Kelas cancel. Ohh. Kenapa kelas cancel? Stresssss. Ok,tipu. Of course semua orang gembira. Tapi tak juga, sebab kena ganti kelas juga nanti. Roomate bila tahu kelas cancel, terus beli tiket balik kampung. Saya? Tanak. Tanak. Nak habiskan waktu yang berharga sebelum PRU13 dengan best kat bumi Kuantan. ;)
Petang Jumaat saya mengikuti rombongan ustazah Zuriyati. Saya temankan beliau saja. Tiba-tiba beliau minta saya beri tazkirah. Oh Allah! ;)
Rumah kedua tu, tetiba rasa tak nak berhenti pulak bercakap. As usual. Ehhe. ;) Nasib baek dah lewat petang, kalau tak saya akan terus dan terus bercakap. ;)
Waktu ikut rombongan veteran ni, saya selalu terfikir, lepas ni, bila dah graduate, dah kawen dan ada anak, ini juga kah aktiviti saya? Turun bertemu masyarakat. Bercerita tentang Islam, tentang dunia, tentang negara. Indahnya kalau begini. Betullah kata sahabat saya, muslimat ni memang perlu turun ke lapangan.
Saya banyak berfikir dan berimaginasi. Stendetlah. ;)
Saya bertanya pada Zaleha,
"One day, kalau kita bergerak di kawasan macam makcik-makcik ni, suami kita tak kisah ke? Dia buat apa eh kat rumah?"
Zaleha Zahari gelakkan saya. Soalan budak kecik pun takde macam ni. ;)
Tapi betul apa soalan saya. Logik kot. ;)
Dia jawab, "Jaga anak kot kak Husna!"
Hahh, lucu!
Kemudian dia sambung,
"Suami ktia pun bekerja juga, berjuang juga, turun kawasan juga, bertemu masyarakat juga."
Saya senyum. Dalam hati kata, harap-harapnya. Semoga Allah makbulkan harapan tersebut. ;)
Yang paling best, dapat makan free. Stendet student, dapat makan free memang best. Asal free,semua best. Kos hidup tinggi kot sekarang ni. ;)
Nak beli henset baru pun fikir 23 kali. ;)
Makan sampai rasa macam, "Allah, ni dah kira berdosa dah ni kalo makan lagi."
See, kenyang kottt.
Alhamdulillah, Jumaat yang begitu bermakna. Bermula Zohor, sampai Maghrib kami mendekati masyarakat. Gembira sebab dapat pengalaman yang tak pernah dapat dan beri pengalaman yang sangat berharga dalam medan dakwah. Alfu syukr. Kami solat Maghrib di Masjid Afzan, masjid kegemaran saya. ;)
Dek terlalu penat, antara Maghrib- Isyak saya tertidur. Rugi, tak dapat habiskan masa dalam masjid sebaek mungkin. Tapi sebab memang tak tahan sangat nak collapse. ;)
Sabtu yang awesome.
20 April 2013
Merupakan tarikh penamaan calon.
Pagi-pagi lagi bangun. Semangat. ;)
Iron baju hijau, tudung hijau. Sebab nak masuk crowd hijau. Jeng jeng jeng!
Lepas iron baju, sempat habehkan setengah juzuk Quran sementara menunggu orang-orang yang lambat. Haaa. Dulu rasa tension bila menunggu, lepas dapat nasihat Ibu, suruh baca Quran sementara tunggu orang, rasa untung pula. Sebab awak lambat, saya dapat habiskan Quran. ;)
Tapi awak lambat, awak tetap kena jawab dengan Tuhan. Ahha. Psiko tak? ;)
Kami sarapan dulu. Typical Malay. Kena sarapan,kalau tak lembik. Ehhe.
Lepas sarapan di PakLah kami gerak ke ShahPutra. Ramai kot orang. Allah mudahkan urusan parking. :)
Dan Allah mudahkan lagi, walau sampai lambat, tetap dapat masuk crowd, depan skali pulak tuh. ;)
Crowd hijau. ;)
Pengalaman baru yang sangat best.
Lepas habis penamaan calon, saya bergerak ke Teluk Cempedak. ;)
Buku jalanan! |
Persiapan untuk solat Maghrib berjemaah. Bukan selalu bole solat di tepi pantai. Oh,what a memorable moment with Malaysian! |
sticker |
Sekarang, LIVE di TC, forum Anak Muda Sayang Malaysia. Faiz, Asyrafuddin, Alyaa Zahraa dan Najibah Kazmin berpencak di dataran bermoderatorkan Syukri Aminuddin. Mari mari! |
Sebagai orang y ang bertanggungjawab, kenalah hadir. Hadir bukan sebab terpaksa, tapi memang dah expect program ni sure best. ;)
Alhamdulillah. Street dakwah berjalan dengan begitu baek dan lancar. Banyak benda yang best nak kongsi, tapi library ni dah bunyi loceng tanda nak tutup dah. Alaa, bosannya. ;(
Oklah, sehingga bertemu kembali. ;)
No comments:
Post a Comment