♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, June 02, 2013

Doa untuk mereka yang couple.

Saya bukan malaikat. Punya kekurangan dan kelemahan. Tujuan berpesan adalah suruhan Tuhan. Bukan niat menyindir atau menghina. Saya sekadar mengajak anda menjadi orang yang lebih baek.

Saya takut, bila saya sering post di FB atau blog, berpesan itu dan ini. Saya takut saya diuji. Andai itu berlaku, tolong jangan tinggalkan saya. Tegur dan pesanlah saya, agar menjadi yang terbaek disisi Tuhan!

Ramai yang couple. Couple ni orang kata seronok. Mungkin, ada orang sayang, ada orang tempat luah perasaan.

Tapi ia dosa. Ia memgundang murka Allah.

Bila melihat orang bergayut berjam-jam dengan pasangan haramnya, saya takut. Bayangkan setiap detik yang berlalu itu adalah dosa yang mengalir. Saya takut,membayangkan duit topap/bil telefon kelak dihisab kerana digunakan untuk kemungkaran. Saya takut, Allah menyoal saya, apa yang saya lakukan? Semuanya bermain diminda saya. Ya,saya takut.

Saya berusaha melakukan sesuatu. Walaupun saya bukan siapa-siapa di UIA,bukan MPP, bukan pimpinan pelajar, tapi saya kena buat sesuatu. Sebab tugas mencegah kemungkaran adalah tugas semua,bukan certain people only.

Ada yang tidak segan silu bergambar mesra,kemudian dipamer bangga di laman mukabuku. Seolah hilang sudah segala rasa malu.

Saya mahu tanya,
Sewaktu di sekolah dulu, bila anda datang lewat ke sekolah, adakah anda rasa malu?
Ya,saya malu.
Bayangkan anda tertangkap di dewan exam kerana meniru, anda malu?
Ya,saya malu?

Normal dan common sense untuk MANUSIA merasa malu apabila melanggar peraturan atau buat silap.

Ok,saya tanya lagi,
Bercouple itu salahkan dalam ISLAM?
Ya,ia salah.
Bercouple itu menghampiri zina kan?
Ya, saya setuju.

Jadi, couple adalah aktiviti yang salah dan melanggar peraturan Tuhan.
Sepatutnya kita malu,bukan bangga.
Sepatutnya kita malu, bukan gembira.

Tapi yang berlaku hari ini, sebaliknya.
Yang couple, senyum lega.
Yang single, rasa asing.

Itulah dunia hari ini.

Langgar peraturan manusia lebih dirasakan malu berbanding langgar peraturan yang Esa!

Oh,sungguh sedih!

Bercinta ada caranya.
Siapa kata ada perasaan cinta itu salah?

Saya punya seorang kawan. Kawan yang solehah. Senyumannya meriah. Dia jatuh cinta. Cintanya tidak bertepuk sebelah tangan. Hajat dihati disampaikan melalui orang tengah. Saban malam,tangisnya di tikar sejadah. Saya tanya,kenapa. Jawabnya, payah menjaga rasa cinta kepada manusia yang belum halal. Walaupun dia tak berhubung dengan lelaki itu, apatah lagi berdating mesra atau bergayut lama.

Saya turut merasa bebannya menanggung cinta. Tapi dia menguruskannya dengan berjaya.

Pesannya pada saya, "Doa adalah senjata kita."

Doanya tiada henti,malah cukup bersungguh-sungguh.

Waktu itu,saya belum mengerti peritnya menanggung cinta dan rindu. Tapi saya kagum dengan caranya.

6 bulan selepas perkenalannya, Allah mudahkan jodohnya. Walaupun dalam perancangan perkahwinan mereka setahun kehadapan. Tapi Allah mudahkan, Allah rezekikan. Saya turut gembira dengan jemputan ke majlis meraikan cinta. Inilah baru betul-betul meraikan cinta!

Satu waktu sedang menunggu majlis akad nikahnya, saya tergerak hati bertanya,

"Doa apa hang ratib saban malam? Ajar aku sekali!"

Dia dengan penuh solehah menjawab beserta matanya yang berkaca,

"Nak tahu? Aku doa kalau betui dia jodoh aku, aku minta Allah cepatkan akad nikah. Sebab aku lemah, aku tak mampu menanggung rasa cinta pada yang haram. Aku lemah,aku tak mampu tanggung rindu. Aku takut Allah marah sebab cinta dan rindu pada dia (lelaki bertuah itu) yang belum halal tidak diterima disisiNya. Una, kau doa jugaklah macam tu. Aku doa Allah mudahkan urusan hang!"

Saya kagum. Pantas benar perkahwinannya penuh mawaddah. Saya cemburu. Melihat kemesraan dua mempelai yang sama-sama malu. Selepas majlis, saya bertemu lelaki itu. Saya juga bergurau ada makna dengannya,

"Hai,kata nak kawin tahun depan. Awat laju pulak? Tak sabaq nampak.."

"Bukan tak sabar, tak mampu. Sebab tu Allah percepatkan."

Saya senyum, dia juga senyum. Faham benar dengan maksud tidak mampu. Ya,payah menjaga rasa cinta. Hanya yang rapat dengan Allah yang mampu sampai ke destanasinya dengan penuh suci. Yang membelakangkan Allah, kebiasaannya tercalar dan ternoda cinta dengan maksiat dan aktiviti yang mendekati zina, malah ada yang terpesong sehingga cinta tergadai dengan zina!

Payah menjaga rasa cinta. Saya tahu. Malah,ada kawan kawan saya yang bercouple namun dihatinya bukan itu yang dia mahu. Dia tahu couple itu salah,

Maka,saya doakan agar Allah percepatkan akad nikah kalian. Moga tersubur rasa cinta atas ikatan pernikahan. Bukan dalam kisah cinta yang ternoda.

Saya tahu, bukan kehendak anda couple. Moga Allah beri kekuatan untuk anda meninggalkannya. Tapi, anda juga perlu berusaha. Jangan cuma doa,tapi usaha tadakk!

Sedikit demi sedikit, tinggalkanlah rasa seronok bercouple. Biar setiap kali kita couple,kita rasa panasnya bahang api neraka. Ha,amacam? Berani lagi bro nak couple?

Saya menulis untuk peringatan diri sendiri dan orang yang saya sayang.

Moga Allah mudahkan jodoh semua. Juga jodoh saya.

Moga Allah beri kita kekuatan untuk meninggalkan dosa.

Tak boring pun hidup single. Tengok saya, enjoy je. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

1 comment:

Rintihan HambaMu said...

Assalamualaikum..
Subhanallah, ana setuju..
Moga Allah pelihara kita.

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.