♥♥♥ Follow me ♥♥♥

Sunday, June 30, 2013

A wonderful gift on my birthday and the final exam's result. ;)

Tanggal 14 Jun, merupakan hari yang saya tunggu sejak kecil sehingga dewasa. Lumrah jadi kanak-kanak, tertunggu tunggu hari jadi. Bila dah dewasa pun, terbawa-bawa. ;)

Kebetulan, saya di rumah sewaktu ulang tahun untuk tahun ini. Indahnya menyambut ulangtahun di hari Jumaat bersama Ibu dan keluarga. Pagi-pagi Ibu tanya,

"Kakak nak apa untuk hari jadi?"

Terasa macam baby girl yang baru masuk tadika bila Ibu tanya macam tu. Errr.

"Kakak nak kek yang best tu. Yang macam wedding abang yang kita tempah tu."

Demand tak? ;)
Sedap sangat kek tu.
Serius.
Masa wedding je makan kek tu.
Ni nak tunggu next family wedding memang lambat lagi, rasa teringin nak makan.

Tapi disebabkan hari Jumaat, memang kedai tutup lah di Kelate. ^^


"Nanti kakak balik habis posting nanti kita beli kek tu. Kakak pergi posting, nanti kakak balik,kek tu ada dah kat rumah." Ibu memujuk walaupun tak merajuk.

Dapat doa khusus dari Ibu di hari ulangtahun pun sudah cukup bermakna buat seorang anak.

Keesokannya, saya bertolak ke Kuantan bertemankan Maisarah Hadzri.
Ibu melepaskan pemergian saya dengan rasa sedih hati tapi penuh harapan.

Ibu kerap mengulang janji, nanti Ibu beli kek yang kakak nak.
Mungkin Ibu rasa terkilan. 
Tapi hakikatnya saya tidak apa-apa. ;)

19 Jun merupakan tarikh yang keramat bagi saya. Result untuk semester dua tahun kedua yang cukup mendebarkan. Suka untuk saya reveal, ada satu subjek, carry mark saya cuma 20/40. Cukup-cukup makan. Siap lecturer merajuk lagi dengan saya sebab tak perform. Adehh. 

Semester lepas memang begitu mencabar bagi saya.
Sungguh. 

Tak tipu.

Dengan taklifan sepanjang satu sem menguruskan CAMPRO sebagai Program Manager memang mencabar. Setiap malam meeting, setiap malam pening kepala. Setiap malam macam-macam masalah datang. Mencabar tu tok sah kata. Surely, mencabar tapi menyeronokkan. 

Buat program dakwah bro, penat itu akan hilang, insya ALLAH kebaekannya akan berkekalan. Amiiin. ;)

Selain itu, kerja keras di pentas PRU sebagai sumbangan buat wathon sepanjang semester lepas juga saya tak lupakan. Bagaimana saya tidak mahu ketinggalan menjadi perwira untuk Malaysia, seperti itulah saya tidak mahu lepaskan peluang yang ada untuk bekerja untuk PRU 13.

Saya bekerja. Saban hujung minggu, aktiviti saya penuh dengan berada di pentas masyarakat. Kadang-kadang sehingga ke luar negeri bermusafir. Saya gembira dengan pengalaman yang saya kutip sepanjang semester lepas.

Apa yang lebih mengagumkan saya, Ibu Ayah tidak pernah menghalang. Walaupun tahu keputusan midsemester saya tidak memberangsangkan. 

Ayat Ibu yang saya ingat,
"Ibu percaya.."

Kepercayaan Ibu itu menjadi asas kuat untuk saya tidak mengkhianati kepercayaan yang Ibu beri.

Saya pernah menangis. Mengenangkan satu subjek yang saya tak mampu perform. Subjek lain pun sederhana saja pencapaiannya. Memang semester lepas, kebanyakan result quiz dan midsemester exam tidak menggembirakan.

Saya menangis bila memberitahu Ibu.

Ibu tenang. Tiada gusar pada bicaranya.

"Takpe, ada final exam lagi.."

Tenang Ibu menenangkan saya.

Subhanallah.
Saya kagum dengan Ibu. ^^

Tarikh 19 Jun, Ibu menelefon saya,
"Kakak dah tengok result?"

Saya menjadi cuak.
Sebelum ni, Ibu tak pernah kisah dengan result saya. Jarang benar Ibu nak tanya tentang result melainkan saya beritahu. Hari ini, sepertinya Ibu tahu result dah keluar tanpa saya beritahu.

"Belum lagi. Takut lah. Takut fail subjek yang kira-kira tu.."

"Nak takut apa. Kita dah usaha, Allah tentu bagi."

"Yelah, nanti Jumaat ke kakak tengok. Sekarang nak fokus posting dulu. Kang bad mood plak tengah posting."

Ibu setuju saja tanpa banyak soal. Dan Ibu banyak menenangkan saya dengan janji ALLAH pada mereka yang membantu agama ALLAH. Saya pada waktu itu seolah terlupa dengan janji tersebut. Saya kena yakin dengan ALLAH. ;)

21 Jun, bersamaan hari Khamis, hari ketiga result dikeluarkan, baru saya memberanikan diri membuka portal IIUM.

Dengan lafaz bismillah, saya tekan butang result.

