♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, June 07, 2013

End of Year 2

Saya sedang kemas barang, dengan linangan manik jernih di tubir mata.

Bukan saya bersedih atau bermuram durja. Mustahil sedih,sedang semua orang melonjak senang hati menghabiskan exam pagi tadi. Sama juga dengan saya. Siap keluar awal lagi. Sebab tak tahan sakit perut,lupa breakfast.

Saya rasa masa terlalu pantas berlalu.

Masih saya ingat September tahun lalu. Saya juga manusia pertama yang masuk ke bilik yang masih kosong dan penuh debu.

Saya sapu bilik, dengan penuh teruja. Its just a feeling seronok dah jadi senior.

Hari ini, saya juga sendiri di bilik. Menjadi orang terakhir yang check out.

Linangan mutiara jernih itu dek kerana mengenangkan setahun yang pantas berlalu.

Saya lihat nota-nota motivasi yang saya tampal di dinding comoartment.

"Husna budak baik. Husna sayang Allah."

"Belajar tu priority juga. Penat macamana pun di medan amal Islami, Husna kena study! Kan nak gi Aussie"

Semua nota itu saya cabut perlahan. Penuh nostalgik saat saya menampalnya dengan penuh harapan.

Keadaan saya datang dulu, setahun yang lalu, saat bilik ini saya teroka, kehidupan saya lain. Dan saat saya menutup locker penuh syahdu hari ini, kehidupan saya banyak yang berubah.

Namun, saya kerap bermohon dalam hati, apapun yang terjadi, motivasiku adalah Allah!

Mutiara jernih ini signifikasinya kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Di bilik ini, tidak banyak masa yang saya peruntukkan. Jika ada, untuk study dan tidur. Saya tidak wujud dalam memori ahli bilik yang lain. Itu silap saya. Saya cuba ubah sikap diri yang gemar menjadi lone ranger,tapi masih belum berjaya. Saya cuba ubah diri jadi lebih penyayang dan berperasaan. Kata sahabat saya, saya sudah banyak berubah, berbanding diri saya yang dulu seperti kayu dan batu. Tapi perubahan itu tetap belum mampu membuat saya menjadi orang yang penyayang dan pandai bersosial. Masalah besar saya, saya hanya selesa dengan orang yang rapat teramat. Itupun mutakhir ini baru lebih mantop. Ehhee.

Saya jenguk meja study. Mutiara itu makin laju arusnya. Di meja study, tertulis,

"Ibu Ayah, kakak janji jadi anak yang membangga ibu ayah."

Aku teringat mereka di rumah. Tinggi bergunung harapan mereka buat aku, anak perempuan bongsu. Lumrah menjadi yang disayangi sebagai yang akhir. Saya risau andai saya mengecewakan. Melangit tinggi impian mereka melihat saya hidup bahagia dunia dan akhirat. Saya rasa saya sudah pun mengecewakan mereka. Untuk menebus kembali rasa kecewa mereka, saya berusaha keras untuk mencapai target sambung master di Aussie. Insya Allah Ibu. Kakak usahakan yang terbaek!

Sedang saya sarat dengan perasaan, kakak menelefon.

"Yeay! Orang tu dah masuk tahun tiga. Tak lama dapat adik ipar la!"

Saya termenung panjang.

Teringat pesan lecturer, tahun tiga jauh lebih mencabar. Ujian akademik, atau ujian hidup, pasti menduga. Kuatkan hati dan terus usaha keras untuk berjaya.

Adik ipar baru?

Saya senyum sinis. Masih terlalu awal untuk berfikir mengenainya.

Dicabar sahabat Power Ranger sewaktu makan tengahari tadi apabila beliau menceritakan keterujaan melihat ramai sahabat yang berkahwin,tapi kata saya,

"Tak heran pun.. Aku nak fokus."

Then she replied,

"Then you promise me, no marriage after 2 years?"

Dengan konfiden saya angguk!

"Yes, melainkan datang takdir Allah yang tidak terjangka."

Dia senyum.

Saya balas dengan wajah yang serius,membuktikan saya sedang serius mengenainya.

Saya kemas nota, terjumpa buku meeting. Saya belek. Dan tersenyum seorang diri. Nostalgik buku nota saya. Penuh warna warni hidup saya!

Ada seorang pembaca blog pernah menyuarakan rasa cemburu dengan kehidupan saya. Saya tersenyum kelat.

Apa yang terzahir adalah kegembiraan. Apa yang tersimpan adalah kesusahan dan keperitan yang tidak terluah.

Hidup ini bukan segalanya indah. Tapi, jika kita hidup dengan hati yang indah,insya Allah semuanya jadi indah!

Saya masih mahu menulis. Mencoret kisah setahun di tahun dua. Tapi terlanjur berjanji dengan Power Rangers untuk makan bersama,mungkin buat kali terakhir untuk semester ini.

Selalu saya sebut,
Semester depan belum tentu hidup.

Kata salah seorang dari kami,

"Kalo kak Husna mati, kami kawat pusaramu dengan bunga."

Mati adalah peringatan yang baek. Usah takut cakap soal mati. Ia sebenarnya mengingatkan kita yang sering lali.

Ok,saya terpaksa pergi. Tidak mahu buat Power Rangers sekalian menunggu boss mereka. ;)

Nanti saya sambung, jika masih bernafas.

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.