Dalam kelas parenting, ada seorang pelajar bertanya,
"Dr, mana lagi bagus, surirumah atau wanita berkerjaya?"
Soalannya mendapat sokongan ramai. Bunyi 'ooooo' dari orang sekeliling membuktikan soalan itu hot.
Dr bertanya pada pelajar lelaki,
"You all nak isteri housewife atau bekerja?"
Seperti berpakat, sehati sejiwa dengan kekuatan suara yang agak mantap, mereka seia sekata menjawab,
"Housewife!"
Saya menggeleng kepala. Bukan tidak bersetuju dengan jawapan itu, tapi terhibur dengan gelagak kaum Adam yang menjawab dengan jawapan yang tidak berfikir panjang.
Saya termenung. Fikiran saya melayang pada suasana tahun lalu, apabila abang minta kebenaran untuk kahwin.
Abang kata, isterinya bekerja, tapi selepas kawen dan dapat anak, dia mahu isteri berhenti bekerja. Ibu senyum, Ayah fokus mendengar perancangan anaknya.
Saya dengar Ibu berpesan,
"Awak nanti jadi nakhoda keluarga. Kena tahu nak bawa keluarga macamana. Tentang surirumah ke kerja ke, bawalah berbincang dengan tunang awak. Tanya juga bakal mertua, minta pendapat mereka, terangkan pada mereka. Ibu Ayah yakin awak tahu buat keputusan."
Kemudian Ibu sambung,
"Wanita yang jadi isteri awak tu pinjaman dari Allah. Awak jangan lupa diri pula. Kena pastikan isteri menyumbang di jalan Allah. Takkisah bekerja atau tidak,bukan persoalannya."
Saya mendengar penuh tekun. Saya suka pendapat Ibu Ayah. Mereka jarang benar mengongkong anak-anak. Selalunya kami diberi kebebasan untuk membuat keputusan setelah meminta pendapat mereka.
Saya tersedar dari lamunan. Dr masih khusyuk berdiri dan bercerita di depan.
"Actually, depends on individu. Setengah orang, surirumah pun tapi kalo tak mampu manage rumah tangga dengan baek,sama saja. Bekerjaya, tapi kalau mampu manage rumah tangga tip top, itu sempurna."
Saya membayangkan andai saya seorang surirumah.
Bangun pagi memasak untuk sarapan suami. Iron baju, sediakan kelengkapannya. Kemas rumah. Basuh baju. Banyaknya pahala!
Saya juga bayangkan menyambut kepulangan suami yang penat menabur bakti di muka pintu dengan wajah yang riang.
Saya sering kali tengok kakak seorang doktor yang sedang HO di Johor. Tabahnya suami kakak!
Dia yang basuh baju,jemur dan lipat!
Dia yang kemas rumah. Kagum saya,kagum!
Sehingga bila kakak saya bekerja, dan family kami ada gathering di Johor, dia mengikut sendirian. Macam orang bujang.
Kalau kakak balik kerja, biasanya sangat penat. Kakak kalau on call, balik rumah terdampar lelah. Saya lihat abang ipar setia disisi, menemani isterinya yang sedang tidur kepenatan. Sambil memberi semangat. Hoh, abang ipar saya memang terbaek.
Kami adik-beradik selalu usik dia,
"Haa,itulah kawen lagi dengan isteri doktor."
Sudahlah bekerja tidak kira masa, balik ke rumah dalam keadaan yang penat teramat. Mujur ada suami yang memahami dan sangat mithali. Sejak mereka berkahwin jarak jauh lagi,saya sudah kagum dengan abang ipar.
Mana nak cari suami yang begitu mithali, yang memahami kerjaya isteri sehingga begitu sekali.
Jangan kata minta kakak ironkan bajunya, memasak pun jarang benar dia request.
Senang ke nak cari suami begitu? Menung saya bertambah jauh.
Tapi, saya lebih memilih untuk berkhidmat untuk suami. Itu lebih cantik dan tertib.
Saya tanya pada diri sendiri, aku nak jadi surirumah ke bekerja?
Hoh, saya akhirnya memilih untuk memilih kerjaya yang fleksibel seperti pensyarah. Supaya saya punya banyak masa untuk Islam dan rumahtangga.
Bukan saya tidak sedar,keadaan di Malaysia, dengan kes penceraian yang meningkat. Dengan pendidikan anak-anak yang lebih mencabar, semuanya memerlukan seorang isteri yang kompeten dan bijak!
Haruslah!
Selesai kelas parenting, saya berjalan pulang. Membayangkan beberapa tahun nanti saya mungkin sudah bersuami. Kemudian, saya menelefon Ibu. Saya terlalu curious ingin decide,samads kerja atau housewife! Haa,curiousity saya memang selalu overdose.
"Nanti kalo kakak kawen,kakak nak kerja ke jadi surirumah?"
"Kakak nak yang mana?"
"Kakak tanya pendapat Ibu.."
"Ikut suamilah. Mana permintaannya,bawa berbincang dan pilih yang terbaek. Tapi Ibu lagi suka kakak bekerja. Kakak ada potensi jadi pencerah ummat."
Motivasi Ibu memberi kesan. Pencerah ummat!
Kemudian saya teringat kata kata semangat dari muslimin buat muslimat,
"Muslimat harus berani bangkit dan berlari di medan tarbiah dan siasah. Sungguh,mad'u muslimat memerlukan figure muslimat yang ramai dan hebat."
Saya cukup sedar dan faham kepentingan muslimat di medan amal islami.
Saya kata pada Ibu,
"Berkerjaya tak semesti kerja dengan government kan? Kakak boleh juga wakafkan diri untuk ummat. Fokus pada perjuangan capai matlamat."
Ibu gelak,sakan!
"Kakak macam nak kawen esok saja! Betullah kata kakak. Kakak bekerjalah untuk ummat terutama muslimat. Kritikal ni!"
Saya diam berfikir, lama.
"Kakak, takperlu fikir sanfat. Bila tiba saat itu, nescaya Allah akan mudahkan kakak."
Saya tenang dengan pujukan Ibu.
Yang penting saya mesti nekad dan tekad untuk belajar bersungguh!
Saya mahu jadi pencerah ummat!
Akhirnya, nak jadi surirumah atau berkerjaya?
Masih awal untuk saya fikir dan rancang. Banyak lagi aulawiyyat laen yang patut bertandang di fikiran.
Yang pasti, selepas berkahwin, segala arahan suami adalah mutlak selagimana tidak melangkaui batas syariat!
Saya tenang hari ini. Rasa terubat dan hilang rasa kelat.
;)
Saya berusaha untuk sentiasa berikan yang terbaek, di zaman single ini adalah medan terbaek untuk fokus 100% untuk medan latihan yang menarik!
Semoga Allah merahmati.
Jadi surirumah bukannya tidak boleh berdakwah. Malah cabang dakwahnya sangat luas,sehingga tidak terkejar oleh para muslimat.
Mendidik dan menjaga anak bukan tidak beroleh pahala,malah pahalanya sangat istimewa.
Namun, ummat sekarang ketandusan pemegang panji dan agen penerangan masyarakat. Harus ada muslimat yang menjadi hero dan penyelamat. Untuk ummat!
Saya yakin, individu terpulang untuk mencorakkan rumah tangga merrka. Cuba guidelined, Islam sudah lama sediakan. Yakni Al Quran! ;)
1 comment:
hehe..tak apa.. bila da kawin lagi banyak boleh kumpul pahala kan.. heheh... jemput visit saya punya blog.. http://ainzakiahzaki.blogspot.com/.. tq..
Post a Comment