Sepasang suami isteri. Around 65 years old.
Isterinya on wheelchair. Lumpuh due to HPT. Lumpuh lower part of the body.
Saya tengok, suaminya cukup romantik. Suaminya juga sudah berumur. Tetap romantik.
Suami pegang tuala kecil. Isteri sedang minum air mineral. Selepas isteri minum,suami lap mulut isteri. Sweet teramat ok. ;)
Gaya suami pandang isteri pun dah boleh terpancar penuh kasih sayang.
Saya beranikan diri menghampiri.
"Romantiknya pakcik ni." Tegur saya dengan senyuman.
Pakcik dan makcik tersenyum tersimpul malu. Persis suami isteri yang baru diijabkabulkan.
"Adik dah kawen?" soal Pakcik.
Saya cepat-cepat geleng kepala.
"Kawen belum. Tunang pun belum. Lambat lagi tu.."
Pakcik dan Makcik ketawa kecil,terhibur barangkali.
"Cari suami nanti cari yang beriman. Dah tua mavam ni, cinta bukan segalanya. Tanggungjawab dan kasih yang kekal. Adik kahwin nanti, cinta setahun dua hangatlah. Lepas tu, hok tinggalnya tanggungjawab. Dulu ayah dia (ayah isterinya) serah anak perempuan dia kat pakcik. Ni amanah kita. Sakit ke, tua ke, apa ke.. Tetap amanah."
Touched.
Saya senyum,khusyuk mendengar.
Suaminya kemudian memaut kepala isterinya dan mengucup dahi isterinya yang sudah berkedut seribu.
"Lelaki yang cari isteri cantik wajah,tapi tak cantik iman, tak guna. Isteri solehah ni macam sungai. Sejuk,tenang,damai.."
Saya terpegun lagi. Terus senyum. Dan mahu minta diri. Tak mahu borak lama-lama. Nanti kena cop curi tulang pulak.
"Semoga terus bahagia sampai syurga ya Pakcik, Makcik."
Sambil salam Makcik, dia pegang kepala saya waktu tunduk nak cium tangannya, and she said,
"Kawenlah dengan orang yang sayang kita,nak jaga kita.. Takpe mula-mula tak sayang dia pun. Adik akan bahagia. Asalkan beriman orangnya."
Saya angguk. Angguk lagi,terharu and feel bleesed! ;)
Senyum, dan anggukkan kepala. Terus berlalu pergi.
Saya pusing belakang. Mereka berdua sedang berbual mesra. Mungkinkah berbicara soal cinta? Moga destinasi mereka syurga.
Saya kagum. Jua berharap, sewaktu gokden age nanti,saya juga begitu bersama suami. Mesra, penuh cinta. Walaupun sudah berusia.
Saya senyum sendiri. Sebab?
Kuat sangat berangan. Tampar diri sendiri and said, "Fokus!"
Senyum lagi. Dalam hati doa. Doa dan terus doa. Yang pasti, Allah sedang mendengar. ;)
No comments:
Post a Comment