♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Wednesday, May 29, 2013

Cinta arus moden.

Zaman kian berubah.
Kata Ibu,
Jika datuknya masih hidup,
Boleh jadi tidak mampu untuk hidup.
Terlalu banyak perubahan.

Zaman makin berubah.
Dulu wanita hanya dirumah.
Kini wanita tampil gagah.
Dulu wanita sentiasa ditatang,
Kini ada wanita dilayan bagai binatang.

Zaman makin berubah.
Dulu public phone kemudahan penting,
Kini telefon di poket masing-masing.
Dulu bas jadi pengangkutan utama,
Kini kunci kereta milik semua.

Zaman boleh berubah.
Tapi fatrah dan syariat jangan cuba diubah.

Zaman boleh berubah.
Tapi matlamat tetap tidak menghalalkan cara.

Aku tengok pemuda hari ini.
Begitu mudah melafaz cinta.
Meski hanya beberapa kali berjumpa.

Aku malu.
Ada lelaki hari ini,
Sudah beristeri,
Tapi masih mengharap cinta gadis.

Aku malu.
Aku tengok pemudi hari ini,
Begitu mudah terpedaya,
Dibeli janji manis dan cinta.

Aku lihat pemudi hari ini,
Mudah diekspoitasi setiap masa,
Hingga maruah diri hilang diperkosa.

Aku semakin takut dengan dunia hari ini.
Laman sosial jadi tempat meluah cinta.
Aku kurang mengerti,
Tahukah mereka apa itu cinta?
Cinta itu eksklusif dan istimewa.
Bukan untuk dilafaz semudah rasa.

Aku mula mengerti kebimbangan orang tua.
Aku mula faham erti risau ibu bapa.
Saban malam menelefon bertanya,
Bimbang anak daranya terpesona,
Dengan nikmat dunia yang fatamorgana.

Aku mula mengerti,
Kenapa ibu ayah zaman ini,
Mahu anak gadisnya kawen muda.
Kerana mereka pening kepala,
Menjaga anak gadis di dunia mencabar.

Kini,
Dimana-mana ada cabaran,
Bekalannya iman.
Perisainya taqwa.
Senjatanya doa.
Ubatnya tawakal.

Aku mahu menasihati,
Buat pemuda yang aku kagumi,
Ilmu kalian penuh di dada,
Amal kalian munggunung tinggi,

Tapi,
Meluahkan rasa itu ada caranya.
Bukan semberono menyatakan cinta.
Hormatilah aku seorang muslimah.
Aku punya ibu bapa yang menjaga.
Aku punya keluarga yang menyayangi.

Andai benar rasa itu rasa yang datang dari hati,
Gunalah cara terhormat meluahkan perasaan saudara.
Mudah saja permintaan para pemudi.
Berjumpalah wali.
Tidak perlu bawa emas selori.
Tidak perlu bawa duit beribu,
Cukuplah niat yang ikhlas,
Serta iman sebagai bekalan,
Ilmu sebagai panduan,
Adab dan akhlak yang menghiaskan.

Aku risau.
Zaman ini aku sudah pening kepala.
Aku mula terbayang zaman aku menjadi ibu bapa.
Apakah sukarnya menjaga anak teruna dan dara.
Melainkan aku berusaha gigih sedaya upaya,
Melengkapkan mereka dengan didikan agama,
Dengan bantuan Encik Suami yang terchenta.

Aku risau dan pening kepala.
Andai coretan ini dirasakan berbisa,
Aku mohon maaf dari hati dan jiwa,
Mohon tidak disimpan rasa kecewa,
Teguran ini untuk semua,
Ambillah iktibar yang mana berguna.
Bukan menembak menjatuhkan nama,
Tapi aku cuba berhemah menutur bicara,
Agar tidak menghiris perasaan sesiapa,
Aku mahu menegur penuh mulia,
Tiada niat mengundang hina.

Semoga yang membaca,
Mengambil pengajaran.
Semoga yang menulis,
Sentiasa istiqamah mempertahankan prinsipnya.

Wallahua'lam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.