♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Friday, May 31, 2013

Saya yang cool dan exam yang tough

Dulu, bila dengar orang cakap "Paper saya straight 3 hari."

Saya akan rasa saya tak mampu nak lalui apa yang mereka lalui.

Then, semester ni Allah uji. 3 direct paper. Malah, ada satu paper tu, exam habeh 5 petang, the next paper pulak 9 pagi.
Rasa macam tak logik.

Tapi hari ni, i did realize. I did it. Yes, i made it!

Saya baru saja menghabiskan paper ketiga selepas melalui detik kritikal beberapa waktu.

Saya antara orang yang maintain waktu tidur samada exam atau tidak.

Ya, saya particular tentang masa, termasuk waktu tidur dan waktu makan.

Walaupun musim exam, saya tak pernah stay up sampai pagi. Paling up pun sampai 3 pagi. Tu pun dah terhuyung hayang macam zombi.

Saya tak ambil kafein, sebab tak mahu menzalimi diri sendiri. Bagi saya, badan saya ada hak untuk bekerja sesuai dengan kemampuannya.

Oleh yang demikian, walaupun musim exam yang tough, saya tetap tidur 2 pagi dan bangun semula 5 pagi. Rutin yang sama untuk hari biasa. Cuma bezanya kalau musim exam,lepas isyak,melekat di meja study. Kalo hari biasa lepas isyak melayang entah kemana-mana.

Saya mengamalkan tips ini sejak di Darul Quran. Ustaz saya kata, jika kita menghormati masa dan banyak isi masa dengan benefial activities, Allah akan beri kita keberkatan masa.

Saya tulis di buku nota kecil warna kuning. Di muka depan buku. Sejak DQ,kata-kata ini melekat di benak saya.

Saya cuba untuk menghormati masa. Walaupun seringkali gagal dan beberapa kali kecewa dengan prestasi sendiri. Tapi kata Matluthfi, at least dapat pahala mencuba.

Ibu kata, jadi penuntut ilmu ni semua orang belajar sama. Tapi apa yang membezakan kita dengan orang adalah keberkatan ilmu.

Ibu selalu pesan bila saya nak bertolak ke Kuantan.
"Kakak tinggal dosa ya? Bersihkan hati, jangan ada rasa benci, rasa iri hati pada orang. Hidup dengan gembira. Baca Quran banyak, tahajud jangan tinggal.."

Saban waktu dengar pesanan begitu. Jarang benar Ibu pesan, "Study, baca buku. Jangan banyak sangat pergi meeting,keluar sana,keluar sini. Study."

Atau mungkin Ibu tak pernah pesan begitu.

Ibu lebih banyak berpesan supaya rapat dengan Allah, pemurah dengan amal soleh.

Pesanan Ibu sentiasa berbekas di hati saya.

Pernah suatu malam Jumaat, saya menelefon. Ibu tanya, Kahfi dah baca. Jawab saya belum. Ibu kata, baca dulu. Dah siap Ibu telefon smula nanti,

Besar nikmat mendekati Allah dan menjaga hak Allah.

Banyak urusan saya dipermudahkan Allah,terlalu banyak.

Meskipun sesekali saya sering juga lagha, terbabas dan terlalai. Bukan tidak pernah melakukan dosa, bukan tak pernah membuat salah. Pernah, malah kerap kali. Kerana saya juga manusia biasa yang terlalu biasa. ;)

Saya yakin, rezeki untuk menjawab exam dengan cemerlang adalah milik Allah. Kita hanya layak berusaha. Untuk kertas pertama baru ni, saya alhamdulillah habis ulangkaji. Malah berjaya ulang semula beberapa kali. Tapi dalam exam,masih juga terlekat. Kalau ikutkan,dengan banyak kali ulang baca, tak mungkin ada masalah nak jawab exam. Yang masuk exam,semuanya saya baca. Tapi tak semua saya mampu jawab. Sebab? Ada hijab, yang membuat saya tersekat. Dosa saya banyak. Itulah yang menyekat. Sebab ini, saya yakin sangat, Allah yang memberi ilham. Usaha kita sumbangannya sedikit sangat. Selebihnya kuasa Allah yang menetapkan.

Pagi-pagi ke dewan exam,saya suka pergi tangan kosong tanpa nota. Mulut terkumat kamit dengan istighfar. Kerana sesudah bertawakal, tinggal lagi khauf dan raja' kepada Allah. Khauf yakni rasa takut andai dosa menjadi penghijab. Raja' adalah rasa harap Allah memberi nikmat. Istighfarlah ubat segala hijab, istighfarlah pembuka pintu rahmat.

Moga urusan kita sentiasa dipermudahkan Allah.

Letak tangan di degupan jantung, dan sebut ALLAH. Pejam mata, rasa jegupan jantung, rasalah Allah bersamamu. Bersama susah senangmu, sakit sehatmu,  derita gembiramu.

Langkah ke dewan exam penuh senyuman kerana yakin Allah bersama. ;)

Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

3 comments:

Nur said...

"Ustaz saya kata, jika kita menghormati masa dan banyak isi masa dengan benefial activities, Allah akan beri kita keberkatan masa."

"Ibu selalu pesan bila saya nak bertolak ke Kuantan.
"Kakak tinggal dosa ya? Bersihkan hati, jangan ada rasa benci, rasa iri hati pada orang. Hidup dengan gembira. Baca Quran banyak, tahajud jangan tinggal..""

sukaaaa :) thanks sebab mengingatkan :)

Jzkk ^.^

Ukhti Hana said...

SubhanAllah! sangat terkesan di hati.

ukhti..saya bakal menghadapi final exam sem2 ni dgn 5 paper berturut-turut setiap hari.Allah..
paper ada yg malam sampai pukul 11.30 mlm dan esok pagi tu paper pukul 9 pagi. =)
maaf,cuma ingin curahan.hehe..

doakan saya ukhti.. ^^

husnataqwa said...

Nur, Alhamdulillah. ;)

Ukhti Hana, semoga Allah mudahkan urusan ye. Cool and keep praying! ;)

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.