Apabila kita meminjam,
Hendaklah barang yang dipinjam dijaga seperti barang kepunyaan sendiri. Jaga dengan penuh kasih cinta dan berhati-hati.
The next rule, apabila tiba masanya, mesti pulangkan kepada pemiliknya dalam keadaan yang baek penuh hormat.
Lumrah meminjam,kena berterima kasih kepada pemberi pinjam.
Itulah nyawa dan jasad ini tuan puan. Kita meminjamnya sebentar dari Allah.
Jasad ini, jagalah sebaeknya kesihatannya. Agar kelak jasad ini kembali kepada Tuhan dalam keadaan yang baek. Sepertimana saat pertamakali kita lahir di dunia penuh sehat.
Apabila tiba masanya, pulanglah jasad ini menghadap rabbul Izzati. Pulangkanlah dalam keadaan paling hormat.
Inilah yang dikatakan husnul khatimah yakni kematian yang baek.
Mari kita doa, agar kita dalam rahmat Allah sentiasa.
Ingatlah, apa yang ada pada kita cuma pinjaman seketika. Bila bila masa saja akan diambil kembali oleh pemilikNya.
Usah terlalu bangga dengan kecantikan paras rupa yang menggoda sekalian manusia memandangmu. Itu hanya sementara.
Usah berlagak dengan kepintaran akalmu mentadbir urusan, itu pinjaman berharga dari yang maha kuasa.
Ketahuilah, tiada satupun milik kita. Semuanya pinjaman Allah Taala buat hambaNya.
Bersyukurlah dgn apa yg kita ada hari ini.
Lafazlah ALHAMDULILLAH.
Pinjaman Allah buat kita sudah cukup istimewa.
Tapi manusia tetap tidak berpuas hati. Kerana sering memandang kepada yang lebih sempurna.
Ingatlah, yang sempurna tiada kecuali DIA.
Muhasabah di malam Jumaat.
Dari aku, hamba dhaif yang meminjam dari Allah yang maha kaya. <3
No comments:
Post a Comment