Orang boleh cakap banyak perkara tentang kita. Sama juga kita. Tapi pilihlah untuk menjadi manusia yang tidak bercakap tentang manusia lain.
Suruhan Allah agar kita menjauhi mengumpat atau bercerita aib orang lain.
"Semalam mereka cerita tentang awak. Ye ke awak....... Bla.... Bla.....?"
Kecewa sebenarnya. Banyak cerita yang tidak benar disebarkan.
Saya banyak reflek diri. Mungkin silapnya diri sendiri.
Yang paling teruk, saya pernah dapat berita bahawa saya akan berkahwin pada bulan Januari 2013.
Tiba-tiba orang ucapkan tahniah. Saya garu kepala.
Saya sendiri pun tak tahu saya bakal berkahwin. Bertunang pun tidak.
Terkejut dengar cerita. Ia umpama fitnah. Yang tersebar dengan salah. Timbulnya ia membawa padah. Bukannya memberi faedah.
Saya selalu juga ingatkan kawan-kawan bila berbual. Agar elakkan cakap tentang orang lain. Kalau nak cerita, cerita tentang diri sendiri.
Itu jauh lebih baik.
Saya kecewa dan masih kecewa. Saya kurang faham kenapa kisah yang begitu dan begitu tersebar? Saya rasa saya lone ranger yang cemerlang. Ehhe.
Tak mengapalah. Kecewa itu berasas. Kecewa itu menjadi perangsang untuk berubah. Mungkin ada tindak-tanduk yang membuka ruang fitnah. Saya cukup benci dengan fitnah,samada menjadi penyebar fitnah atau mangsanya.
Kadang-kadang saya terfikir, apa faedahnya menyumbang fitnah? Bukankah ia dosa yang boleh mengelapkan hati?
Saya kecewa dengan apa yang berlaku.
Sebolehnya,jika ingin tanya sesuatu perkara, tanyalah pada empunya badan.
Saya, tidak loket untuk menjawab dan tidak marah jika ada yang datang membawa hajat bertanya. Insya Allah, saya rai dan saya layan seeloknya. ;)
No comments:
Post a Comment