Syaaban. Akhirnya menjadi 15 Syaaban.
Di Temerloh, aku lihat kalendar. 15 Syaaban, bermaksud Nisfu Syaaban.
Sebut sahaja nisfu Syaaban, air mata terus minitik laju. Tanpa sedu. Teringatkan nenek. Satu persatu datang bermain di awan minda separa sedarku. Jika nenek masih ada.. Lebih bermakna Syaaban dan Ramadhan ini. Sebak.
Petangnya, aku memandu pulang ke Kuantan.
Aku habiskan hujung minggu di Temerloh. Menemani seorang classmate yang seorang diri di sana. Aku cuba bayangkan andai aku yang ditinggalkan seorang diri, tentu aku juga tak keruan. Lagi pula di tempat orang. Meski aku juga sendirian, aku menemaninya. Aku yakin Allah pasti menghitungnya sebagai amalan kebajikan buat bekalan aku di negeri abadi. Orang yang ada HATI, tak mungkin tinggalkan kawannya seorang diri.
Sebelum memasuki tol Chenor, aku menelefon Ibu.
Ibu baru selesai operation matanya tengahari tadi.
"Kak,bu takleh cakap. Sakit..."
Aku terus mematikan telefon. Di tepi highway aku berhentikan kereta, aku menangis,lagi dan lagi. Sepuas hati. Penuh sedu.
Kenapa aku tidak disitu? Aku terkilan.
Kepada Allah aku panjatkan doa, agar melindungi Ibuku yang tercinta.
Hampir 10 minit berhenti, aku meneruskan perjalanan.
Sepanjang perjalanan, mata ini tidak mahu berhenti mengalirkan mutiara jernih itu.
Tambah pula aku sendirian.
Memandu penuh hati-hati dalam keadaan jerebu yang menebal.
Aku teringin menelefon Abang di Labuan. Tapi dia offshore,tidak dapat dihubungi.
Aku berhenti Asar di RnR Gambang.
Allah. Aku jadi teringat pada sahabat-sahabat Soffate United.
Tersenyum seorang diri. Agaknya bagaimana mereka mengisi cuti? Tentu mereka gembira bersama family.
Aku menyambung perjalanan pulang ke bumi Kuantan.
Allah hadirkan aku rasa sedih dan rasa sendirian. Agar aku meyakini Allah ada menemani. Agar aku meyakini untuk meletakkan segala pergantungan kepada Ilahi. Bukan manusia.
Aku menerima rasa sedih dan rasa sendiri ini sebagai tarbiah buat diri. Agar kelak,hari yang aku lalui,lebih gagah berani. Agar kelak aku menjadi manusia yang berjiwa besar yang lsngkahnya cuma kerana Allah. Tiada yang laen.
Aku menerima rasa sendiri dan sepi ini sebagai tarbiah dari Ilahi. Agar aku terus berdoa dan berharap hanya padaNya.
Sampai juga akhirnya di UIA Kuantan.
Aku singgah di IM2. Membeli barang keperluan.
Sekalilagi, aku tersenyum penuh makna.
Kenangan bersama Power Rangers menggamit penuh girang. Wajah mereka berempat satu oersatu bermain di minda. Bersama mereka, aku penuh senyuman. Penuh ceria,penuh gembira.
Agaknya bagaimana mereka sekarang?
Semoga mereka baek baek saja dalam lindungan Tuhan.
Biarlah.
Ini masanya untuk aku bersendirian. Memuhasabah kehidupan. Beruzlah dengan Tuhan. Bercinta dengan Yang Maha Esa penuh Perkasa.
Biarlah.
Aku mahu sendiri.
Mencari diri.
Menyucikan hati.
Membersihkan jiwa.
Allah memberi ujian.
Rasa sedih juga ujian.
Rasa sendiri juga ujian.
Aku yakin mampu melalui ujian ini penuh keimanan.
Amiiin.
Senyum.
No comments:
Post a Comment