♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 31, 2013

Walimatul urus.


8/6 -  Ahmad Syahid Ibrahim (Welfare SRC 2012/2013) &Sarah Zarawi (Terengganu)

15/6 - Hamidah & Hasimi (Terengganu)

22/6 - Kak Shahibul Afzan Wahab & Ustaz Fahmi C Nordin (Terengganu)

28/6 - Fauhatuzzahroh (VP Mahallah Tabari) & Adli Asyraf (Penang)

Ramainya orang Terengganu nak kawen.

Insya Allah,jika berkelapangan, akan cuba memenuhi semua jemputan.

Saya call rumah, Ayah yang jawab. Jarang bercakap telefon dengan Ayah.

"Kakak nak gi wedding kat Terengganu. Kawan kawen. Lepas exam,on the way balik Klate, kakak singgah deh?"

"Terengganu? Kakak ok ke drive lama-lama? Risaulah. Berhenti rehat dulu la mana-mana. Rumah mertua ke.."

"Mertua? Mertua sapa?" rasanya takde pula kakak abang kawen dengan orang Terengganu. Johor dan Seremban je.

"Mertua yang kawen tu la. Hahaha" Tetiba Ayah gelak.

"Ada pulak.. Pastu nanti 15/6, ada wedding gak kat Terengganu. Kakak nak gi jugak eh on the way gi posting nanti."

"Terengganu lagi? Pergilah kakak. Ramainya kawan kakak kawen. Nanti waktu kakak kawen tade sape mai."

"Bakpe pulok?"

"Yelah,semua orang dah kawen. Kakak lambat sangat kawennya."

"Haa? Ba ni da mengigau ke?"

Ayah gelak dan bagi telefon pada Ibu.

"Apo kono eh jang ayah ekau?" tanya saya pada Ibu, bercanda cakap nogori konon. ;)

"Semalam la tu pergi wedding Nabila (sedara yang sama umur dengan saya). Semua dok tanya dia bila nak kenduri. Dalam kereta sibuk dok tanya kakak."

Gelak guling-guling.

Ingatkan anak dia je ada rasa tercabar. Golongan ayah-ayah pun tercabar juga eh? Saya cerita kat kakak abang, semua gelak, tak pasti guling-guling ke tak. ;)

"Hah,exam macamana?" tanya Ibu,mematikan lamunan berangan puteri bongsunya.

"Haa, ok ok. Tapi susah jugak. Entahlah.."

"Em, Nabila datang rumah dengan suami dia sekejap lagi. Kakak tak nak kirim salam ke? Kot dapat berkat sekali."

"Haa,kirimlah salam. Dengan lafaz Assalamualaikum. Lama tak jumpa Nabila. Nanti raya Ibu jemput dia datang rumah kita tau."

Itu baru sedara jauh yang sebaya kawen, mak ayah dah tak senang duduk fikir anak dara dia. Habehlah anak dara dia tak laku, tu kot yang depa fikir bila semua orang tanya. Haha. Bulan Ogos nanti sepupu yang rapat yang sebaya,sekelas pula kawen. Tasabaq nak tengok Ibu Ayah react. Kadang-kadang lucu. ;)

Buat semua bakal pengantin, tahniah dan selamat saya ucapkan.

Selamat bercinta sampai syurga! <3

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.