♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Monday, May 20, 2013

Pengalaman : Hidup ini untuk memberi.

Seminggu dua ini, saya kurang sehat. Banyak ambil masa untuk rehat, diminta elakkan membuat kerja berat. Ssya redha dan pasrah. Saban semester, setiap kali nak exam,ujian sakitlah yang selalu mendominasi. Saya yakin ia kafarah dosa. Sedang saya belek diari 2012, bulan lima juga menyaksikan tragedi saya warded dan berulang alik ke hospital. Saya cerita pada Ibu, Ibu ketawa.

"Tahun depan kakak tak sakit dah,insya Allah"

Saya aminkan doa Ibu, penuh harap.

Sakit tak menghalang saya berfemilidei bersama yang tersayang. Berkali ditegah Ibu, jangan join, nanti makin sakit. Saya memujuk,

"Tahun lepas pun kakak tak join sebab kakak warded. Tahun ni kakak nak join. Takut tahun depan kakak dah mati!"

Ibu berat hati, tapi akhirnya Ibu izinkan. Alhamdulillah. Saya berfemilidei dengan happy!

Saya banyak rehat,memandangkan study week tiada kelas atau kuliah. Tengok nota,menangis. Sebab tak mampu baca. Arcoxia pun tak mampu membuat saya senang, apatah lagi celebrex yang langsung sudah tidak memberi kesan.

Petang tadi, saya dapat berita ada seorang kenalan warded di HTAA. Panjang kisahnya.

Saya gagahkan diri ke HTAA. Mencari wad Dahlia. Jauh dihujung jalan,tersembunyi penuh tenang.

Wad psikiatrik dan mental, saya langkah perlahan. Dihujani rasa bersalah yang teramat kerana tak mampu memberi khidmat. Saya benar-benar tak mampu.

Zikir fatimah tiada henti saya alunkan. Kuatlah diri,hindari rasa bersalah. Yakinlah ini percaturan Tuhan. Sebelum ke ward, saya sempat menelefon Ibu. Memaklumkan kisah dan mohon kebenaran untuk keluar. Saya juga cerita rasa bersalah yang hinggap dijiwa. Juga kata-kata belakang orang sekeliling yang sampai ditelinga. Ibu tenang,

"Mitak dengan Allah, Allah akan beri penyelesaian terbaek. Pergilah ziarah dia. Kakak tolong orang, Allah angkat sakit kakak,insya Allah. Ikhlaslah Kakak!"

Saya bertuah, ada seorang Ibu yang cukup optimis dan slalu beri motivasi. Saya bertuah, ada Ibu yang memahami dan sangat mengerti.

Sampai di pintu wad mental, saya terkesima. Melihat orang sekeliling. Saya masuk bertemu orang yang ingin saya jumpa. Dia memeluk saya,erat, dengan linangan air mata.

Saya kaku. Lagi kaku, bilamana tiada henti dia mengucapkan terimakaseh buat saya. Saya tidak buat apa-apa. Malah,saya yang sepatutnya minta maaf kerana mengabaikan hak muslim ke atas muslim. Saya kata padanya, "Minta maaf atas keterbatasan saya.". Namun dia tiada henti mengucap terima kaseh bersama deras air mata.

Selesai urusan, azan Maghrib berkumandang. Perut juga minta diisi,sudah terlewat jadual makan malam. Ehhe.

Saya minta diri. Dia kata, "Nak balik dah? Sekejapnya datang."

Saya tahu hatinya resah. Jiwanya gelisah. Tiada tega saya meninggalkannya sendiri, di wad itu, meskipun kami bukan kawan yang rapat. Saya juga rasa ingin basah dengan air mata, tapi jiwa kental memaksa agar bertahan dan bertahan juga!

Akhirnya, saya pegang bahunya. Saya usap perlahan. Saya renung matanya dan berkata,

"Tahu tak kisah Nabi yang ditelan ikan Nun? Dia susah hati, keluh kesah berada dalam perut ikan Nun. Dan dia tak henti mohon ampun pada Allah dengan doa. Akhirnya Allah keluarkannya dari perut ikan tersebut. Bacalah doa itu, Allah pasti memberimu jalan keluar disetiap masalah."

Saya ajar dan minta dia tasmik doa taubat itu. Dia tasmik,dengan air mata.

"Sepanjang malam,jangan henti baca doa ni. Allah ada. Allah ada."

Akhirnya dia memeluk saya dan menangis laju. Saya seperti biasa,kaku.

Saya leraikan pelukannya dan meminta diri. Maghrib pendek saja waktunya,bimbang solat dihujung waktu. Malu pada Allah apabila dihitung kelak.

Saya berjalan perlahan. Menuju surau dietetik HTAA. Untuk Maghrib. Pelbagai rasa mendatang. Semuanya saya kembalikan pada Allah. Saya mahu yakin ini percaturan Allah. Bukan saya tidak mahu membantu, tapi kudrat saya benar benar terbatas!

Saya ingat pesan Murabbi, "Erti hidup pada memberi. Memberilah sehingga kamu rasa kamu fakir dan tidak punya apa-apa. Saat itu, apa yang boleh kamu beri adalah peringatan kepada manusia agar ingat pada Allah."

Saya tidak punya harta yang banyak. Saya masih pelajar dan tuntutan hidup saya sendiri memerlukan belanja yang tinggi. Lebih lagi setelah BN kembali dipilih rakyat. Maka, apa yang saya mampu beri, cuma peringatan buat manusia, agar ingat kepada Allah.

Semoga peringatan itu bermanfaat.

Pulang dari wad Dahlia, saya terus menuju ke IM2. Menyantap dinner meskipun terlewat. Hari yang penuh dengan muhasabah. Buat yang mahu mengambil ibrah.

Sungguh, hidup ini terlalu indah. Buat yang mahu melaluinya dengan fitrah. Fitrah manusia adalah bertuhankan Allah.

Terima kaseh Allah,atas nikmat yang besar ini. Mana tidaknya, saya sendiri yang lemah tiada kudrat, tapi Allah pinjamkan sedikit kekuatan untuk melawat orang sakit. Tiada lagi nikmat yang boleh kita dustakan. Saya sebak.

Telefon bimbit tiada henti berbunyi. Panggilan dari abang dan kakak saya biarkan tidak berjawab. Saya sedang merajuk penuh hemat. Ahha. Bukan selalu merajuk dengan abang kakak. Sekarang baru tahu kasih sayang mereka buat saya bertingkat-tingkat. ;)

Tapi tetap saya biarkan panggilan tidak berjawab. Sekadar sms makluman,

"Merajuk. Esok baru nak bercakap. Ok,bai."

Alhamdulillah,nikmat kaseh sayang yang penuh rahmat. Terima kaseh Allah dan semua yang menjadi watak. Insya Allah,hidup ini untuk Allah! ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

7 comments:

lin said...

Kak Husna memang sangat baik. Saya selalu terinspirasi dgn akak. Akak, semoga Allah mudahkan urusan akak,kekalkan senyuman akak dan makbulkan hajat akak. Sebab akak terlalu baik. Saya berharap dan yakin, Allah takkan kecewakan akak.

Anonymous said...

Hebat enti. Bertuah si dia..

NJihe.am said...

Salam akak. Semog Allah permudahkan urusan akak. Amin~

Anonymous said...

Deebak Husnabaek!

Gua kagum sokmo dgn luuuu... Hehe

husnataqwa said...

Terimakaseh doanya,semua. ;)

senioritas said...

Peringatang yg bagus ust hanzalah....

senioritas said...

si dia,tak tahan....

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.