Saat ini, berbumbungkan langit kelam tanpa bintang, guruh kuat berdentum. Saya tersenyum gembira. Yeay,nak hujan!
Suasana hujan di kampung adalah suasana yang cukup dirindui. Bunyi derap titik hujan di asbestos atap rumah, ada sentimental value ni. Saya gemar benar,bila hujan, berteleku di verandah rumah. Melihat tekun titik hujan yang menyembah bumi,beserta doa dan harapan. Sesekali menyanyi lagu yang berirama di kalbu. Tenang. Penuh tenang.
Pagi tadi, saya mengalami detik yang agak sukar dalam hidup. Terpaksa memilih banyak perkara. Hidup ini,kita tidak dapat semua. Kita kena pilih antara dua. Perancangan awal, saya ke Terengganu untuk walimatul urus kak Sarah Zahrawi dan Ahmad Syahid. Harapan tinggi menggunung untuk saya memenuhi jemputan. Saya bekerja bersama dengan kak Sarah,begitu juga Syahid. Haruslah harapan untuk menghadiri majlis begitu tinggi. Tapi saya yakin,apa yang berlaku hari ini adalah takdir Allah, bukan kebetulan.
Saya tidak jadi singgah di Terengganu, sebaliknya meneruskan perjalanan tanpa teman ke bumi Kelantan. Ini bukan kehendak saya. Tapi ia takdir. Percayalah,ia takdir.
Sepanjang perjalanan, saya melayan sugulnya hati. Dukacitanya jiwa. Mujur ada family yang memujuk hati penuh ceria. Family, satu-satunya yang mengetahui segala perkara tentang saya. Tempat terbaek untuk merujuk siapa saya, rujuklah keluarga. Seandainya besok saya mati, family saya yang tahu segalanya tentang saya,bukan orang laen. Yang mendengar cerita, berkongsi masalah dengan penuh matang. Terima kasih,family. Termasuk ipar duai yang sporting dan supportive. ;)
Saya masih disini,berbumbung langit hitam tanpa awan. Mengimbau pelbagai detik yang pernah bertapak di hati. Banyaknya kenangan!
Saya renung langit, dengan harapan adanya pelangi yang bisa menghiaskan hitamnya langit. Tapi mustahil datangnya pelangi,sedang matahari itu sedang bersembunyi, melainkan dengan izinNya.
Ya,itulah kata kuncinya. Mustahil berlaku sesuatu difikiran akal manusia. Tapi tidak mustahil andai Allah mentakdirkan begitu.
Saya lihat kereta kancil di porche. Sengih saya sinis. Sudah dua tahun dia bersama saya. Susah,senang,belajar, berjuang.. Semuanya dia ada bersama saya. Lantas saya berimaginasi. Andailah kereta ini mampu berbicara. Oasti bicaranya kini sedang mengubat hatiku yan tidak cedera,cuma kecewa.
Saya mengeluh. Kesekian kalinya.
Sedang mengeluh itu dari syaitan. Mukmin sepatutnya tidak mengeluh. Jangan mengeluh,berpeluh takpe!
Diari 2013 saya belek laju,sekilas pandang, hingga helaian bulan Jun terbentang luas. Jadual saya untuk Jun sudah packed. Saya tersengih lagi. Dah JUN rupanya. Setengah tahun 2013 sudah bermula. Sepatutnya pecutan saya lebih laju dari prestasi hari ini.
Berakhir tahun dua. Gembira dan teruja. Dalam masa yang sama, cuak dan berdebar.
Terpaksa sambung nanti. Ada orang panggil. ;)
No comments:
Post a Comment