Dalam hati,


"Aku kena redha, apa saja natijahnya, itu yang terbaek dari ALLAH."

Beberapa saat kemudian, 
terpampang result semester dua tahun kedua saya di skrin komputer di hospital HoSHAS, Temerloh.

Saya cari satu huruf iaitu D.
Alhamdulillah tidak ada.
Saya cari C.
Alhamdulillah, juga tiada.
Saya senyum panjang.

Terus tutup portal, terlupa tengok CGPA.

Saya senyum dan lafaz alhamdulillah di hati tiada henti.

Saya kagum, bukan dengan diri sendiri.
Tapi saya kagum dengan janji ALLAH.
Janji ALLAH itu benar dan tepat.

Saya jadi malu sendiri.

Saya ke surau dan lakukan sujud syukur, mujur wudhuk dhuha tadi masih bersisa. 

Selepas sujud syukur,
saya menelefon Ibu,

"Kakak tengok result ke?"

Macam tahu saja. ;)

"Ya. Alhamdulillah.!"

Ibu terus mengucap syukur juga tanpa bertanya banyak.

"Kakak tak sangka Ibu result kakak macam tu. Kakak tak sangka."
Ibu ketawa riang.

"Kakak tak yakin dengan ALLAH. Kakak kena percaya ALLAH."

Saya termalu sendiri. 

"Ibu gembira sangat. Kakak sibuk di PRU, sibuk di UIA, kakak sakit.. Tapi ALLAH bagi kakak berjaya. Syukur kakak. Banyakkan syukur. Jangan tinggal solat malam. Banyakkan sedeqah.."

Nasihat Ibu tetap sama saban waktu, tapi cukup bermakna buatku. ;)

Saya balik menjenguk Ibu di rumah selepas Ibu selesai pembedahan mata. 
(akan diceritakan dalam next post insya ALLAH)

Saya balik sekejap cuma. Saya tidak mampu berlama-lama kerana kekangan posting dan viva exam membuatkan saya tak dapat bercuti panjang.

Adik beradik memahami.
Alhamdulillah, abang-abang yang bekerja banyak berkorban dan sanggup ambil cuti untuk balik jaga Ibu. 

Ibu bertuah ada anak-anak lelaki yang soleh hadiah dari ALLAH.

Sewaktu saya balik,
Ibu kata nak hadiahkan saya laptop.

Memandangkan laptop saya rosak sewaktu final exam hari tu.

Pernah sekali saya termengeluh sewaktu sedang posting,

"Kakak kena buat assignment, kena guna laptop. Kawan kakak pun semua guna laptop. Kakak tak tahu nak pinjam dengan sapa."

Dan saya tak sangka,
balik ke Kelantan,
Ibu hadiahkan laptop yang sangat cantik berwarna BIRU.

Oh Allah.
I never expect this.

Siap gadjet semua complete dengan laptop.

Apa yang saya tak tertahan rasa terharu bila Abang cakap,

"Cantik laptop dia, warna biru kot abang cari."

Terharu, subhanallah. 

Saya termenangis.

Ini hadiah hari jadi kakak.
Hadiah kakak dapat cemerlang exam.
Hadiah kakak jadi anak solehah.
Hadiah kakak jadi yang terbaik untuk kami sekeluarga.

Saya menangis terharu.

Sungguh saya tak sangka.

Ini hadiah yang sangat berharga untuk saya.

Ibu kata lagi,
"Kakak tak de halangan dah lepas ni nak fly Australia."

Saya tersentak.

"Ibu, kakak sepanjang belajar, tak pernah ada halangan apa pun. Semua kakak nak, Ibu sediakan. Kakak tak pernah kurang pun. Ibu sediakan sempurna untuk kakak. Terima kasih Ibu.."

Kami tenggelam dalam angan-angan.

Ibu gembira dengan cita-cita saya mahu sambung master. Ibu gembira dengan prestasi saya.

Bertambah rasa riang di hati bila mampu buat orang sekeliling gembira dengan kita.

Saya, terlalu banyak kekurangan.
Tapi keluarga saya melengkapkan kekurangan saya.
Menjadikan saya orang yang paling gembira.

Saya setiap kali tengok laptop baru,
saya rasa teruja dan gembira.

Panas je tubir mata ni bila tengok laptop ni. ;)

Sudahlah warnanya BIRU, 
hadiah pula dari yang tercinta.

Terima kasih IBU. 
Terima kasih AYAH.
Terima kasih ABANG KAKAK.
Terima kasih ADIK.

All of you make me happy.

<3 p="">


Published with Blogger-droid v2.0.10

:: "Allahumma faqqihna fiddin, wa 'allimna takwil, wahdina ilas sawa'is sabiil" ::


:: Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, dan ajarkanlah kepada kami ilmu yang boleh memahami sesuatu yang tersirat, dan tunjukkanlah kepada kami jalan yang sebenar2nya. :) ::

No comments:

About Me

My photo
a very normal and 'serba kekurangan' person. sedang mencari dan menuntut ilmu Allah. Masih banyak kekurangan yang tidak perlu dicari, akan terzahir dengan sendiri.