang cemerlang, akademik pun tunggang langgang, memang kena marah. Memang Ibu Ayah asyik nak mengamuk. ;)
Senangkanlah hati mereka. Jangan buarkan mereka gelisah dengan kita. Redhanya ibu ayah dalam kehidupan kita sangat besar hikmahnya. Semua urusan kita dipermudah,rezeki kita juga penuh barakah, hidup kita juga sangat terang dan cerah.
Dalam sibuk hidup di universiti, ambillah masa setiap gati untuk hiburkan hati mereka. Saya kalau terlalu busy sehingga tidak dapat call, saya sms pada Ibu,
"Sibuknyaaa hari ni. Rindu Bu. Doakan kakak ye!"
At least, Ibu tahu,kita rindu Ibu walaupun tak sempat nak call. Percayalah,ada hari memang betul tak sempat nak call. Hoho.
Jangan sesekali abaikan Ibu Ayah sesibukmanapun kita. Berusahalah jaga hati mereka sementara mereka masih hidup di dunia. Benarlah, di akhirat nanti, anak soleh saham buat ibu ayah.
Saya tidak cukup solehah. Masih banyak perlu diperbaiki. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri. Dan setakat hari ini, sokongan family tiada berbelah bagi. Kecuali, bila sakit, itu tiada toleransi. Biasanya kalo sakit, ibu ayah memang susah hati. Saya memahami kerisauan mereka. Sebab tu kena berusaha jaga kesihatan. Ye,berusaha dengan gigih! ;)
Rasanya itu saja coretan saya. Rindu pula pada Ibu Ayah bila bercerita tentang mereka. Uhukk. Taksabaq nak balik hujung minggu nanti. ;)
Selamat berusaha menjadi anak soleh/solehah,semua dan termasuk diri sendiri.
Oh ya, jangan lupa doakan sokmo buat ibu ayah kita. Seminggu sekali, solatlah hajat khusus untuk mereka,at least. Supaya Allah jaga mereka,lapangkan hati mereka,beri kedihatan buat mereka dan berkati umur mereka. Insya Allah,dengan doa dan solat hajat, hati kita dan ibu ayah akan lebih dekat dan terikat denfan tali Allah. Allah yang menjaga hati manusia dan Dialah yang berupaya mendamaikan dan mengikat hati sekalian makhluk. Maka, jangan tinggal doa. Saban masa dan waktu!Sekian, sehingga bertemu lagi. Di bawah payung rahmat ilahi, insya Allah!
Published with Blogger-droid v2.0.10
3 comments:
Hem, memang anak solehah. :)
Cik da ingat lagi masa g resort ada familyday. Masa tu cik da beratur panjnag nak amik makanan. Tengok mak ngah tak beratur pun. Cik da tanya, bakpo mak ngah tak beratur?
mak ngah kata, husna yang tolong beratur amik makanan.
terharu cik da. isk22....
Haha. Lucu la cik da ni. ;)
nice sharing. Mesti akk buat canni kan.. Hebatnya akak. Kagum saya...
Post a Comment